Kenapa masih ada maksiat, bukankah syaitan diikat?

Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur tadi, saya bertanya kepada anak-anak yang berada dalam kereta, “kenapa manusia masih melakukan maksiat, sedangkan dalam bulan ramadan syaitan sudah diikat?” Salah seorang dari mereka berkata “sebab manusia itu sudah biasa melakukan maksiat dan tak perlu dorongan syaitan lagi untuk melakukannya”. Mmmm… menarik juga jawapan itu. Memang ada kebenarannya.

Dalam buku “Bahtera dalam kehidupan para daie” yang ditulis oleh seorang tokoh gerakan Islam dari Lubnan iaitu Fathi Yakan, ada dinyatakan sepotong hadith yang bermaksud:

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Hadith ini memerlukan huraian yang panjang jika ingin dikupas secara menyeluruh tetapi ianya boleh dibaca dari buku tersebut yang juga ada dipaparkan di alam maya. Namun apa yang ingin saya coretkan sementara saya merehatkan badan sebelum tidur di malam ramadan penuh barakah ini ialah cabaran hawa nafsu yang sentiasa ada pada setiap diri.

Sebenarnya setiap orang mempunyai keupayaan untuk sama ada menjadi baik ataupun buruk, taat ataupun ingkar, mulia ataupun derhaka. Keupayaan itu telah diberi oleh Allah SWT kepada setiap jiwa, sesuai dengan firmannya dalam surah asy-Syams (ayat 7-10)

Ya, manusia mempunyai kecenderungan kepada kefasikan yang akan mendorong diri ke arah maksiat. Bagi menangani perkara ini, manusia perlu melawannya dengan iman dan takwa.

Bila kecenderungan kepada kebaikan pula mendorongnya untuk beramal, manusia perlu terus memberi motivasi kepada jiwanya supaya terus melonjakkan amal kebajikan itu. Jangan pula kita tangguhkan ataupun melemahkan semangat yang ada, takut-takut di masa lain, kecenderungan itu menjadi semakin tumpul dan kecenderungan kepada keburukan pula yang lebih berupaya.


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s