Buatmu Sahabat-15: Jika ada sebutir tamar di tangan…

Dalam kitab Qabasat Minar-Rasul, Sheikh Muhamad Qutb ada membicarakan tentang sepotong hadith yang amat menarik. Hadith tersebut bermaksud:

“Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.”

Pasti ada yang menyangka, jika kiamat telah terlalu dekat, yang utama ialah bertaubat, berzikir, beribadat dan sebagainya. Ada pula yang akan mengambil pendirian bahawa tidak perlu benih itu ditanam kerana ianya tiada faedah kerana kiamat hampir tiba. Malah pelbagai hujah boleh diberikan untuk menyangkal apa yang disarankan oleh rasulullah dalam hadith tersebut. Perkara ini telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh penulis buku itu.

Secara ringkas, saya ingin menyentuh dua isu penting.

Pertama:

Islam mengajar kita supaya tidak mengasingkan kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia ini merupakan perjalanan menuju ke akhirat. Di dunia, manusia mempunyai tanggung-jawab yang perlu dilaksanakan dengan baik untuk kepentingan hidup di dunia dan juga di akhirat. Ianya tempat mengumpul bekalan. Ianya juga tempat manusia berbakti, tempat melaksanakan tugas mereka yang abadi iaitu menjadi khalifah, mentadbir alam demi kebaikan semua makhluq.

Jika kita mengasingkan urusan pekerjaan, kehidupan berkeluarga dan sebagainya dari ibadat dan meletakkan ibadat dalam ruang lingkup definasi yang sempit, maka kita tersilap. Jika ini kita yakini, sedarkah kita bahawa masa yang kita guna untuk ibadat khusus itu begitu sedikit sekali, sedangkan manusia dijadikan untuk beribadat kepada Penciptanya.

Apa yang penting ialah kita perlu menjadikan segala apa yang dilakukan sebagai sebahagian dari ibadat. Bagaimana caranya? Dalam bentuk mudah, kita hanya perlu pastikan niatnya betul, semata-mata untuk mendapat mendapatkan ridha dari Allah SWT (walaupun dalam pelbagai perspektif), dan cara perlaksanaannya betul, tidak bercanggah dengan tuntutan syarak.

Kedua:

Kita dikehendaki berusaha bersungguh-sungguh dan menyerahkan keputusan kepada Allah SWT kerana kita hanyalah seorang manusia yang tiada kuasa memastikan sesuatu itu mesti berlaku. Kita tidak berupaya menjamin sesuatu yang drancang pasti berjaya. Kekuasaan mutlak terletak pada Allah SWT. Namun, kita perlu gunakan segala ilmu untuk membuat perancangan dengan sebaik-baiknya.

Sahabat,

Pemahaman konsep ini perlu disertai dengan perlaksanaan yang sempurna. Jangan hanya diniatkan sebagai ibadat tetapi pada hakikatnya segala usaha di dunia itu lebih untuk kepentingan diri sama ada untuk kepentingan status, kewangan atau lain-lain.  Syaitan tidak pernah putus asa untuk memesongkan manusia yang beriman. Sebab itu ada yang tumpas di tahap awal, ada kecundang di pertengahan jalan ada pula di hujung. Sebab itu setiap kejayaan perlu diiringi dengan istighfar. Begitu juga ketika menerima pujian, sanjungan dan semumpamanya.

Semoga Allah SWT membantu kita semua dalam menempuh hidup dan tanggung-jawab.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s