Buatmu Sahabat 21 – Berzikir di pasar dan bazar ramadan

Sahabatku sekalian,

Kita telah beberapa hari berada di dalam bulan yang penuh barakah. Saya yakin, ramai yang merasa lebih mudah untuk beramal kerana syaitan telah diikat. Sebab itu kita merasa lebih mudah untuk mengerjakan solat berjamaah di masjid dan solat-solat sunat seperti witir, dhuha dan sebagainya.

Setiap hari, sejak datangnya Ramadan, saya lihat kawasan letak kereta dan jalan-jalan raya di sekitar Masjid Taman Sri Pulai Perdana penuh dengan kereta pada setiap waktu solat. Kalau di waktu isyak, suasana lebih meriah lagi. Solat Tarawikh yang dipimpin oleh imam dua beradik dari Selatan Thailand disambut baik oleh penduduk di sekitar lokaliti ini. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT tambahkan lagi petunjuk dan kekuatan kepada seluruh penduduk di sini.

Begitu juga dengan bazaar ramadan – di UTM dan di Taman Sri Pulai, malah di banyak tempat lain – ramai orang berkunjung mencari juadah berbuka puasa. Mungkin yang paling laris ialah air bancuhan sejuk kerana ianya amat menggoda bagi anak-anak yang ikut bersama melawat tapak jualan itu.

Saya teringat kepada peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun dahulu di mana seorang sahabat  saya menganjurkan satu perkara untuk kami amalkan bersama, tetapi astaghfirullah, selalu juga saya lupa…

Dia menyebut tentang hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Ad Darimi, At-Tobrani dan disahihkan oleh Al-Hakim, hadith dari Umar Al-Khattab secara marfu’:

Sesiapa yang memasuki sebuah pasar yang manusia berteriak dan berjual beli padanya, lalu ia berkata:

nescaya Allah Ta’ala akan menulis sejuta kebaikan untuknya, menghapuskan sejuta kejahatan daripadanya, dan mengangkat sejuta darjat untuknya.”

Jadi, untuk memaksimumkan amalan di bulan ramadan terutama bagi mengisi masa yang terpaksa diluangkan di tempat jual-beli untuk membeli baju raya, hadiah untuk ibu-bapa, juadah berbuka puasa dan bekalan dapur, eloklah kita amalkan saranan ini.


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Buatmu Sahabat 21 – Berzikir di pasar dan bazar ramadan

  1. bynt3d says:

    Subhanallah, a very good reminder!

    Allah sentiasa ternanti-nanti untuk menghulurkan rahmah & maghfirahNya untuk hamba, tetapi adakalanya si hamba yang sombong dan bongkak diri untuk meminta..

    Optimakan setiap saat dengan zikrullah, kerana jiwa yang dianugerahkan lailatul qadr adalah jiwa yang berusaha mencarinya🙂

    Jzkk again, ilmu baru sebenarnya.🙂

  2. mode20100 says:

    A+ would read again

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s