Puncak Kinabalu – Aku Datang Lagi

Pendakian adalah suatu cabaran dan ganjarannya hanya dapat dirasakan bila sampai di puncak. Perasaan ketika itu juga agak abstrak – suka, syukur, semangat, puas – pelbagai dimensi yang hanya dapat difahami mereka yang telah melaluinya. Tahun ini, saya mengambil keputusan untuk sekali lagi menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu. Kali pertama saya di sana ialah pada bulan September 2003. Ketika itu rombongan kami terdiri daripada beberapa orang staf dan pelajar pasca-siswazah Fakulti Kej Kimia & Kej Sumber Asli (FKKKSA) UTM. Kali ini kami hanya bertiga – Adnan,Wijay dan saya sendiri. Kesibukan kerja menyebabkan kami kurang melakukan latihan. Namun hasrat diteruskan juga.

Mountain Guide yang dikhaskan untuk kami ialah Anthony tetapi dia yang merupakan ahli jawatankuasa Sabah Park terpaksa bermesyuarat hari itu dan tempatnya digantikan oleh Samina. Samina orangnya pendiam tapi peramah. Bila ditanya sudah berapa kali naik ke puncak, jawabnya selamba saja – banyak. Bila ditanya lagi,  100 kali? Jawabnya lebih…

Pendakian bermula dari Timpohon

Pendakian bermula dari Timpohon

Dalam perjalanan kami bertemu dengan ramai pendaki yang kebanyakannya merupakan pelancung luar negara. Antara yang menarik ialah pasangan lelaki Jerman dan wanita Inggeris. Mereka adalah pekerja Bangsa-bangsa Bersatu yang berkhidmat di pejabat World Health Organisation (WHO) di Laos. Setiap kali berhenti di pondok rehat, kami bercerita tentang pembangunan, kesihatan dan perbandingan antara Laos dan Malaysia.

Perjalanan menjadi lebih mencabar bila hujan mula turun.  Windbreaker kalis air yang saya pakai ternyata tidak mencukupi.  Cuaca lembab dan udara berkabus menambah lagi cabaran, namun perjalanan diteruskan dengan penuh semangat.

Badan mula terasa letih bila papan tanda km 2 ditemui. Kami seolah-olah tidak percaya bahawa jarak yang telah dilalui itu hanya 2 km. Mungkin kepenatan menyebabkan perjalanan dirasakan lebih jauh dari ukuran sebenar, atau memang jarak yang dinyatakan itu sememang salah. Adakah ini jarak mendatar atau jarak sebenar?  Apakah teknik yang digunakan dalam pengukuran jarak? Pelbagai hipotesis dikeluarkan sambil kaki terus melangkah pada kadar semakin perlahan.

Betul ke baru 2 km ?

Betul ke baru 2 km ?

Satu demi satu “check point” ditemui. Bila sampai di Layang-layang, kami berehat lebih lama. Di situ selalunya menjadi tempat pendaki menikmati bekalan sandwich yang dibekalkan. Pada masa yang sama, ada yang sedang berjalan turun. Di situ juga, kesukaran pernafasan kesan altitud tinggi mula dirasakan dan pendaki yang terkesan harus mengubah-suai rentak pernafasan masing-masing supaya dapat terus mendaki seperti biasa.

Saya dan Wijay sampai di Pendant Hut dekat Laban Rata pada jam 4.30 petang setelah mendaki hampir 7 jam, lewat daripada kebiasaan. Adnan yang mengalami kejang di kaki sampai lewat sedikit. Selepas solat Maghrib dan isya’ kami terus tidur. Kami berkongsi bilik dengan beberapa orang pendaki dari Itali. Seorang darinya sangat ceria dan peramah. Antara komen menarik darinya ialah “I have climbed many mountains, but I have never seen a mountain with so many stairs like this one. ” Dia juga menyatakan suka dengan kelainan gunung kinabalu yang penuh dengan pokok-pokok besar dan pemandangan yang hijau. Kalau di Itali, gunung-gunung batu mereka tiada tumbuhan besar tapi bila disinari matahari pagi atau petang, kilauan cahayanya sangat cantik. Saya juga sempat menerangkan kepadanya tentang solat Jamak dan Qasar yang menjadi amalan semasa bermusafir.

Pada Jam 1.40 pagi kami dikejutkan dari tidur untuk bersiap-siap, dan selepas menjamah 2 keping roti dan secawan kopi, kami memulakan pendakian sesi kedua ketika jam menunjukkan pukul 2.45 pagi. Kumpulan dari Itali dan Singapura yang menginap di Pendant Hut telah pun bertolak lebih awal, manakala kumpulan dari Perancis pula akan bertolak pada jam 3 pagi.

Pendakian fasa kedua dari Laban Rata ke puncak memang mencabar kerana cuaca yang sejuk dan altitud yang lebih tinggi. Semakin hampir ke puncak, semakin susah dirasakan untuk bernafas. Bagi memastikan perjalanan tidak terganggu, saya mengamalkan rutin berjalan 20 langkah diikuti bernafas 20 kali sambil berdiri sebelum meneruskan perjalanan yang mengulangi rutin itu. Apabila kepenatan benar terasa dan ada tempat yang sesuai, saya pun duduk berehat, sambil meminum air dan menjamah buah kurma yang menjadi bekalan perjalanan.

Mendaki dalam gelam dengann lampu picit di kepala

Mendaki dalam gelap dengan lampu picit di kepala

Malam itu kami tidak lagi jalan bersama kerana masing-masing bergerak pada kadar berbeza.  Tidak seperti siang sebelumnya, kebanyakan pendaki terus melangkah tanpa berkata-kata. Mungkin masing-masing sibuk berbicara dengan diri sendiri, mungkin juga ada yang berkata “What the hell am I doing here !”.

Saya terus melangkah dalam kesejukan awal pagi itu dan ketika puncak Kinabalu sudah kelihatan, saya berhenti untuk solat subuh di atas batu. Selepas itu kaki letih terus dihayun  perlahan dengan diiringi do’a Rabbi Yassir Wala Tu’assir…

Alhamdulillah, Saya sampai di puncak lebih kurang jam 6.20 pagi ketika matahari mula menerangi alam.

sampai di puncak

Sampai di puncak

Saya duduk di puncak untuk beberapa lama untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Sungguh banyak nikmat yang diberi oleh Tuhan kepada manusia. Alam yang indah, rezki yang mencukupi, tapi ketika itu saya amat menghargai udara yang bersih dan matahari yang bersinar. Memang alam ini perlu ditadbir dengan baik supaya nikmat yang ada itu terus dapat dikecapi oleh generasi akan datang.

Bila kita berada di tempat seperti Puncak Kinabalu, hati terasa dekat dengan Penciptanya. Subhanallah, Alhamdulillah, … saya bersyukur kerana diberi nikmat kesihatan dan  mampu lagi sampai di situ. Ya Allah,… berikan keberkatan di atas semua nikmat yang Kau berikan kepadaku, dan jauhkan lah aku dari terlalai lantaran pemberian itu…

perjalanan turun

perjalanan turun

Perjalanan turun

Perjalanan turun

Tumbuhitumbuhan di celah batu

Tumbuh-tumbuhan di celah batu

Pokok Sayat-Sayat (tidak membesar walaupun usianya sangat tua)

Pokok Sayat-Sayat (tidak membesar walaupun usianya sangat tua)

Cacing sebesar jari kelingking dan panjang 1 kaki

Cacing sebesar jari kelingking dan panjang 1 kaki

Tupai yang jinak

Tupai yang jinak

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Puncak Kinabalu – Aku Datang Lagi

  1. anam says:

    tahniah sbb berjaya lagi…
    prof kena tukar color background
    tak leh baca tapi nice pics

  2. nadia says:

    salam dr,

    wahhh… bukan senang nak tawan puncak kinabalu tu… saya belum tentu dapat lakukannya… saya kagum dgn dr..

  3. MKAH says:

    Salam,

    Naik gunung tak ajak aku yek…sape suruh tak buat training kan Adnan dah kejang tu…hehehe…mana TATA?

    Congratulations, berjaya menawan Kinabalu buat kali kedua mengalahkan Sabahan (aku le tu) hehehe…

  4. RAH says:

    Prof , bila nak pergi lagi mana tahu boleh ikut sekali. Rumah peranginan TM tak jauh dari situ. Dua tahun lalu pernah kesana tapi tak rancang naik gunung. Cuma jalan-jalan setakat ketingian 2000 meter kemudian patah baik itupun pakai selipar saje:-). Di Mersilau(sebuah kg di dada G.Kinabalu tak jauh pusat dakwah Sabah) boleh cuba teknik memancing tradisi kadazan ” Mamaralau”. Sedap makan ketam gunung goreng.

    Jzkk
    Roslan Abd.Hamid

  5. salam prof….
    membaca cerita prof buat saya teringat first time saya mendaki gunung ledang. saya berada dalam satu kumpulan kecil. semangat mendaki teramat tinggi namun kawan pulak start pancit walaupun baru 45 minit pendakian. atas semangat setia kawan saya pun menarik dan menolak dia ke atas bimbang kami ketinggalan. kesannya sampai ke batu ampar, saya pun pancit sebab tak cukup tenaga. but bila dah sampai ke puncak Tuhan aje yang tahu rasanya. tak boleh lupa bila lhat sahabat2 lain bertakbir keseronokan. dan saya mengambil peluang tidur di pinggir puncak sambil menghirup udara segar. argh… bila lagi saya nak ke kinabalu ya? =)

    • Dr. AA says:

      Apa yang penting sekali ialah semangat dan kesungguhan. Minda kita mampu mengawal keupayaan fizikal dalam banyak hal. It is a challenge against ourselves.

    • Dr. AA says:

      salam pencari sinar, kalau teringat first time maksudnya juga dah naik lebih sekali… Kalau minat, cari program Borneo volunteers.saya tak ingat website address. you have to register and pay full fee only once. next time you climb, you just need to pay climbing insurance. but, you have to do some work. I’ll post some entry on this later.

      • salam prof,

        saya setuju minda kita mampu mengawal keupayaan fizikal dalam banyak hal. katakan boleh insyaAllah kita mampu. waktu mendaki gunung ledang dulu sentiasa bercakap dengan diri aku boleh dan Allah bersama aku. aduhai nikmat sungguh bila menyerahkan urusan pada Ilahi dan mengawal minda agar tidak tunduk pada rasa penat yang cuba mematahkan semangat pendakian.

        menarik tentang website tu… harap boleh kongsikan bersama. kerjanya bagaimana pula? terima kasih kerana sudi berkongsi =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s