Buatmu Sahabat 22 – Cepat-cepat sementara sempat

Ramadan datang setahun sekali. Bagi yang bernasib baik, tahun hadapan ia datang lagi. Bagi yang tidak diberi kesempatan itu, inilah ramadan yang terakhir. Dalam masyarakat Malaysia, entah kenapa ramai yang kurang menghayati kelebihan masa-masa di hujung ramadan. Mungkin keghairahan menyambut eidil fitri menyebabkan semangat ramadan mulai luntur. Atau, sudah kehabisan stamina?? Inilah fenomena di kebanyakan masjid di seluruh negara. Yang berkunjung untuk solat Tarawih telah mula surut. Kalau minggu lepas, jika saya sampai ke masjid ketika azan berkumandang, tidak ada lagi ruang solat di dalam masjid, namun minggu ini, ianya tidak lagi menjadi isu. mmm… lebih mudah untuk saya tetapi bila mengamati suasana ini, hati merasa tidak selesa.

Tetapi, pada masa yang sama, kita akan dapati sekelompok kecil manusia  yang makin menghabiskan masa di masjid-masjid. Nanti bila masuk ke hari ke 10 terakhir, akan ada sebilangan yang akan menghidupkan malam dengan iktikaf dan qiamulail di masjid pilihan mereka. Di setiap bandar pasti ada masjid yang lebih meriah suasana malamnya. Mereka inilah yang pandai mengambil kesempatan. Mereka memahami kelebihan ramadan yang sebenarnya.

Sahabat,

Semakin kita mendekati penghujung ramadan, hati sepatutnya merasa panik kerana segala kelebihan yang ditawarkan Allah SWT khusus untuk Ramadan telah hampir tamat tempohnya. Di bulan ini, jika kita melakukan ibadat sunat kita akan mendapat pahala amalan fardu, dan jika kita melakukan amalan fardu, pahala diganda-ganda lagi oleh Allah SWT. Dan di bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Tidakkah kita mahu beramal dan berdoa di malam penuh barakah itu?

“ Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam ketika memasuki sepuluh hari terakhir menghidupkan malam harinya, membangunkan keluarganya dan mengencangkan ikat pinggangnya” (HR Bukhari dan Muslim).

Salah satu amalan kebiasaan Rasulullah SAW dalam bulan ramadan ialah beriktikaf di masjid. Kebiasaannya, Rasulullah beriktikaf 10 hari tetapi pada tahun wafatnya, baginda beriktikaf 20 hari. Amalan iktikaf ialah amalan tinggal di masjid dengan tujuan mendekatkan diri dengan Allah. Ianya boleh dilakukan sepanjang hari atau sebahagian daripada hari tanpa batasan masa.

Pergilah ke masjid pilihan anda dan habiskan sebahagian ramadan anda di sana. Hidupkan masa-masa itu dengan tilawah dan tadabbur al-qur’an, solah dan bermunajat. Inilah peluang yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Pengasih yang memahami kelemahan hamba-hambaNya yang memerlukan suntikan petunjuk dan bekalan bagi menempuh hari-hari seterusnya dalam kehidupan. Ya,… ramadan disediakan oleh Allah supaya kita dapat menyediakan bekal untuk perjalanan hidup seterusnya kerana di hujung ramadan, ganjaran yang menanti  ialah taqwa.

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa” (Al-baqarah:183)

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s