Apabila saya ditanya orang muda…

Beberapa kali saya ditanya oleh anak muda tentang perjalanan hidup dalam menuju ke akhirat, terutama jika mereka terlibat dalam organisasi kebajikan dan dakwah… Saya mendoakan agar mereka akan menempuh hidup ini dengan jayanya.

Pesanan saya dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Berpeganglah kepada prinsip yang digariskan oleh al-Qur’an dan Sunnah. Jangan sekali-kali mengenepikan penilan itu semata-mata kerana minat kita terhadap seseorang tokoh. Keterikatan kepada ketokohan individu adalah merbahaya jika tidak diawasi oleh hati yang peka. Bayangkan… apa yang jadi kepada pengikut Shoko Asahara (Aum Supreme Truth) di Jepun ataupun pengikut David Koresh (Branch Davidian Cult)  yang sanggup membunuh diri beramai-ramai di Waco, Texas ataupun kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang ada di Malaysia dan banyak lagi negara Islam dan sebagainya. Jika dikaji, anda mungkin rasa keliru kenapa mereka boleh begitu jauh terpesong?

2.  Bila kita kembali bertemu Allah kelak, kita tetap bersendirian. Organisasi menyediakan peluang untuk memudahkan kita beramal dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Ambillah peluang itu dengan baik dan jangan sekali-kali memperlekeh orang lain. Pastikah anda lebih baik di sisi Allah berbanding orang lain?

3. Semua orang akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan usaha, dan keikhlasan masing-masing. Selagi apa yang kita lakukan tidak menyeleweng dari ruang-lingkup syara’ dan akhlak Muslim, teruskanlah perjalanan… Mana lebih baik statik atau dinamik?

4. Kerap kali masalah berorganisasi timbul disebabkan oleh sikap melampau (extremism) dalam pandangan dan sikap sukar bertolak-ansur. Ada yang menyangka dia saja yang betul. Ada pula yang tidak dapat menggarap “the bigger picture”, lantas memperjuangkan penjuru masing-masing sehingga menidakkan kepentingan penjuru-penjuru lain. Bukankah kita telah diajar supaya bersikap sederhana?

5. Berdakwah adalah tugas rasul dan mereka yang terpilih. Dalam perjalanan ada yang cedera, ada yang gugur, ada yang berputus-asa, ada yang memberontak, namun majoriti hati yang ikhlas akan teruskan perjalanan.  Bagaikan sebuah keretapi yang menempuh perjalanan jauh, ada kalanya ia meluncur laju, ada kalanya ia merangkak perlahan. Daripada ramai penumpang di dalamnya, ada yang duduk dengan penuh disiplin sibuk dengan tugas masing-masing, ada yang merayau-rayau, ada pula yang tidak sabar dengan keadaan perjalanan itu.  Apabila sampai di stesen-stesen di sepanjang perjalanan, ada yang turun walaupun destinasi masih jauh. Namun keretapi itu terus berjalan. Penumpang baru akan naik pula di stesen lain. Tidakkah anda mahu sampai ke destinasi?

6. Islam adalah agama Allah SWT. Segala usaha menegakkan Islam itu sangat dekat kedudukannya dengan Allah SWT dan Allah jualah yang akan memastikan Islam dan usaha-usaha menegakkan Islam itu terpelihara. Adakah anda menyangka Islam yang memerlukan anda dan bukan anda yang memerlukan Islam?

Kesimpulan:

Kita hidup hanya sekali. Sebab itu  kita perlu menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan dengan sepenuhnya. Jangan biarkan kebijaksanaan dan pertimbangan penuh kewarasan ditewaskan oleh perasaan….

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Apabila saya ditanya orang muda…

  1. Tok Wae says:

    Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati, Engkau tetapkanlah hatiku supaya sentiasa berada di dalam saf dakwahMu. Mudah-mudahan aku termasuk ke dalam golongan yang berada tetap di dalam keretapi sehingga sampai ke destinasi… Amin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s