Safety First, Bro…

Minggu lepas saya menghadiri satu sesi penerangan tentang teknologi penjimatan minyak (walaupun syarikat tersebut menekankan ianya teknologi mesra alam). Idea yang diketengahkan ialah dengan menggunakan air yang dipecah kepada hidrogen dan oksigen menerusi proses elektrolisis sebelum dimasukkan ke dalam enjin untuk dibakar. Pada masa yang sama, petrol masih boleh digunakan bersama.  Kelebihan utama teknologi ini ialah kerana ianya masih menggunakan ICE (internal combustion engine). Oleh itu, anda masih boleh mendapatkan Torque yang mencukupi dan kereta anda boleh diselenggara oleh mekanik biasa kerana ICE telah digunakan sekian lama.  Tetapi, kenderaan ini juga akan mempunyai satu alat tambahan iaitu elektrolizer iaitu sebuah reaktor bagi memecahkan molekul air. Reaktor ini memerlukan tenaga dan gas yang keluar perlu dialirkan menerusi tiub ke dalam kebuk pembakaran enjin. Maklumat lanjut tidak diberi atas alasan rahsia perniagaan (trade secret). Jadi saya hanya dapat menilai dengan maklumat terhad.

Saya cenderung kepada teknologi seperti ini kerana ianya mengurangkan pencemaran alam sekitar berbanding sistem bahanapi biasa. Teknologi ini juga menarik. Masukkan air ke dalam reaktor, air dipecah kepada hidrogen dan oksigen, kemudian hidrogen dan oksigen dibakar dalam enjin bagi mengeluarkan tenaga dan menghasilkan air. Air itu boleh dikitar semula. Wow. Tetapi, jika dilihat dari perspektif   keabadian jisim dan tenaga, maka ada sesuatu yang tak mencukupi – ianya tidak seimbang. Tenaga masih perlu dibekalkan.  Namun, yang lebih utama ialah aspek  keselamatan. Saya merasa tidak selesa kerana maklumat terperinci tentang reaktor tersebut dan sistem pemindahan gas berserta keupayaan mengesan kebocoran serta ciri keselamatan yang berkaitan tidak diperolehi. Penerangan ringkas yang disampaikan juga tidak meyakinkan.

Adakah anda masih ingat kisah seorang yang menggunakan tangki LPG untuk kenderaan NGV? Ini adalah satu contoh salah faham tentang ciri-ciri operasi sesuatu sistem yang akhirnya menyebabkan kemalangan. Tangki NGV beroperasi pada tekanan yang lebih tinggi dari had integriti tangki LPG, bermaksud, tangki LPC tidak cukup kuat untuk tekanan tinggi yang digunakan dalam operasi kenderaan NGV.

Apapun teknologi yang digunakan, persoalan pokok perlu dijawab dulu. Adakah ianya selamat???

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s