Beri laluan pada orang muda…

Apa yang berlaku dalam politik Great Britain memang menarik. David Cameron, 43 tahun dilantik menjadi Perdana Menteri Britain yang termuda sejak 200 tahun. Ketua Conservative Party atau Tory itu berjaya menundukkan Labour Party yang telah memerintah sejak tahun 1997 iaitu apabila kerajaan Tory pimpinan John Major ditumbangkan. Apabila Tory tewas, John Major meletakkan jawatan dan tempatnya diganti oleh William Hague yang juga meletakkan jawatan selepas partinya kalah lagi dalam pilihanraya umum 2001. Jawatan nombor 1 parti itu kemudiannya diambil-alih oleh Iain Duncan Smith  tetapi dia pula ditumbangkan oleh undi tidak percaya ahli parlimen parti yang tidak yakin dengan kepimpinannya. Smith kemudiannya digantikan oleh Michael Howard, dan dalam eranya, Howard berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Tory tetapi masih gagal memenangi pilihanraya umum 2005. Ini menyebabkan Howard meletakkan jawatan dan tempatnya digantikan oleh David Cameron. Menarik. Bila pemimpin gagal mencapai sasaran organisasi, dia memberi laluan kepada orang lain pula untuk menjadi peneraju. Bolehkah ini berlaku di Malaysia ???

Semasa tahun 1994, Tony Blair adalah Shadow Home Secretary. Bandingan di Malaysia ialah menteri bayangan bagi Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Cara dia berhujah memang menarik dan meyakinkan. Apabila pemimpin Labour, John Smith meninggal dunia, Blair disebut-sebut sebagai calon pengganti. Calon lain termasuklah Shadow Chancellor iaitu Gordon Brown yang secara tradisi menjadi calon pengganti yang utama. Di samping itu, John Prescott juga menerima sokongan kuat dari akar umbi terutama dari kesatuan sekerja (Trade Union melaksanakan block-voting bagi pemilihan parti). Akhirnya dua calon disenarai pendek – Tony Blair dan John Prescott. Blair dilihat sebagai lebih dekat dengan konservatif, manakala Prescott pula dilihat sebagai Sosialis Tegar. Dilema ketika itu ialah sama ada memilih calon yang tulin ideologinya atau calon yang mempunyai aura perdana menteri. Seorang pengundi yang ditemubual oleh stesen TV menyatakan John Prescott ialah seperti British Bulldog manakala Blair pula seperti Hyiena. Labour ketika itu memerlukan pemimpin yang boleh dilihat sebagai bakal Perdana Menteri dan Blair dilihat sebagai calon yang munasabah. Di bawah pimpinannya,  Labour memenangi pilihanraya pada tahun 1997.

Satu lagi perkara menarik mengenai pilihanraya ini ialah pembentukan kerajaan campuran antara Labour dan Liberal Democrat. Dalam keadaan seumpama itu, parti berideologi central memang diperlukan kerana ia mempunyai kemungkinan bergabung dengan yang kiri atau yang kanan. kalau dilihat di Malaysia, Pakatan Rakyat memerlukan Parti Keadilan Nasional bagi menjadi buffer antara PAS dan DAP, walaupun parti itu (keadilan) banyak menimbulkan masalah, termasuk kurangnya disiplin berorganisasi, lompat parti dan sebagainya.

Berbalik kepada kepimpinan orang muda, bagi saya memang kita tidak boleh mengenepikan talent orang muda. Orang tua perlu memberi lebih banyak ruang kepada orang muda untuk memimpin, tidak kira di peringkat apa – negara, parti politik, organisasi sosial dan sebagainya.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Beri laluan pada orang muda…

  1. AY says:

    Whoa – what the.. ? ( My response when I discover I am listed as one of the people you know)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s