Buatmu Sahabat -14: The Guiding Light

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia, nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah Qalbu (hati)” – (Maksud Hadith)

Sahabat,

Hati ini bagaikan cahaya yang menunjuk jalan. The guiding light. Orang yang hatinya bersih dan suci akan cenderung kepada kebaikan. Dari kecenderungan itu lahirlah tindakan yang baik dari anggota badannya.

Begitu juga sebaliknya. Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Anggota lain pula akan sama menyokong tindakan yang dirancang. Maka lahirlah tindakan yang membawa kepada maksiat.

Setiap hari manusia pasti menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Ada kalanya ujian yang dihadapi membuat seseorang tewas dan mengalah. Ketika hati yang selalunya baik kalah diserang dugaan, dia akan merasa buntu. Jiwanya meracau. Perasaannya tidak tentu arah. Hatinya tidak tenang. Tanpa mengira apa jenis ujian dan dugaan, hati itu perlu ditenteramkan agar dapat berfungsi seperti biasa, dapat membantu diri menerangi jalan ke hadapan.

Berzikir mengingati Allah adalah satu cara mujarab dalam membersih hati dan mendapatkan ketenangan jiwa. Mengingati Allah ialah dengan mengagungkanNya, mengucap tasbih, tahmid dan takbir. Mengerjakan solat, menghadiri majlis ilmu dan membaca al-Quran, malah banyak lagi tindakan yang termasuk dalam ruang-lingkup zikrullah.

Firman Allah bermaksud: “Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati-hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).

Kalau Covey meletakkan pentingnya “Sharpen the Saw” sebagai salah satu tabiat dari 7 tabiat penting dalam bukunya “Seven habit of highly effective people”, bagi saya membaca al-Qur’an setiap hari adalah “Sharpen the Saw” bagi kita. Asahlah hati supaya sentiasa tajam sebagaimana tajamnya gergaji jika diasah setiap hari.

Sahabat,

Allah SWT amat menyayangi kita semua. Bagi setiap masalah ada penyelesaiannya. Jika terlanjur, peluang bertaubat sentiasa terbuka. Bacalah al-Quran dan fahamilah maksudnya. Dalam membaca al-Quran ini ada bekalan untuk hati yang suci. Bacalah ia setiap hari.

Ya Allah, berilah aku kekuatan supaya hatiku sentiasa terpaut pada al-quran.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Buatmu Sahabat -14: The Guiding Light

  1. 'ain3ra' says:

    Jazakallahu khayr. Wahai Yang Nyawa Kami di TanganNya, jangan Engkau sudahi kehidupan kami di saat hati kami kering daripada mengingatiMu.

  2. ramzy says:

    jazaakallahukhairan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s