Buatmu Sahabat -12 : Setinggi-tinggi Nikmat

Imam Ibn Qayyim berkata: “kefahaman yang sahih dan niat yang baik adalah sebesar-besar nikmat Allah SWT ke atas hambaNya. Bahkan tidak ada anugerah yang lebih baik dan mulia selepas Islam melainkan kedua-duanya.”.

Kenapa?

Kefahaman yang sahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati mereka yang terpilih. Ramai orang menuntut ilmu – ada yang tidak faham, ada yang terpesong kefahamannya dan ada juga yang bernasib baik, mereka yang diberi kefahaman yang sahih kerana mereka ini dapat membezakan antara sahih dan fasid, hak dan batil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran, … Mereka juga dapat membezakan yang mana isu pokok, yang mana rantingnya, dapat menyusun prioriti tindakan dan dapat juga meletakkan sesuatu perkara dalam konteks semasa dengan betul. Bertuahlah mereka…

Kefahaman itu bila digandingkan dengan niat yang baik, yang tidak dicemari  sebarang kepentingan  lain dan tidak dirosakkan oleh nafsu dan penyakit hati, akan dapat membuahkan tindakan mulia, yang mampu memberi manfaat yang banyak kepada diri dan masyarakat. Inilah insan yang diperlukan oleh dunia, di saat kehancuran demi kehancuran datang melanda.

Dunia perlu kepada insan yang mampu membantunya dalam mengatasi pencemaran udara, air dan tanahnya. Dunia juga mengharapkan insan yang mampu menasihatkan rakan masing-masing supaya tidak hanya leka dengan hiburan sehingga terlupa dan terlanjur dengan tindakan yang merosakkan diri, keturunan dan tempat tinggal mereka.

Selamatkan bumi dan penghuninya. Semuanya bermula dengan diri anda. Carilah ilmu yang bermanfaat, dan amalkan dengan ikhlas.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s