Apa ada di Tenggayun, Pontian

Ada yang tersenyum melihat kami sepasang suami isteri yang berkaca mata hitam berjalan menuju ke tapak perhimpunan itu. Sebenarnya kami sampai di Taman Rekreasi Sg. Rambah ketika Ustaz Hairozi sedang membaca doa penutup. Alhamdulillah, sampai juga walaupun di penghujung program. Saya terlewat kerana perlu menghadiri satu lagi program IKRAM di Skudai pagi itu.  Setibanya kami di situ,  kami diminta oleh Dr. Mohd Zin Kandar, YDP IKRAM Pontian supaya memperkenalkan diri dan keluarga kepada semua yang hadir. Mereka adalah sebahagian dari aktivis IKRAM Pontian yang datang bersama keluarga untuk berkelah.

Selepas rakan-rakan lain meninggalkan pusat rekreasi itu, saya duduk berbual dengan Aan yang datang ke situ dengan keluarganya dari Benut untuk berkelah sambil memancing. Oleh kerana itulah kali pertama saya ke situ, saya mengambil kesempatan untuk menikmati suasana berangin sambil duduk di bawah pohon kelapa mendengar cerita Aan tentang pengalamannya memancing ikan. Saya teruja bila dia mengatakan “Ikan Selat Melaka ni lain sikit, lebih ganas dan kuat melawan…”. Wow, suatu yang menarik. Mungkin saya perlu mencubanya walaupun hati saya sudah terpaut kepada pulau-pulau di Laut Cina Selatan.

Perusahaan Cendawan Adhan Haziq Enterprise

Dari Sungai Rambah, saya dan isteri memandu ke arah Kukup dan membeli beberapa biji durian Kukup. Selepas itu kami berangkat pulang. Dari sana kami mengambil Jalan Tenggayun, yang hampir selari dengan Jalan Pontian-Pekan Nenas. Ketika kami hampir sampai ke persimpangan T di mana kami perlu membelok ke kiri untuk ke jalan Pontian-Pekan Nenas, isteri saya mengajak saya singgah di perusahaan cendawan. Walaupun papan tandanya tidak begitu jelas, isteri yang suka cendawan dapat melihatnya dengan jelas. Kami singgah sebentar bertemu dengan pengusaha tanaman cendawan itu.

En Saedon sedang bercerita

Kami disambut mesra oleh Saedon Hj Aton, pengurus di situ. Saedon adalah seorang usahawan gigih yang bersemangat waja. Dia memulakan projek itu lebih kurang 5 tahun yang lalu. “Saya mengusahakannya sendiri tanpa mengharap sebarang bantuan. Kita buat aja. Sedikit-sedikit, lama-lama berkembang juga. Mula-mula benda ni kira separuh masa, mengisi masa lapang dari kerja saya mengusahakan ladang sawit, sekarang dah macam sepenuh masa pula“, katanya kepada kami menceritakan pengalaman. Bila saya bertanyakan tentang bantuan dari kerajaan, dia menyatakan bahawa dia telah beberapa kali memajukan  kertas kerja kepada beberapa agensi kerajaan tetapi tidak berjaya. “Dia orang ada datang melawat lepas saya hantar kertas kerja ke pejabat, tapi lepas tu senyap aja. Saya pun usahakan sendirilah. Mula-mula proses dengan tangan, alat-alat pun alah kadar, guna tong deram. Lepas tu bila mula maju saya pun beli mesin dari Taiwan dengan bantuan kawan. lepas tu berkembang lagi.” Katanya melakarkan  nostalgia lama. “Hari ini dengan mesin tu, saya juga menyediakan bongkah semaian untuk pengusaha kecil yang minat. Ada juga yang menjual balik hasil cendawan kepada saya.

Tanam Cendawan “Made Simple”

Cendawan ditanam di dalam gudang berbumbung bagi mengawal keadaan persekitaran. Ianya disemai di dalam bongkah habuk kayu (serbuk kayu dimasukkan ke dalam beg plastik). Habuk kayu itu disterilkan dengan menggunakan stim bagi memastikan organisma yang tidak dikehendaki mati. Kemudian ianya dipek di dalam beg yang direkabentuk khas.

Bekas tanaman (Bongkah) yang telah sedia untuk disemai

Begitu juga, penyediaan benih juga memerlukan proses pensterilan dengan stim keatas bijirin barli yang digunakan sebagai medium untuk membiakkan spora/asas benih yang diambil dari pangkal cendawan. Sebelum digaul/ditabur kepada bijirin barli, benih itu telah melalui proses inokulasi dalam suatu medium lain. Hasil akhir penyediaan benih itu dilihat seperti tempe.

benih yang telah sedia - kelihatan seperti tempe

Benih yang telah disediakan disemai secukupnya dalam bungkah habuk kayu yang telah diperkaya dengan makanan tambahan  bagi membantu pertumbuhan dan pembesaran. Setelah beberapa lama, hasilnya akan keluar. Di sini, antara spesis yang ditanam ialah cendawan tiram, cendawan putin, cendawan abblone, cendawan kelememe dan lyngzie.

Cendawan kelememe

cendawan putih yang dipetik khas untuk isteri saya

Itulah serba ringkas cerita tentang seorang usahawan yang cekal, yang telah mengambil masa untuk bercerita pengalamannya dengan ceria. Kami tumpang gembira di atas kejayaan mereka. Hari ini dia dan keluarga mempunyai 50 ribu bungkah semaian yang menghasilkan cendawan lebih kurang 30-40 kg cendawan segar setiap hari.

makan malam sebentar tadi, saya dihidangkan dengan sup sayur beserta cendawan, sambal tumis (makanan perlu merah untuk orang Melaka) dan ikan baracuda dan tamban yang kami pancing di Pulau Aur.

Kerenah Kelapa Sawit

Selain cendawan, Saedon juga telah lama memajak ladang kelapa sawit. Ianya usaha yang dibuat ketika harga buah kelapa sawit di sekitar RM 100 seton.  Sebenarnya, usaha ini juga boleh mendatangkan hasil yang lumayan jika semua diurus dengan baik. Namun ianya juga perlu menghadapi beberapa cabaran termasuk hasil buah yang sering dicuri. Buah yang bertaburan memang dikutip orang, buah yang dikumpul di tepi jalan juga kadang-kadang dimuatkan ke dalam lori pencuri, malah ada juga yang memetik buah di kebun orang lain.

Isteri saya merasa sangat marah mendengarkan cerita itu. “Kenapa begitu rendah moral manusia hari ini?” katanya kepada saya. Saya tersenyum menjawab, “bayangkan sesuatu barang itu berharga RM50 juta, kemudian ditambah 30 juta yang dibayar ke akaun lain, dan pembeli perlu membayar RM 80 juta… Rompakan yang lebih besar berlaku di sana sini. ” Somehow, the society has been degraded and corrupted down to the root… And that’s why we need to educate people, instill good values and rebuild the society, so that our grandchildren can still live in this world with reasonable sanity.

haha… foods for thought at this hour before I retire for the day. Tomorrow, the Sultan of Johor will be visiting the university.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Apa ada di Tenggayun, Pontian

  1. adila says:

    salam….saya tertarik dengan Perusahaan Cendawan Adhan Haziq Enterprise untuk membuat terumah mengenai keusahawanan jadi bagaimana saya boleh berhubung dengan adhan haziq enterprise.. adakah saudara mempunyai contact number pengusaha tersebut??

  2. adila says:

    oh terima kasih atas kejersama saudara

  3. hosni says:

    bagaimana untuk saya beli bongkah cendawan untuk penjagaan sendiri dan berapa harganya.

  4. Anonymous says:

    sepanjang Jalan Tenggayun, pandangan tuan, apa projek ekonomi yang boleh dibangunkan selain pertanian sedia ada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s