Bila Pemancing Tegar Menjadi Pelancung

Acara tahunan memancing di bulan April ditangguh ke bulan Mei disebabkan kesibukan. Trip kali ini over subscribed dan penyertaan terpaksa ditolak. Namun, pada saat akhir 2 orang tidak dapat bersama dan 8 orang menyertai XPDC – Saya, adnan, wijay, mat husin, anwar, rosli, tholudin, hazim.

Sebahagian dari peserta kali ini. Latar belakang ialah Pulau Pemanggil.

Sebahagian dari peserta kali ini (Hazim, Tholudin, Arshad, Wijay, Mat Husin). Latar belakang ialah Pulau Pemanggil.

Malam pertama kami berlabuh berhampiran pulau besar. Laut yang tenang dengan angin bertiup perlahan membuatkan tidur lebih enak dari memancing. Keesokannya kami ke Pulau Tioman dan memancing di Unjam. Tangkapan agak lumayan. Belum pun sampai jam 11 pagi, terdengar suara-suara mengajak ke darat. Kami memang dijadualkan ke Kg. Mukut untuk Solat Jumaat dan makan tengahari dengan hidangan khas yang telah ditempah. Kebetulan pada masa itu, musim buah mangga sedang masak dan kami turut dihidangkan dengan buah kuinin. Seperti biasa, selepas makan yang berat, semua berehat sehingga jam 4 petang. Petang itu kami ke unjam juga.

Matahari tenggelam di ufuk barat

Matahari tenggelam di ufuk barat

Pada malamnya, kami berlabuh di tengah di atas batu tinggi kerana air amat tenang. Malangnya, arus di bawah juga terlalu perlahan dan keadaan itu tidak memberangsangkan. Ini menyebabkan semuanya tidur.

Selepas sarapan pagi keesokannya, kami memancing di unjam dan menaikkan banyak anak ikan kembung dan selayang  yang diperlukan sebagai umpan memancing di malam hari. Beberapa rakan lain berjaya menangkap beberapa ekor barracuda, pari dan beberapa spesis ikan kecil. Seterusnya kami Trawling tongkol juga berjaya menaikkan lebih kurang 20 ekor ikan tongkol bersaiz 1 kg. Dengan hanya 5 ekor yang tersangkut di appolo, tangan sudah sakit untuk menarik tali.

Kami juga bertemu Ustaz Aman yang trawling tongkol seorang diri. Bila beraksi, tangan kanannya mengendalikan bot manakala tangan kiri menarik tali pancing. Dia menggunakan satu mata pancing sahaja yang dihias dengan bulu ayam. Bila ditanya, rupa-rupanya ikan tongkol itu akan dibuat kari untuk roti canai yang menjadi hidangan sarapan pagi di kedai makannya.

Mungkin jika anda minat sejarah, anda ada terbaca tentang kehebatan orang Monggol menunggang kuda. Kedua-dua tangan beraksi memegang pedang membunuh musuh sedangkan kaki dan badan diimbangkan bagi mengawal kuda yang berlari kencang. Menurut Ustaz Aman, kadang-kadang dia menggunakan dua pancing, maka jari ibu kaki digunakan bagi mengawal pancing yang kedua. Haah,… itu kehebatan orang Pulau Pemanggil.

Trawling Tongkol - Rekod kami ialah 52 ekor ikan tongkol bersaiz 1/2 kg. ianya berjaya dinaikkan dengan bantuan boatman yang bersama dengan Tekong Daud beberapa tahun lalu.

Trawling Tongkol - Rekod kami ialah 52 ekor ikan tongkol bersaiz 1/2 kg sekali tarik. Ianya berjaya dinaikkan dengan bantuan boatman yang bersama dengan Tekong Daud beberapa tahun lalu. Ketika itu saya sudah tak berdaya nak tarik kerana tangan sudah sakit.

Tengahari itu kami ke Kampong Buau.  Kami disambut mesra oleh Awang Selamat (Pak Bujang), antara penduduk setia Pulau Pemanggil. Kami hampir tidak putus menziarahi Pulau itu setiap tahun sejak lebih 10 tahun yang lalu. Seperti biasa, kami mandi dan makan tengahari di chalet milik Ustaz Aman.

Awang Selamat - Termenung di atas jeti.

Awang Selamat - Termenung di atas jeti.

Petang itu kami memancing kerapu secara hanyut di Pulau Pemanggil. Seperti biasa, ini adalah aktiviti yang saya sukai dan dalam masa 2 jam, saya berjaya menangkap hampir 20 ekor ikan kerapu. Bila digabungkan dengan tangkapan orang lain, hasil petang itu juga lumayan…

Pulau Pemanggil tidak jemu menyediakan kerapu bersaiz sederhana

Pulau Pemanggil tidak jemu menyediakan kerapu bersaiz sederhana

Melihat rakan-rakan beraksi menaikkan dua atau 3 ekor ikan secara serentak, Mat Husin mengeluarkan joran yang masih tersimpan dalam sarung sejak bertolak dari Mersing 2 hari sebelumnya. Sebaik saja dia melabuhkan pancingnya, dia mula menaikkan ikan kerapu dan kerisi. Selepas itu dia terus menaikkan ikan tanpa gagal, dan setelah beberapa ekor ikan ditangkap, dia kembali menjadi penonton.

Kali ini Adnan boleh dikategori sebagai pelancung, bukan pemancing tegar...

Kali ini Adnan boleh dikategori sebagai pelancung, bukan pemancing tegar...

Apa yang menarik ialah telatah Adnan yang kali ini banyak mengabiskan masa dengan kamera dan menikmati keindahan alam. Selalunya, dia adalah pemancing tegar yang tetap beraksi siang dan malam. Kali ini wataknya lebih mirip seperti pelancung. Begitu juga Rosli, yang juga memancing dengan rentak yang santai. Ini membuat saya tergelak dan mengucapkan “have a nice holiday”.

Terumbang-ambing dipukul ombak di tengah laut merupakan satu nikmat, yang hanya difahami sebahagian manusia.

Terumbang-ambing dipukul ombak di tengah laut merupakan satu nikmat, yang hanya difahami sebahagian manusia.

Alhamdulillah, walaupun kami tidak berjaya mendapat tangkapan mega seperti tenggiri, haruan tasik atau ibu kerisi, hasil tangkapan yang dikumpul agak lumayan juga dan cukup untuk diagih-agih kepada semua peserta. Antara spesis yang ditangkap ialah baracuda, tongkol, tambak, tanda, merah, pari, kerapu, kerisi, selar, kembong, selayang, tamban dan beberapa spesis lain.

Ini adalah trip yang  tidak meletihkan dan boleh dikira sebagai sesi berehat setelah bekerja keras selama satu semester di universiti… Kami semua amat menyukainya.Cuaca yang baik dan pemandangan yang indah memang sesuai untuk menghilangkan stress.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Bila Pemancing Tegar Menjadi Pelancung

  1. zaki says:

    Interesting and amazing eco-fishing-tourism…Enjoying life is the coolest thing to do…

  2. hashim says:

    Memang best la memancing. pengalaman yang tak boleh dapat dilupakan.Saya memang minat memancing tapi tak berani nak pergi kat tengah tengah laut.

  3. M Qayyum says:

    I see.. So this is this the full version of the story u told us in class sir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s