Ziarah Aidil Fitri 2009 – 2. Kg. Balai Panjang

Beberapa kali apabila saya memandu merentasi jejambat di Malim,  saya teringat kepada keluarga Pakcik Zakaria, seorang pesara tentera  atau juga dikenali di kampung sebagai Pak Said. Setiap kali itu  juga saya teringat untuk menziarahi beliau sekeluarga. Namun  setiap kali itu juga saya menangguhkannya kerana kesuntukan masa.

Kami memang mempunyai hubungan keluarga walaupun jauh, tetapi telah didekatkan dengan persahabatan saya dengan anak mereka Zahari yang sama-sama belajar di STAR dari tahun 1976-1980. Oleh kerana untuk kelompok STAR80, hanya kami berdua saja  pelajar dari Melaka, rumah mereka di Kg. Balai Panjang (juga dikenali sebagai  Kg. Tambak) memang sering saya kunjungi ketika itu.

Tahun ini pada tengahari 1 syawal, saya membawa isteri dan anak-anak menjengukkan muka ke sana. Kedatangan kami secara mengejut itu jelas disambut dengan sangat mesra oleh Pak Said, Makcik Habsah dan Kak Ngah.

Pak Said bertanya, “Kau tahu ke dak Ari tak ada?”. Jawab saya, ” Tau Pakcik, kami ni teringat nak ziarah pakcik dan makcik, nak tengok, apa kabau”. Jawapan itu membuat makcik tersenyum.

Kami berbual tentang berbagai tajuk. Seperti biasa, Pak Said amat bersemangat apabila bercerita, terutama berkenaan isu pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Anak-anak  saya yang hadir terpaku khusyuk mendengar hujahnya. Begitulah realiti pesara tentera yang sentiasa tinggi semangat juangnya. Sentiasa ingin memastikan keadilan dan hak rakyat dipelihara.

Makcik pula lebih banyak bertanya tentang anak-anak. Secara selamba Makcik mencadangkan “elok juga kita dekatkan semula keluarga kita ni… cucu Makcik yang perempuan pun ramai…” Dia melontarkan kata-kata itu sambil merujuk kepada salah seorang  anak bujang saya.  Saya tersenyum.  Kata abangnya “Come on man,  that’s a good soft proposal”.  Dalam hati saya berkata juga, “why not?”. Untuk orang Melaka, mungkin bicara seperti ini biasa, tidak semestinya bermaksud apa-apa. Tapi kata anak saya, “wow brutalnya orang Melaka…”. Ya, orang Melaka memang lebih straightforward. Tapi saya juga katakan pada mereka, kalau setuju, Abah ok aja… Dalam perjalanan pulang kami tertawa mengenangkan insiden itu.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s