Dunia dan bahan kimia

Semester akan bermula minggu depan. Saya diminta mengajar “industrial Hygiene” – bukan satu yang minati… Teringat pula untuk berceloteh. Ini tulisan saya yang dah lama tertulis…

Dunia ini terbina dari bahan kimia. Oksigen dan hidrogen bergabung membentuk air. Karbon dan  hidrogen pula bergabung membentuk banyak bahan yang dipanggil hidrokarbon, antaranya gas memasak dan bahanapi seperti petrol dan disel. Jika hidrokarbon ini pula ditindakbalas lagi dengan hidrokarbon lain atau bahan lain, maka akan terhasil pula banyak lagi bahan berguna untuk kehidupan manusia termasuk bahan binaan, pakaian dan sebagainya.

Bahan berguna ini perlu digunakan mengikut kesesuaiannya. Setelah digunakan bahan ini juga perlu dilupus mengikut kaedah yang sesuai dengan klasifikasi bahan tersebut. Ada bahan yang boleh ditanam, ada yang boleh dibakar, ada pula yang perlu diurus oleh syarikat yang mempunyai keupayaan tertentu.

Contohnya, anda tidak harus membuang komputer begitu saja kerana ia termasuk dalam klasifikasi sisa berjadual, sebaliknya, jualkan kepada syarikat yang membeli komputer terpakai. Begitu juga, pelajar tidak harus membuang pelarutorganik terpakai ke dalam sinki, sebaliknya, bahan tersebut perlu dikumpul dan dilupus mengikut peraturan yang ditetapkan.   Bahan kimia terpakai juga termasuk dalam golongan sisa berjadual.

Dalam konteks penggunaan pula, kita perlu berhati-hati dengan kepekatan bahan kimia. Asid yang pekat boleh meleburkan logam. asid yang sederhana boleh menghakis permukaan bahan, manakala asid yang cair pula boleh menyebabkan kulit kita menjadi gatal.Jadi kesan asid terhadap persekitaran berbeza mengikut kepekatan.

Begitu juga bahan ubat-ubatan. Badan kita boleh menerima bahan kimia yang digunakan sebagai ubat menurut had yang dipanggil dos. Sebab itu, kita perlu mengikut nasihat doktor berkenaan dos. Contohnya,  panadol sepatutnya dimakan 2 biji sekali. Maka kita tidak seharusnya makan lebih banyak kerana ianya boleh membawa kepada bahaya.

Sesuatu bahan itu mungkin diperlukan oleh badan tapi dalam jumlah sedikit. Kafein menyegarkan. Sebab itu ramai orang meminum kopi atau teh yang mengandungi kafein. Tapi jika kita mengambil terlalu banyak kafein dalam masa yang singkat, melebihi dos yang dibenarkan, kita mungkin mengalami kesan kesihatan, malah boleh membawa kepada kematian. Begitu juga ubat-ubatan yang merehatkan badan (kadang-kadang dipanggil ubat tidur) bagi mengurangkan stress banyak membantu pesakit, tetapi jika dimakan melebihi dos, juga boleh membawa kepada kematian.

Kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Tetapi kita tidak boleh terlalu banyak bernafas dengan menggunakan oksigen tulin. Ianya merbahayakan diri, kerana badan kita telah biasa dengan pernafasan menggunakan udara yang hanya mempunyai 21 % oksigen.

Kesimpulannya:

1. Kita perlu mengenali bahan-bahan yang berada di persekitaran kehidupan kita. Tahu fungsinya, tahu kegunaannya, tahu juga bahayanya.

2. Dalam setiap aspek kehidupan, kita tidak harus berlebih-lebihan.  Laksanakan pada kadar yang sesuai.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s