Buatmu Sahabat 7 – Ringankan kesempitan saudara kamu

Sahabat,

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat…” (Hadith riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

Orang Islam itu bersaudara sesama orang Islam yang lain. Sebab itu mereka perlu saling bantu-membantu. Perkara ini telah kita pelajari sejak dari sekolah rendah lagi. Namun, kadang-kadang perkara asas dan penting seperti ini boleh juga dilalaikan sehingga ianya menjadi seperti satu teori yang tidak dipraktikkan.

Didorong oleh persaudaran yang berasaskan aqidah, usaha menolong seorang mukmin yang dalam kesusahan atau kesempitan sama ada bebanan hutang, ditimpa musibah, kemiskinan dan sebagainya sepatutnya perlu dilaksanakan atas dasar tanggung-jawab sesama mukmin.

Namun, Allah SWT yang maha pemurah menambah lagi ganjaran bagi mereka yang melaksanakannya dengan tawaran yang dibuat menerusi rasulNya dalam hadith di atas.

Siapa yang tidak mahu kesusahannya di hari Kiamat diringankan?

Siapa yang tidak mahu kesempitannya di dunia dan akhirat dimudahkan?

Lihat di sekeliling anda. Di sana mungkin ada saudara kita yang memerlukan bantuan. Bantulah mereka dengan ikhlas. Anda pasti tidak akan rugi…

Infaqkan sebahagian harta bagi mengurangkan kesempitan saudara kita, insya Allah, anda tidak akan jatuh miskin. Malah harta yang disedekahkan akan terus berkembang…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s