Buatmu Sahabat 18 – Peristiwa Tabuk: Sikap Orang Yang Benar

Sahabat,

Semalam ketika saya membaca al-quran, saya terpegun dengan ayat 92 dari surah at-taubah. Ayat yang menceritakan kisah di sekitar peritiwa Tabuk  itu bermaksud:

[92] Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).

Subhanallah. Merekalah orang yang benar dengan kata-kata dan tekad. Ketika diminta berjihad dan berkorban, mereka bersungguh-sungguh. Disebabkan tidak mampu untuk menyediakan kenderaan sendiri, mereka bertemu rasulullullah dengan harapan ada kenderaan yang telah disumbangkan oleh sahabat yang lain untuk ekspedisi itu. Namun disebabkan tiada lagi kenderaan yang boleh digunakan oleh mereka, mereka tidak dapat turut serta. Mereka dibenarkan untuk tidak turut serta. Mereka diberi excuse. Sikap mereka? Sedih, bercucuran air mata. Pulang dengan penuh kehampaan dan kesedihan.

Subhanallah, sahabatku. Adakah begitu juga sikap kita bila berhadapan dengan panggilan jihad, walaupun bentuk pengorbanannya berbeza? Bila diminta untuk memberikan sumbangan tenaga, masa atau wang ringgit untuk pelbagai tujuan kebajikan atau untuk dakwah, tarbiyah dan sebagainya, apakah perasaan kita? Pernahkah kita menangis ketika tidak dapat menyertai mukhayam atau daurah tarbawi, ketika terhalang oleh tugas di profesion masing-masing? Pernahkah kita menangis ketika tidak mempunyai wang untuk didermakan untuk keluarga miskin dan anak yatim di Palestin walaupun kita sedar bahawa mereka itu adalah keluarga mujahid dan syuhada’?

Sahabat,

Para sahabat rasulullah adalah rijalun-sadiq, pemuda-pemuda yang benar, yang menghayati setiap yang diucapkan dan ditekadkan. Mereka bukan berkata atas dasar semangat atau suka-suka sahaja, tetapi mereka menjiwai apa yang dikatakan kerana ianya datang dari keimanan.

Sebenarnya, kita juga seperti mereka kerana kita juga mahukan kesudahan dan kejayaan yang sama. Cuma, kita sering terlalai. Kita sering tertipu oleh kebijaksanaan akal kita sendiri yang pandai menyusun hujah membina justifikasi. Bangkitlah sahabatku, sedarlah, ada kalanya peluang datang berulang kali, ada kalanya ianya datang hanya sekali.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith yang bermaksud :
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s