Buatmu Sahabat 19– Bekalan di Perjalanan

Tazkirah Ustaz Alias seakan kaku pada mulanya kerana suasananya formal. Namun beberapa minit kemudian ianya mula menyentuh hati. Mana tidaknya, dia bercakap tentang halatuju kehidupan, hidup yang pendek dan hidup yang panjang – yang pendek di dunia dan yang panjang di akhirat. Dia bercakap tentang matlamat dan tanggung-jawab. Dia mengingatkan tentang tujuan sebenarnya kehidupan, perkara penting kepada semua manusia, apatah lagi bagi mereka yang inginkan keridhaan Allah SWT.

Majlis Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia

Di hadapan lebih dari 5000 aktivis dan ahli keluarga mereka, Ustaz Alias menyatakan keyakinan beliau terhadap semua yang hadir – pertamanya kerana keikhlasan mereka yang berbakti tanpa sebarang agenda duniawi, kedua kerana pengalaman mereka yang panjang dan kepakaran yang pelbagai. Namun yang menentukan pencapaian adalah pertolongan dari Allah kerana walau dikumpul semua kehebatan manusia, walau dihimpun sejak dahulu hingga sekarang, ianya tidak bermakna, tidak signifikan berbanding dengan kekuasaan Allah yang Maha Agung.

IKRAM wadah perjuangan. Hari itu kami bertekad untuk membuat apa yang mampu bagi menyambung tanggung-jawab para nabi – bertemakan amar-makruf dan nahi-mungkar,  rahmat kepada seluruh alam,  berteraskan ukhuwah. Ukhuwah Teras Kegemilangan – Cogankata IKRAM.

Kemudian Ustaz Alias berpesan supaya kami jangan mengkhianati perjuangan. Sekali imbas, akal berkata, “aduhai Ustaz, kenapa perlu pesanan seperti ini dibuat. Tidakkah ustaz yakin dengan kami? Baru sebentar ustaz menyatakan keyakinan itu?” Namun, bila diimbas sejarah perjuangan umat dari dahulu hingga sekarang, aku bersetuju, ianya peringatan yang amat penting kerana kami semua manusia biasa. Sama ada syaitan yang menipu, nafsu yang mempengaruh atau akal yang mengeliru dan memukau, aktivis perjuanganlah yang banyak memecah-belah saf mereka sendiri. Seringkali juga bila ianya berlaku, mereka yakin atau telah diyakinkan bahawa mereka di pihak yang benar, sedangkan ianya didorong oleh sikap melampau, extremism – sama ada dalam pemikiran, pandangan atau tindakan. Tidakkah mereka ingat bahawa jalan yang terbaik adalah jalan pertengahan, yang berpandukan syura dan prinsip-prinsip pokok yang lain? Perkara asas perlu sentiasa dipegang walaupun ketika berbeza pandangan.

Ustaz Alias Othman menyampaikan tazkirah

Di penghujung ucapan ustaz, hatiku merasa amat sayu terkenangkan peristiwa-peristiwa yang telah kulalui dalam hidup. Di kala tinggi dan rendahnya iman, kuat dan lemahnya semangat, ataupun tekun dan malasnya tindakan. Tapi aku amat bersyukur kerana aku masih berdiri bersama ribuan sahabat yang hadir pada hari itu. Subhanallah, walhamdulillah, aku bersyukur padamu Tuhan yang masih mengekalkan aku di jalan yang mulia ini. Di saat itu aku teringat kepada beberapa sahabat, terpampang wajah-wajah mereka – sahabat-sahabat yang telah lama kukenal, sahabat-sahabat yang aku sayang – aku bersedih kerana mereka tidak kelihatan di situ, tapi kesedihan itu aku lawan juga kerana aku tidak mahu keindahan hari ini dicemar. Semoga Allah merahmati mereka dengan petunjuk dan bantuan untuk berjaya dalam hidup.

Ramai anak muda yang teruja. Riak wajah mereka menampakkan semangat dan kegembiraan. Majlis itu telah mempertemukan generasi, bukan hanya individu. Aktivis dari kalangan ayah, ibu dan anak. Hari itu sungguh bahagia. Semoga ianya menjadi bekalan di perjalanan.

Wahai Tuhan, sebagaimana kekasihMu Ibrahim mendoakan keturunannya, aku juga memohon kepadaMu Allah, terimalah keturunanku untuk bersama di jalan yang suci ini. Terimalah mereka wahai Tuhan, walaupun sekali dilihat, mereka seakan tidak layak dan tidak mampu. Namun dengan petunjukMu, mereka juga boleh berbakti.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Buatmu Sahabat 19– Bekalan di Perjalanan

  1. Teddy_bear says:

    wahai akhi,

    1. banyaknya bilangan ribu2an, bukan jaminan kebenaran
    2.bersyukur kita yakin dgn jln pilihan kita, tp jgn terlalu cepat menghukum jln yg lain salah
    3. ‘berpisah’ dan ‘terpisah’ adalah dua situasi yg berbeza, apatah lagi ‘dipisah’kan

    • Dr. AA says:

      Betul. Bilangan bukanlah ukuran utama. Yang lebih utama ialah kesungguhan dan keikhlasan. Semoga Allah beri kekuatan kepada semua dan sentiasa memberi petunjuk supaya tiada yang terpesong di sepanjang jalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s