Buatmu Sahabat-11: Sebutir menghasilkan 700 butir

Sahabat,

Cuba amati ayat 261 dari  surah Al-Baqarah yang bermaksud:

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya  lagi Maha Mengetahui.

Harta yang dinafkahkan di jalan Allah ternyata tidak sia-sia, malah amat menguntungkan. Bayangkan biji benih yang ditanam menghasilkan tujuh tangkai dan di setiap tangkai pula terdapat 100 butir, Subhanallah, 700 butir terhasil.

Begitulah istimewanya infaq di jalan Allah. Sebab itu kita tidak harus teragak-agak dalam menafkahkan sedikit harta pada jalan Allah, sama ada untuk keperluan jihad, pembangunan masjid atau pusat pendidikan,  memudahkan kesusahan orang lain atau sebaginya kerana harta itu pasti tidak sia-sia, malah ganjarannya pasti akan menanti di akhirat kelak.

Peluang demi peluang sentiasa datang untuk kita memberikan sedikit nikmat yang diberikan Allah untuk dinafkahkan di jalannya. Apapun senarionya, peluang beramal diwujudkan, peluang menafkahkan wang dan harta dibuka.

Pada masa ini, bagi menangani akibat gempa di Padang, Sumatera yang telah banyak mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda saudara kita, dana yang banyak diperlukan.  Hulurkan bantuan dan janganlah kita tereagak-agak untuk bersedekah kerana tidak akan miskin orang yang bersedekah, malah pintu rezki akan lebih terbuka… Kita perlu cepat bertindak dan jangan bertangguh.

Di sana-sini ada kutipan dibuat, di pejabat, di masjid, malah menerusi internet. Salurkan menerusi NGO sukarelawan yang berurusan terus usaha di sana bagi memaksimumkan manfaat dan mengurangkan kos pengurusan.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Buatmu Sahabat-11: Sebutir menghasilkan 700 butir

  1. Ramzy says:

    MasyaAllah. JazaakAllahukhairan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s