Musim Haji Bermula

Mecca - picture sent by my old friend MBK

Mecca - picture sent by my old friend MBK

Malam ini saya ke Melaka menziarahi abang saya yang akan ke Mekah menunaikan fardu haji dalam rombongan KT1 – rombongan haji pertama dari Malaysia bagi musim ini. Setiap kali musim haji tiba, hati saya merasa rindu kepada tanah suci itu.

Haji merupakan satu rukun dari rukun Islam. Islam kita tidak sempurna selagi haji tidak ditunaikan, melainkan jika kita tergolong dari kalangan yang diberi kelonggaran. Jika kita mempunyai keupayaan kewangan, maka kita seharusnya berusaha mengatur masa untuk melaksanakan kewajipan itu. Ada masanya kita perlu bertindak tegas dengan memberi keutamaan kepada rukun Islam ke5 ini. Sebagaimana pandainya kita mengatur kehidupan harian, maka sepandai itu juga kita harus mengurus urusan tanggung-jawab agama.

Jika ditanya kepada rakan yang belum menunaikan haji, selain dari kewangan yang tidak mencukupi, pelbagai alasan boleh ditemui. Ada orang menangguhkan ibadat haji kerana anak nak menduduki SPM. Ada pula yang menangguhkannya kerana anak nak masuk universiti. Ada yang merasakan diri masih muda. Ada yang merasakan diri masih belum stabil – kewangan, ataupun perangai. Ada yang langsung tidak mengambil serius.

Cuba bayangkan, jika kita mati sebelum sampai musim haji akan datang, adakah kita mempunyai alasan yang kukuh ketika berhadapan dengan Allah SWT? Jika tidak, insaflah dan mulakan langkah besar ke arah melaksanakan tanggung-jawab itu…

Apa pun halangan yang ada, bulatkan tekad. Jika anda berusaha dengan serius dan ikhlas, yakinlah, anda akan sampai ke sana…

mecca2

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Musim Haji Bermula

  1. Dharma says:

    Dear Pak Chad,

    Uh sorry, I did not notice that the last time you updated your blog was 2 days ago. Anyway, catch you later.

    Regards.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s