The Cliffs of Abertawe 4 : Peristiwa Yang tidak dilupakan

Jadual harian semasa mengikuti program M.Sc. Biochemical Engineering di University College Swansea (sekarang Swansea University) memang agak padat. Setiap hari saya mempunyai kuliah bermula pagi dan tamat pula di waktu petang. Oleh kerana saya tidak mempunyai latar-belakang bioteknologi, banyak benda baru yang saya perlu hafal dalam masa yang singkat termasuk kitaran biokimia, nama hormon, bakteria dan sebagainya. Aaah… pening juga kepala nak ingat nama yang pelik-pelik.

AJ Knights

Antara pensyarah yang pasti tidak dapat dilupakan ialah A.J. Knights yang kami panggil Tony. Setiap hari dia datang ke kelas dengan memakai 1-piece-coverall berwarna biru tua yang kadang-kadang nampak seperti kelasi kapal (dia mempunyai rambut panjang yang diikat di belakang), kadang-kadang macam mekanik. Dia menggunakan jam poket  yang rantainya diikat di baju. Kami dibekalkan dengan nota kuliah bertulis tangan. Mmmm… tulisan tangan Tony begitu kemas dan konsisten. Sepanjang kuliah, dia hanya duduk sambil membaca notanya mengikut rentak yang sama dan berhenti beberapa kali untuk menyoal bila dirasakan perlu. Mungkin dia letih untuk berdiri atau berjalan disebabkan saiz badannya besar dan berat.

Tony adalah pensyarah yang baik hati dan bersungguh-sungguh dalam menolong pelajar. Jika pelajar menemuinya di bilik, dia akan menggunakan masa secukupnya untuk menolong. Apabila tiba musim Easter, semua pelajar diberi coklat Telur Easter.

Yang paling menarik ialah setiap tahun sejak 1989 saya menerima senaskhah “Updates from Swansea” yang merupakan koleksi penulisan dan salinan akhbar tentang pendidikan bidang kejuruteraan kimia, bioteknologi dan berita tentang jabatan kejuruteraan kimia di sana. Ianya dipos ke kampung saya dan ini berlaku selama lebih 10 tahun. Saya juga menerima kad ucapan tahun baru daripadanya setiap tahun. Beberapa tahun lepas, saya tidak menerimnya lagi. Rupa-rupanya Tony jatuh sakit dan badannya menjadi begitu kurus. Itulah kisah seorang pendidik yang amat rapat hubungannya dengan  pelajar.

Meiron Jones dan Makmal Fermentasi

Sekembalinya saya dari pertemuan dengan Meirion Jones, saya ditegur oleh seorang pelajar PhD di bilik kami. Dia berkata, “Man, are you sure to work with Meirion? I heard he is racist ! He had a student from Hong Kong and the guy had a tough time with him. I think he didn’t complete his work”. Saya terdiam seketika. “He looks OK to me”, jawab saya ringkas. Namun kenyataan pelajar itu membuatkan saya risau. Jadi saya membuat sedikit penyelidikan tentang perkara tersebut dan orang yang saya tanya ialah Dr Abdul Rahman Khan, seorang warganegara Pakistan yang bertugas sebagai Research Associate. “No, Meirion is a nice guy, far away from being racist. I’m sure you’ll have a great time working with him. In academic world, you need to be friendly and honest to each other. As long as you can mutually respect each other, the working relationships will be great.” Begitulah lebih kurang pesanan Abdul Rahman kepada saya.  Saya berpuas hati dengan keterangan itu dan terus bersetuju untuk bekerja dengan Meiron.

Hubungan dengan penyelia bagi projek yang saya lakukan adalah amat penting, malah lebih penting dari keadaan biasa kerana apa yang sedia ada hanyalah sebuah fermenter bersaiz 50 liter. Segala peralatan dan perkakasan sokongan perlu dibeli dan dipasang sendiri, dan ini dilakukan sendiri oleh Meirion dan saya sendiri. Alhamdulillah, setelah berminggu-minggu bersamanya di dalam makmal, peralatan itu siap dan seperti yang telah saya ceritakan, salah satu kegembiraan  penting bagi saya di Swansea ialah dapat melihat fermenter itu beroperasi secara automatik atas usaha yang kami lakukan.

Saya masih ingat peristiwa ketika Meirion selesai menyiapkan sistem bekalan elektrik fermenter tersebut. Ketika dia ingin menekan suis bekalan elektrik, saya berkata, “Wait a minute, let me get out of the lab before you do that.” Meirion sambil ketawa sambil menjerit “chicken!!!”. Saya juga ikut tertawa dan masuk semula ke dalam makmal tersebut. Memang saya mempunyai  hubungan yang baik dengan penyelia. Kami banyak berkongsi pandangan termasuk berkenaan isu-isu yang biasanya dianggap sensitif. Dia banyak bertanya tentang hubungan antara kaum di Malaysia, hubungan antara agama dan sebagainya. Semuanya saya kongsikan secara terbuka mengikut apa yang saya yakini. Pernah satu ketika dia bertanya tentang diskriminasi antara kaum di Malaysia, saya katakan kepadanya “Men being men are sometimes unfair. They sometimes discriminate each other depending who are in the upper hand. You can see it as tit-for-tat. Nevertheless, what we would like to inculcate is the spirit of cooperation for mutual benefits, after all we live together…”. Banyak lagi yang kami bincangkan dan perbincangan itu akhirnya menjadikan kami lebih selesa antara satu sama lain.

Eidil Fitri 1988

Dua hari sebelum hari raya eidil fitri, ketika kami bersembahyang selepas berbuka puasa di rumah, Faiz yang bersendirian telah memanjat meja dan kemudiannya jatuh. Tangannya patah. Kami menjadi panik dan membawanya ke klinik, dan seterusnya diarahkan supaya ke Moriston Hospital kerana walaupun jaraknya lebih jauh, kelengkapan dan kepakaran kanak-kanak lebih baik di sana berbanding di Singleton Hospital.  Malam itu, saya menunggu di hospital sedangkan isteri yang sedang mengandung memang tidak sihat kerana beberapa komplikasi kesihatan. Dia hanya mampu berdoa.

Lewat malam itu, sedang saya termenung di luar, seorang doktor berkulit hitam datang bertemu saya sambil berkata “Don’t worry man, cheer up, you son will be all right. Malam itu saya tidak tidur. Keesokannya, Faiz diteliti  oleh Mr. James yang merupakan pakar kanak-kanak.  Sejurus selepas itu saya dipanggil bertemu Mr James yang menjelaskan bahawa “after the doctors fixed the bones last night, there is a very small mis-allignment because the fracture is located near the elbow. Since he is very young, there is a small chance that the error may get larger as he grow up. To make it perfect, we need a surgery”. Mr James kelihatan sangat confident dan saya bersetuju.

Faiz di Moriston Hospital, 1988

Pada hari itu juga Hana mengalami pendarahan yang banyak akibat komplikasi kehamilan. Saya pulang sebentar ke rumah dan Hana dibawa dengan ambulan ke Singleton Hospital. Oleh kerana Faisal ketika itu hanya berumur beberapa bulan, dia bersama ibunya di hospital. Saya pula perlu kembali ke Moriston hospital untuk bersama Faiz.

Jadi kesokannya, di pagi eidil fitri 1988 (berapa tahun hijrah??), keluarga kami terpisah. Saya dan Faiz di Morriston hospital, manakala Faisal dan Hana pula di Singleton hospital. Ianya merupakan eidil fitri yang paling sunyi.

Namun, saya digembirakan oleh rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan negara yang datang ke hospital mengucapkan eid mubarak. Memandangkan mereka datang dengan pakaian tradisional masing-masing, kami menjadi perhatian semua orang di wad kanak-kanak itu.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to The Cliffs of Abertawe 4 : Peristiwa Yang tidak dilupakan

  1. ramzy says:

    Chad,

    Seronok to read ur past life. This is what we called ‘ susah-susah dahulu , senang-senang kemudian’ . Itulah pengorbanan seorang ibu dan bapa untuk membesarkan anak-anak . Kalaulah anak-anak dapat merasakan kesusahan ibubapa membesarkan mereka……………… masyaAllah.

  2. antiningsih says:

    nice post…
    kunjungi ini ya… http://www.unand.ac.id/arsipua/ds/
    thank’s

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s