Kembara Tanah Suci 1 – Bila Ada Niat Pasti Ada Jalan

Sesuai dengan musim haji yang hampir dekat, ingin saya kongsikan pengalaman kami menempuh kembara yang begitu bermakna dalam hidup. Sebenarnya saya keberatan untuk menulis entri ini kerana ianya agak personal. Tetapi mungkin juga boleh menjadi motivasi kepada pembaca sekelian. Maka saya teruskan.

Oktober  2005

Kesibukan lalulintas antara Senai dan Skudai telah mendorong saya untuk membeli rumah di Skudai. Setelah proses pembelian selesai, kami pun merancang untuk membuat sedikit ubah-suai dan menyiapkan rumah baru sebelum berpindah ke sana.

Pada satu hari, ketika saya sedang sibuk menguruskan rumah itu, entah macam mana, hati terdetik tentang tanggung-jawab menunaikan fardu haji. Hati saya berkata, ” jika aku mampu membeli dan mengubah-suai rumah ini, apa alasan yang aku ada untuk dinyatakan di hadapan Allah untuk tidak menunaikan fardu haji?”  Sebenarnya, pada tahun 1991 saya telah merancang untuk menunaikan haji. Ketika itu kami di Newcastle, UK. Almarhum sahabat baik saya Ishar Saad yang tinggal di Durham ketika itu telah menawarkan untuk menjaga anak-anak kami jika kami ke Mekah tahun itu. Namun ianya terbatal kerana ketika itu juga isteri saya disahkan hamil dan seperti sebelumnya, kesihatannya memerlukan dia dirawat di hospital untuk beberapa lama…

Wang di dalam simpanan hanya cukup untuk tambang perjalanan rombongan muassasah tabung haji, namun giliran saya untuk menyertai rombongan tabung haji belum sampai lagi.

Satu hari seorang sahabat memberitahu bahawa kuota haji menerusi swasta masih ada jika mahu. Saya diminta menghubungi Ustaz Ab Halim di Seremban. Apabila pulang ke rumah, saya berbincang dengan isteri. Kini sudah ada peluang tetapi wang simpanan tidak cukup untuk menampung kos pakej swasta.

Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk menangguhkan ubahsuai dapur rumah yang telah dirancang dan wang itu dipindahkan ke tabung haji. Kontraktor rumah terkejut juga dengan keputusan kami, terutama apabila mendengar alasan bahawa saya menangguhkan semua itu kerana ingin ke Mekah.

Saya pun terus mendaftar nama kepada Ustaz Halim dan  di bulan ramadan itu saya berdoa memohon dipermudahkan semua urusan.

November 2005

Selepas solat subuh, saya mendapat sms dari Ustaz Halim. katanga, nama anda telah disahkan sebagai ahli rombongan haji tahun ini. Subhanallah, Alhamdulillah, hati saya merasa lega ketika itu.

Seterusnya, kami mula membincang isu logistik – kewangan, anak-anak dan sebagainya. Yang menarik, kami belum pernah mengikuti kursus haji. Maka kami mula mentelaah kitab-kitab fiqh dan kitab-kitab keluaran tabung haji, dan bila ada kekeliruan, maka saya bertanya kepada kawan-kawan.

Disember 2005

Kami berangkat menunaikan fardu haji. Alhamdulillah, banyak pengalaman menarik yang saya akan kongsikan kemudian.

Februari 2006

Sekembalinya saya ke tanah air, banyak perkara menarik berlaku. Saya menerima beberapa cek untuk bayaran kerja-kerja yang telah saya lakukan dahulu dan beberapa peluang pendapatan tambahan juga timbul. Dengan wang itu, saya dapat menyambung semula hasrat mengubah-suai dapur rumah baru yang dirancang. Subhanallah, dengan izin Allah jua kami bukan saja dapat menunaikan haji tahun itu, tapi juga dapat meneruskan apa yang dirancang sebelumnya. Beberapa bulan kemudian kami pindah ke rumah baru.

Memang benar, pertolongan Allah boleh datang dengan pelbagai cara, kadang-kadang menjangkau lebih dari pemikiran biasa. Yang penting ialah keikhlasan dan doa kepada tuhan yang Maha Berkuasa.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Kembara Tanah Suci 1 – Bila Ada Niat Pasti Ada Jalan

  1. zulkhair says:

    Saya ada menulis dalam ‘Cerita Motivasi Haji dan Umrah’ mengenai individu yang menjual kereta demi mahu kerjakan haji. Alhamdulillah gantikan dengan yang lebih baik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s