Minggu yang sibuk

Tiga minggu yang lepas merupakan tempoh yang sibuk bagi saya. Selepas 8 hari “dikurung” di Royale Chulan Hotel, KL, kerana mengikuti kursus TTT Deloitte Graduate Employability Program, saya sempat kembali ke Johor sebelum pergi lagi ke KL untuk urusan lain. Dua hari kemudian (hari selasa) saya berangkat pula ke Melaka untuk mengendalikan kursus “Unit Operation” yang dianjurkan oleh Akademi Laut Malaysia di Melaka. Rupa-rupanya peserta kursus terdiri dari staf syarikat MMHE yang letaknya di Pasir Gudang. Jadi, orang Johor mengendalikan kursus untuk orang Johor di Melaka…

Ketika saya sedang mengendalikan kursus, saya dapat maklumat bahawa emak tidak sihat. Petang itu saya terus ke kampung yang letaknya tidak jauh dari tempat saya mengendalikan kursus. Malam itu adik saya tiba dari Kuala Lumpur dan kemudian kakak saya pula tiba dari Kuala Lumpur.  Keesokannya, kami membawa emak bertemu doktor pakar dan seperti yang dijangka, emak dimasukkan ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Tengahari jumaat, isteri dan anak-anak saya sampai di Melaka. Ketika itu saya masih lagi mengendalikan kursus di Everly Resort, Tg.Kling. Keesokannya,  kami ke KLIA menghantar anak untuk pulang ke Mesir setelah 2 bulan bercuti. Selepas itu kami singgah kembali ke Melaka menemani emak. Suasana di hospital meriah kerana ramai adik-beradik yang hadir – kami dari keluarga besar. Menurut doktor, dia mungkin akan dibenarkan pulang ke rumah pada pagi isnin. Berita itu disambut gembira dan kami pulang ke Johor Bahru.

Hari ini (Isnin) ketika saya menghadiri taklimat IMGLAD kepada kelompok pertama pelatih yang diterima, saya mendapat maklumat dari kakak mengatakan emak kembali tidak sihat dan perlu menjalani pemeriksaan jam 11 pagi. Mungkin petang ini atau esok saya akan kembali ke Melaka.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami semua, kerana menguruskan orang tua yang sakit ada kalanya menguji kesabaran. Apa pun, kita tidak mahu hati orang tua terguris ketika usianya telah lanjut. Berbakti kepada orang tua adalah salah satu amal soleh yang dituntut dari kita semua.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening. Bookmark the permalink.

2 Responses to Minggu yang sibuk

  1. mazlanjama'an says:

    Aslm
    Mudah2an Allah SWT menyembuhkan penyakit Ummu Arshad. Mudah2an perjalanan menuntut ilmu dan tarbiah di Mesir bagi anakanda Anas Arshad juga diberkati Allah. Selamat berjaya. Wslm

    Pak Cik Mazlan, JB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s