Nak Raya Mana Tahun Ini ?

Abah…., kita raya mana tahun ini ?

Soalan ini timbul setiap tahun bagi mereka yang telah berumah-tangga terutama yang telah mempunyai anak. Bagi sesetengah suami, inilah soalan yang paling tidak digemari terutamanya jika dia mempunyai isteri yang berpengaruh dalam proses membuat keputusan. Soalan ini juga tidak digemari oleh sebahagian isteri terutama jika suaminya tidak membuka ruang untuk berbincang. Tidak hairanlah jika sedikit sebanyak luka di hati isteri ataupun suami  terhasil akibat persoalan ini. Malah, ada juga anak yang melukakan hati ibu-bapa disebabkan episod sambutan eidil fitri – hari yang diraikan – yang sepatutnya membawa kegembiraan.

Bila seorang kawan bertanya kepada saya menerusi facebook “tahun ni kau raya mana?” , saya termenung seketika. Mmm, tahun ini di Melaka. Jawapan spontan kerana saya tidak lagi mempunyai pilihan. Tahun depan? Tahun seterusnya? Kitaran hidup yang dilalui ini hampir sampai ke fasa yang lain. Mungkin masanya hampir tiba untuk Johor Bahru menjadi kampung kami dan anak-anak pulang ke sini.

Saya bersyukur kerana kedua pasangan emak dan bapa serta emak dan ayah mertua saya banyak memudahkan kehidupan kami. Mereka begitu bertolak-ansur dan bersikap terbuka walaupun gaya hidup kami mungkin tidak sama dengan anak-anak mereka yang lain.

Kini ada satu kampung sahaja

Kalau dulu, kami sentiasa menyambut hari raya di kedua-dua lokasi. Selalunya, kami akan berada di lebuhraya dari utara ke selatan atau dari selatan ke utara pada hari raya kedua. Walaupun anak-anak selalunya lebih suka bermain dengan supupu mereka yang ramai di Melaka, kami mengamalkan tradisi berhari raya di kedua-dua tempat setiap tahun.

Namun pemergian kedua orang tua yang membesarkan isteri saya dengan penuh kasih sayang di hujung tahun 2008 dan di awal 2009 telah mengubah keadaan itu. Kini kampung kami tinggal satu.

Semoga Allah merahmati ruh mereka, mengampuni segala dosa mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh dengan nikmat.

Ziarahlah ibu-bapa ketika mereka masih hidup

Di musim perayaan, memang menjadi kebiasaan ahli keluarga berkumpul. Ianya suatu tradisi turun-temurun yang masih dipertahan walaupun kadang-kadang logistik mungkin mencabar. Ia memberi peluang untuk hubungan keluarga disambung dari generasi ke generasi. Namun yang lebih utama lagi ialah perasaan ibu-bapa yang telah di penghujung usia. Kadang-kadang ada yang menitiskan air mata bila satu demi satu kereta meninggalkan halaman selepas hari raya. Bila ditanya kenapa menangis? Mungkin ada yang menjawab “bila pula anak-anak aku ni nak balik jenguk aku yang dah tua ni…”. Itulah perasaan orang tua yang mahukan anak-anak ada di sisi mereka sebagaimana anak-anak itu mahukan emak dan bapa mereka berada di sisi semasa mereka kecil dahulu. Ya … suatu masa dahulu.

Sahabat sekelian,

Alasan mudah dicari, namun ziarah ibu-bapa sepatutnya menjadi agenda tetap dalam jadual kehidupan setiap anak. Satu perkara yang amat saya takuti ketika ini ialah mengguriskan hati emak yang semakin tua. Wahai Tuhan, berilah aku kekuatan supaya aku dapat berbakti kepada emakku dengan sebaiknya dan lindungilah aku dari menyakiti hatinya.



About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Nak Raya Mana Tahun Ini ?

  1. Anonymous says:

    OMG, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……. im cryin. crying a river. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

  2. karim jamaludin says:

    tuan byk kisah yg menarik serta menjadi pedoman yang di tulis harap dpt brrjumpa di masjid krubong

  3. Farah says:

    Bismillah,
    Ya Allah, berilah aku kekuatan supaya aku dapat berbakti kepada emak dan ayahku serta mertuaku dengan sebaiknya dan lindungilah aku dari menyakiti hatinya mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s