Ziarah Aidil Fitri 2009 – 1. Kg Batu Anam

Ketika saya melihat Batu Tanda yang menunjukkan “Batu 7”, saya menyangka saya telah hampir tiba. Namun tanggapan saya ternyata meleset kerana Kg Batu Aman letaknya mungkin di sekitar 5 km dari Batu 7. Ziarah ke situ dilakukan hari ini,  ketika syawal  telah berusia seminggu. Kali ini ianya memang telah dirancang kerana hasrat untuk ke sana telah lama tetapi sentiasa tertangguh.

Ketibaan kami disambut ceria oleh sahabat yang ketika itu berbaring di atas katil. Rupa-rupanya, dia telah 3 bulan berkeadaan begitu, lebih selesa berbaring dari duduk. Subhanallah, perasaan saya ketika itu sukar dibicarakan. Sahabat yang satu masa dahulu sama-sama mendaki Gunung Ledang kini terbaring di atas katil lantaran ditarik  sedikit nikmat kesihatan darinya. Ya Allah, kembalikanlah semula nikmat itu kepada sahabatku ini supaya dapat dimanfaatkan olehnya untuk melaksanakan lebih banyak lagi perkara-perkara kebaikan.

Menziarah orang yang sakit ada kedudukan tertentu dalam pesanan dari Rasulullah. Dalam satu hadith hasan riwayat Tirmizi, dari Ali r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudara Muslim yang sakit – di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang. Dan jikalau ia meninjau di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan mendapat tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga.”

Perbualan kami merangkumi pelbagai tajuk. Tentang perubatan, kehidupan harian dan sebagainya. Dalam perbualan dia sentiasa ceria atau pandai menunjukkan keceriaan kerana di beberapa ketika terpancar juga emosi. Ketika itu satu soalan bermain di fikiran saya. Apakah agaknya sumbangan yang terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka yang berkeadaan begitu?

Dalam kehidupan ini, kesempatan yang ada perlu diambil sepenuhnya dan tidak disia-siakan. Tanggung-jawab perlu dilaksana. Hak perlu ditunai. Bakti perlu ditabur. Setiap insan pasti mempunyai peluang. Walaupun peluang dilihat seolah-olah tidak sama di mata manusia, di sisi Allah mereka mempunyai peluang yang sama, kerana Tuhan yang Maha Pengasih itu menilai kualiti dan kesungguhan, bukan hanya  kepada kuantiti atau betapa gahnya sumbangan dibuat. Syiar penting untuk menaikkan semangat, tetapi usaha kecil setiap individu dari hati yang ikhlas mempunyai tempat tersendiri di sisi Ilahi, Tuhan yang Maha Agung. Manusia yang bijak perlu terus maju ke hadapan dalam apa keadaan sekalipun. Yang boleh berlari hendaklah terus berlari, yang berjalan terus berjalan, yang merangkak terus merangkak. Malah yang tidak bergerakpun boleh terus menyumbang dan berbakti.

Benar, dunia ini memang tempat kita bekerja. Tempat menyediakan bekal untuk akhirat, tempat menabur bakti pada manusia dan alam semesta. Semoga Allah merahmati Imam Ahmad Ibn Hanbal. Ketika beliau ditanya “Bilakah seorang hamba merasakan nikmatnya istirehat? Dia menjawab: Apabila ia melangkahkan kakinya memasuki syurga”


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s