Do I want to be helped?

Hari ini saya membaca satu artikel dalam akhbar maya mengenai orang asli. Belum sempat saya tamat membaca, nostalgia di Cameron Highland memenuhi ingatan saya. Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu.

Suatu hari saya bertemu dengan seorang Tok Batin di pendalaman tidak jauh dari Cameron Highland. Kampung tempat tinggal mereka nyaman walaupun tidak mempunyai kemudahan yang setaraf dengan kampung-kampung yang kita ketahui secara umum (Kg. Baru, Kg. Pandan di KL atau Kg. Melayu Majidee di JB tidak lagi saya kira sebagai kampung).Perjalanan kami ke sana mengambil beberapa jam menaiki Land Rover merentasi ladang teh dan jalan tanah yang agak mencabar dan berjalan kami mendaki bukit selama hampir 2 jam.

Semasa berselisih dengan sebuah land rover yang keluar dari kawasan hutan yang bakal kami tempuh, pemandu kami bertanya kepada pemandu yang keluar, “Do we have a road today?” Rakannya itu menjawab “yes, but some stretches were really slippery.”. Maklumat ini penting kerana jika hujan lebat di kawasan pedalaman itu, semua jalan-jalan tanah tidak boleh digunakan. Sebab itu soalannya adalah “sama ada di sana ada jalan atau tidak” dan bukannya “bagaimana keadaan jalan”.

Perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda di sana memang amat menyeronokkan bagi saya, walaupun kadang-kadang boleh juga mencemaskan. “It feels good to have such adrenalin rush from time to time. It keeps man alive”, kata hati saya. Ianya hampir sama seperti perjalanan menaiki speed boat yang merentasi ombak di laut. Anda tidak boleh duduk sepenuhnya, sebaliknya separa berdiri dan separa duduk. Bagi kes ini, ada satu lagi tambahan – awas! kepala anda mungkin terhantuk ke bumbung kenderaan, kerana keadaan jalan membuatkan kenderaan melambung-lambung kerana laluan itu mempunyai banyak batu-batu besar dan lubang-lubang.

Pemandangan di sepanjang perjalanan memang cantik. Menoleh ke kanan, nun di bawah sana kelihatan menerusi celah-celah pucuk pokok hutan yang besar, nampak keputihan air sungai mengalir deras. Di sebelah kiri pula terdapat bukit-bukau yang berdiri gagah. Ya, kami melalui jalan di tepi gaung, di lereng bukit-bukau yang curam, di atas jalan tanah yang licin.

Sampai di sebuah jambatan usang, kami diturunkan dan perjalanan diteruskan lagi dengan berjalan kaki, mendaki bukit selama hampir 2 jam. (Kalau ditanya ketika selepas mendaki mungkin saya katakan 3 jam, dipengaruhi kepenatan, haha…). Laluan itu juga agak mencabar dan oleh kerana ianya merupakan kawasan yang juga merupakan laluan Sang “Maybank”, maka salah seorang pemandu kami membawa senapang patah.

Apabila kami sampai ke kampung yang dituju, beberapa penduduk di situ tercengang memandang. Selepas mengucapkan selamat petang, kami terus menuju ke rumah Tok Batin. Pelbagai perkara diperbualkan. Satu dari soalan yang ditanya oleh saya ketika itu ialah, “Agaknya penduduk kampung ini mahu pindah jika dibantu oleh kerajaan? Kawasan ini mungkin akan dibangunkan.” Dia menjawab, “ya, kami juga mahu hidup macam kawan kami di Gombak, ada kereta”. Begitulah jenis respon yang boleh diperolehi. Sungguh lurus, straightforward, tanpa banyak memikirkan kemungkinan yang akan berlaku, tanpa panjang memikirkan masa depan. Penemuan seperti ini bukan perkara baru bagi saya.

Di sinilah juga letaknya peluang jika ada pihak yang ingin mengeksploitasi keadaan. “Kelurusan” fikiran mereka memang boleh menyebabkan mereka terkeliru dengan strategi bisnes.

Beberapa bulan sebelum itu, tidak jauh dari situ, sedikit tanah orang asli telah diambil bagi membangunkan jalan raya yang menghubungkan dua bandar utama. Tidak lama selepas menerima sedikit pampasan dari pemaju, orang-orang kampung lantas membeli motosikal baru, bukan sebuah, malah beberapa buah, mungkin sebuah bagi setiap dewasa di rumah. Namun kehidupan mereka masih seperti biasa, bergantung sedikit bertani, memburu dan menangkap ikan di sungai. Wang yang diterima lenyap dengan begitu cepat.

Haah, nostalgia memang boleh sampai larut malam.

Berbalik kepada artikel yang ditulis oleh Yogeswary Subramaniam di Malaysian Insider. Dalam artikel tersebut penulis membicarakan isu polisi pemilikan tanah orang asli (customary land) dari satu perspektif menarik. Antara lain ulasan beliau mengenai cadangan itu adalah seperti berikut:

In short, the proposed policy involves the granting of two to six acres of plantation lands and up to a quarter of an acre for housing to each Orang Asli head of household. The policy is subject to two main qualifications that impact upon its economic utility.

First, land forming part of this policy is subject to availability. This means that the land is not available as of right and depends on state discretion. If past records are anything to go by, the states’ performance for gazetting Orang Asli reserves has been nothing short of dismal.

Second, Orang Asli households would have to reimburse the appointed developer for all costs in relation to the development of the land from proceeds gained from the plantation. Other than the obvious room for abuse in the development process itself, Orang Asli would additionally have to start their ‘new’ life in the market economy under the burden of debt.

Banyak lagi isu yang ditimbulkan, tetapi saya hanya ingin memberi komen tentang perkara kedua di atas.

Bayangkan selepas pembangunan tanah dibuat, hasil yang diperolehi akan dibayar kepada pemilik tanah setelah sejumlah hutang ditolak.

Ini sedikit sebanyak ada persamaan dengan pelbagai skim lain. Contohnya dalam kes pekebun kecil yang terlibat dalam skim tanaman berkelompok anjuran RISDA, pemilik tanah yang menyertai
skim itu diminta menanda-tangani perjanjian untuk tempoh tertentu seperti 15 tahun bagi kes tanaman kelapa sawit. Pihak anak syarikat RISDA akan menanam semula, membaja pokok, membersihkan ladang, mengutip hasil dan sebagainya bagi pihak pemilik tanah.

Untuk tempoh 7 tahun pertama, pemilik tanah akan diberi sedikit pendahuluan (hutang) berkala bagi membantu kewangan isi-rumah. Hasil yang dikutip hanya akan digunakan untuk membayar semula hutang (setelah ditolak kos pengurusan).

Dalam tahun yang ke-8 dan seterusnya, skim itu dikira matang dan hasil bersih ladang iaitu setelah ditolak segala kos pengurusan akan dibahagikan kepada dua.

1. Bayaran balik kos penanaman pokok dan semua wang pendahuluan yang diterima, yang masih belum selesai.

2. Pendapatan pekebun kecil (selalunya dipanggil bonus)

Hasil yang diterima oleh peserta (pemilik tanah) amat bergantung kepada prestasi syarikat. Jika syarikat yang menguruskan skim itu tidak cekap, kos pengurusan mungkin tinggi. Jika mereka juga tidak cekap dalam pemantauan, hasil yang diperolehi juga mungkin lebih rendah. Akibatnya, pekebun kecil mungkin tidak dapat sebarang pendapatan, atau jika dapat, hanya jumlah yang menghampakan.

Jika dibuat tinjauan, kita mungkin dapati bahawa hasil yang diperolehi peserta skim itu terlalu rendah, berbanding dengan potensi hasil jika ianya diusahakan dengan baik secara bersendirian. Kenapa? Jawapan mudah saya ialah dalam kes kedua, pekebun bersungguh-sungguh kerana inginkan hasil yang lumayan. Dalam kes pertama (skim tanaman berkelompok) pula, pekerja syarikat dibayar gaji mengusahakan tanah orang lain.

Siapa yang lebih bermanfaat? Inilah senario di mana niat yang baik itu tidak semestinya menghasilkan hasil yang baik jika perlaksanaannya tidak cukup baik.

Saya membayangkan, apa pun model yang dicadangkan untuk mengusahakan tanah orang asli ini, ianya sedikit sebanyak akan mempunyai persamaan dengan skim yang dinyatakan di atas, kerana ianya melibatkan syarikat pengusaha yang mendahulukan modal dan mengusahakan tanah terbabit. Tidak mustahil jika hasil tanah hanya cukup untuk menampung operasi syarikat yang mengusahakannya. Tidak mustahil jika mereka (orang asli) akhirnya akan menjadi lebih terpinggir.

Mungkin model yang lebih baik diperlukan. Mungkin juga mereka perlu membangunkan model tersendiri, sesuai dengan cita rasa kehidupan masing-masing.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s