Meluah perasaan, menyata sokongan

Apabila Mavi Marmara diserang, seluruh dunia mengecam Israel. Namun seperti biasa di persidangan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat telah mempertahankan Israel. Itu adalah salah satu senjata utama rejim ganas zionis yang telah lebih 60 tahun menyiksa dan menindas umat Islam di Palestin.

Isu Palestin ini bukan semata-mata isu berkaitan agama bagi umat Islam sahaja. Memang bagi umat Islam, ia sepatutnya lebih dekat di hati  kerana masjid al-Aqsa letaknya di situ. Namun jika dilihat dari segi kemanusiaan dan keadilan sosial yang merupakan isu universal bagi semua manusia, jelas ternyata rejim zionis itu telah terlalu banyak mencabulnya. Hak sempadan, hak asasi manusi, hak pemilikan harta, malah pelbagai hak manusia lagi telah dilanggar dan tidak diendah oleh mereka.

Apabila pihak penganjur Life Line for Gaza (LL4G) mengumumkan bahawa satu tunjuk perasaan bagi membantah tindakan Israel itu akan dilakukan selepas solat jumaat 4 Jun 2010, saya terus memohon cuti rehat supaya dapat bersama di sana. Dalam hati terfikir juga, “ini adalah peluang yang baik bagi mendidik anak bongsu saya supaya memahami erti keadilan dan kezaliman”. Jadi kami mengambil keputusan untuk membawanya bersama.

Tiba untuk menyertai perarakan

Suasana hari itu memang meriah dan penuh dengan semangat. Kelompok pertama yang didokong oleh pelbagai NGO bersama dengan pasukan LL4G memulakan perarakan bermula dari bangunan tabung haji. Kami yang bersembahyang jumaat di Masjid al-Akram Kg. Datuk Keramat juga sempat sampai untuk menyertai mereka.

perarakan

Ucapan dari wakil-wakil setiap NGO disampaikan sementara beberapa wakil bertemu dengan pihak kedutaan Amerika di hadapan pintu masuk kedutaan. Dari Aqsa Syarif, Ustaz Wan Subki telah berucap dengan penuh semangat. Begitu juga wakil-wakil dari NGO sama ada yang beragama Islam ataupun yang bukan Islam.

Wakil Aqsa Syarif - Ustaz Alias Othman membaca doa. Pembesar suara dipegang oleh Ustaz Wan Subki

Sebaik saja selesai Ustaz Alias membaca doa, kumpulan pendokong parti politik yang bertolak dari Kg. Baru pun tiba. Suasana menjadi lebih riuh kerana mereka datang dengan pembesar suara yang amat lantang. Teriakan mereka pula bercampur aduk antara slogan menyokong Palestin dan mengecam Israel dengan teriakan menyindir dan mengecam parti politik yang ditentang mereka.  Seorang demi seorang tokoh politik berucap sehingga sampai masa mereka diarahkan bersurai.

ucapan demi ucapan oleh pemimpin parti politik

Kira-kira lebih kurang jam 4 petang kami mula bergerak menuju ke bangunan tabung haji untuk bertemu dengan Huda dan rakan-rakannya yang turut bersama dalam perarakan itu.

Sebahagian dari sahabat dari Johor yang hadir sama

Di stesen LRT Ampang Park, barisan untuk membeli tikit amat panjang. Amin memberitahu saya ada penumpang yang merungut “this is all very stupid”. Saya menjelaskan padanya, “itulah pandangan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak kisah tentang penderitaan orang lain. Mungkin satu hari nanti dia akan faham. Kitalah yang patut mejelaskan pada orang lain supaya faham tentang isu ini dengan sebenarnya.”

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s