Buatmu Sahabat -16: Kenapa Tunggu Lagi, Bukankah Hari Sudah Senja ?

Semua orang mahu masuk syurga, tapi ramai yang tidak mahu mati. Namun kematian itu akan tiba juga, sesuai dengan apa yang kita faham bahawa setiap yang benyawa itu akan mati.  Persoalannya, dengan hasrat yang menjulang tinggi untuk ke syurga yang di dalamnya penuh nikmat apakah persiapan yang telah kita lakukan. Sudahkah kita merancang gerak kerja untuk mencapainya?  Sudahkah kita mengambil segala peluang yang ada bagi menjayakan agenda besar itu? Sudahkah kita mengukur pencapaian perancangan itu berdasarkan sasaran yang telah kita tetapkan?

Sahabat,

Setiap hari kita membuka mata, setiap detik kita bernafas, saat-saat kehidupan kita semakin berkurang. Masa terus berlalu, tanpa mengira apa yang kita lakukan. Mungkin suatu masa dulu kita mempunyai cita-cita besar. Namun cita-cita itu terabai kerana kita terlalai. Cabaran demi cabaran kehidupan ditempuh, banyak agenda terus tertangguh.

Berbahagialah Anas bin Nadhar… Beliau adalah dari kalangan yang tidak bersama dalam perang badar, justeru bertekad akan berjuang bersama rasulullah di kesempatan pertama yang akan datang.  Suatu hari beliau bertemu Rasulullah dan berkata “Ya Rasulullah, saya tidak mengikuti peperangan pertama yang Tuan lakukan untuk memerangi kaum musyrikin. Jikalau Allah mentakdirkan saya berjuang di masa akan datang, nescara Allah akan lihat apa yang saya akan buat.”

Kemudian datang kesempatan di medan Uhud. Di sana, Anas bin Nadhar kelihatan berjuang bersungguh-sungguh. Satu ketika dia bertemu dengan Umar alkhattab dan Talha bin Ubaidullah berserta beberapa sahabat lain yang sedang tercengang-cengang tidak membuat apa-apa, maka ditanya beliau, “apakah yang membuat kamu diam berpeluk tubuh ?” Jawab mereka, “Dia (rasulullah) telah terbunuh”. Kemudia Anas berkata, “Apalah gunanya hidup jika Rasul telah terbunuh, ayuh berjuang dan berkorbanlah untuk apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah sehingga dia terbunuh. Maka Anas  bin Nadhr terus mara ke hadapan.

Di dalam kisah yang lain pula (hadith muttafaq alaihi, dari Anas bin Malik) diriwayatkan, di medan Uhud Anas bin Nadhr bertemu Saad bin Muaz. Anas berkata; “Hai Saad bin Muaz, marilah menuju syurga. Demi Tuhan yang menguasai an-Nadhr (bapanya), sesungguhnya saya dapat menghidu bau harum syurga itu dari tempat dekat Uhud”. Saad berkata: “Saya sendiri tidak sanggup melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Anas itu, ya Rasulullah.”

Anas bin Malik (yang meriwayatkan cerita ini) berkata: “Kami dapati tubuhnya mempunyai lebih dari 80 kesan luka akibat pedang, tombak ataupun panah. Malah tubuhnya dirobek-robek sehingga tidak dapat dikenali orang kecuali saudara perempuannya yang mampu mengenalinya dengan melihat jari jemarinya.”

Anas bin Malik kemudian berkata: “Kita sekelian mengira bahawanya ayat ini turun untuk menghuraikan hal Anas bin Nadhr ataupun orang-orang sepertinya itu”

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬

“Di antara orang-orang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antara mereka ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang telah mereka janjikan) sedikit pun. (al-ahzab:23)

Nah, itulah orang yang benar dengan cita-cita. Orang yang berpegang teguh kepada visi dan misi hidupnya. Orang yang bekerja keras berpandukan sasarannya. Ya…,  berbahagialah Anas bin Nadhr kerana berjaya mencapai matlamatnya menjadi dari kalangan syuhada yang berjuang dengan penuh kesungguhan.

Sahabat,

Hari-hari dalam kehidupan kita semakin petang. Sudah hampir senja. Ya, usia kita kini sebenarnya sentiasa menghampiri senja. Rasul kita yang agung menghabiskan usianya di ketika 63 tahun setelah 23 tahun berjuang tanpa henti melaksanakan amanah yang diperintahkan oleh Allah untuknya. Kita pula tidak pasti bila. Ada dari kalangan kenalan atau sahabat kita yang telah pergi lebih dahulu. Ada ketika 50an, ada 40an, 30an malah 20an. Ada pula yang ditarik sedikit nikmat dari mereka sehingga tidak lagi mampu beraksi seperti dahulu disebabkan pelbagai penyakit yang membataskan kemampuan masing-masing.

Pastikah kita esok, kita akan dapat lagi beramal seperti kemampuan yang ada pada hari ini? Dapatkah kita menjamin bahawa bulan hadapan, ketika kita kurang sibuk dengan tugasan pejabat, kita akan dapat menggandakan amalan? Di saat itu kita akan berjuang dengan hebat, sehebat Anas bin Nadhr, walaupun dalam perspektif berbeza?

Tidak sahabatku, tidak… Kita ibarat daun kayu yang melekat di ranting lantaran adanya tangkai yang halus. Dengan sekelip mata, tangkai itu boleh putus dan gugurlah kita menjadi daun kering, yang terbang ditiup angin kemudian tercampak di atas tanah tidak bermaya lagi. Ketika itu, tiada apa lagi yang boleh kita lakukan…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Buatmu Sahabat -16: Kenapa Tunggu Lagi, Bukankah Hari Sudah Senja ?

  1. zulkhair says:

    Tulisan yang amat menarik. Apa BMS? Bila Masuk Senja?

  2. Ramzy says:

    Words of softening the heart reminding of our meeting with Allah. MasyaAllah. Jazaakallahukhairan Dr Chad

  3. alias mat says:

    saya baru terbuka dan terbaca website ini. Syabas dan tahniah atas tulisan yang baik.. teruskan menulis kerna ianya juga satu dakwah yang amat baik dan moga Allah memberi ganjaran setimpal atas usaha tuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s