Erti hijrah dalam hidup seharian

Di Malaysia, 1 muharam diraikan dengan cuti umum dan diseri lagi oleh majlis sambutan maal hijrah di pelbagai peringkat. Kehebatan dan sumbangan beberapa tokoh terpilih diumumkan dengan anugerah tokoh maal hijrah di segenap pelusuk negara. Namun, adakah ianya memberi impak kepada kehidupan anda?

Setiap tahun juga aku termenung. Apakah agaknya anjakan yang akan berlaku dalam hidupku dalam menempuh hari-hari mendatang. Tahun 2010/1431  amat mencabar sekali bagiku. Banyak perkara yang memerlukan pertimbangan serius perlu dilalui.  Semoga kewarasan dan kebijaksanaanku semakin bertambah.

Dua minggu lepas aku bersembang panjang dengan Maniam yang kebetulan singgah di Johor Bahru. Wow, janggutnya panjang macam Tok Sheikh dari Yemen. Rasanya diapun mungkin keturunan dari sana. Bila dikenang kehidupan lalu, memang kami telah berbeza. Zaman persekolahan, zaman muda di Amerika – aku di Colorado, Maniam di Texas juga berbeza dengan kehidupan kini. Ya,… kami telah berhijrah…

Aku teringat peristiwa yang berlaku di sebuah masjid di London. Satu malam, aku berbual dengan seorang warga Jamaica yang baru memeluk Islam. Dia begitu bersemangat menceritakan pengalaman hidupnya. Namun yang paling menarik perhatianku ialah  sikap bersungguh-sungguh yang ditunjukkannya. Beberapa bulan sebelum hari itu, ketika dia melafazkan kalimah syahadah, sahabatnya memberi nasihat, bunyinya lebih kurang begini… “Islam is a religion of peace and goodness. When we become Muslim, we should leave behind all the bad deeds that we used to do, and replace them with good ones…” Kemudian dia berkata kapadaku, “one of the thing that came to my mind at that time was drinking and smoking. The next day I quit drinking and smoking, and I managed to be steadfast until today…”

Itulah kata-kata yang  menyentuh hatiku pada malam itu. Pada saat itu juga aku mula bertekad untuk membuat sesuatu dengan hidup, buang yang buruk dan gantikan dengan yang baik.  Beberapa hari selepas itu,  aku berhenti merokok… Rupa-rupanya aku juga mampu mengubah hidupku hanya dengan membulatkan tekad.  Just Like That !!!  Subhanallah,  jika kita benar-benar mahu melakukan sesuatu, rahmat Tuhan yang Maha Pengasihani sentiasa ada bersama kita…

Itulah contoh hijrah yang telah berlaku dalam hidupku… Tahun ini, aku akan garis-bawahkan beberapa perkara yang akan aku jayakan sebagai bukti kepada penghayatan semangat hijrah yang telah dilakukan oleh Rasul dan Sahabatnya. Semoga Allah memberi pertolonganNya sentiasa…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s