Buatmu Sahabat –9: Ramadan dan al-Quran

Sketsa:

Pada satu hari Ahmad bertanya kepada sekumpulan kawan-kawannya, apakah azam anda semua mengenai al-quran di bulan ramadan yang akan datang.  Memandangkan tiada siapa yang menjawab, maka Ali berkata, Insya Allah saya akan pastikan saya khatam sekali dalam bulan itu.”

Dengan suara yang lantang dan bersemangat Ahmad berkata “Sekali khatam itu untuk bulan-bulan yang lain, kalau ramadan semestinya lebih banyak lagi sebab ia bulan penuh barakah, bulan di mana turunnya al-quran dan bulan di mana amalan kebaikan dipermudahkan Tuhan. Inilah peluang kita semua untuk mengumpul bekalan bagi sepanjang tahun hadapan sementara menanti kedatangan ramadan kembali…”.

Ali terdiam. Benar kata sahabatnya Ahmad. Ramadan adalah bulan yang istimewa. Kata-kata Ahmad itu menjadi tamparan hebat kepada hatinya. Secara senyap dia menetapkan azam pada dirinya, aku akan khatam sekurang-kurang 3 kali tahun ini – satu dalam halaqah bersama keluargaku, dua secara bersendirian…

Refleksi:

Hari ini sudah 11 ramadan dan aku masih belum khatam lagi. Pada usia seperti ini, aku sepatutnya telah tamat sekali jika bukan dua kali. Walaupun ramadan datang setiap tahun, tiada siapa yang boleh menjamin dia akan bertemu ramadan yang akan datang. Ya Allah, ampunkan aku lantaran kelalaianku ini dan berikan aku kekuatan untuk terus meningkatkan amal kebajikan di sepanjang ramadan ini bagi membina kekuatan untuk mewarnai sisa umur yang ada dengan corak  (sibghah) yang telah Kau telah tetapkan…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s