Kisah Dua Sahabat

Menariknya kisah dua sahabat ini mendorong saya untuk mencoretkannya di sini. Dua sahabat ini (Jeilina binti Jeffrin dan Doreen binti Madin) berasal dari Sabah, bekerja di sektor perkilangan di Senai, Johor.

Memeluk Islam

Dengan sedikit pendedahan kepada Islam semasa di bangku persekolahan dan rangsangan pergaulan dengan kawan-kawan di tempat kerja dan lain-lain faktor, akhirnya hidayah dari Allah telah dimasukkan ke hati kedua-dua sahabat ini.

Jeilina memeluk Islam pada 22 Julai 2007. Doreen turut hadir semasa kawannya itu melafazkan syahadah di  Taman Universiti, Skudai.

Jenina melafazkan Syahadah di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid

Jeilina melafazkan Syahadah di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid

Tidak berapa lama kemudian, pada 9 Ogos 2007, Doreen pula mengikut jejak yang sama dan menukar nama kepada Auni Syahirah.

Selepas selesai pendaftaran di Jabatan Agama Johor. Dari Kiri: Puan Hana, Puan Faridah dan anak, Auni Syshirah dan Puan Fizah.

Selepas selesai pendaftaran di Jabatan Agama Johor. Dari Kiri: Puan Hana, Puan Faridah dan anak, Auni Syahirah dan Puan Fizah.

Selepas memeluk Islam, mereka telah mengikut beberapa siri kelas bimbingan anjuran Jabatan Agama Johor di samping sesi-sesi khas pemantapan kefahaman perkasa asas Islam dan bimbingan membaca al-Qur’an yang dikendalikan oleh Unit ROSE JIM Johor.

Mendirikan Rumah Tangga (2009)

Kini, kedua-duanya telah menamatkan masa bujang masing-masing.  Majlis pernikahan Jeilina dengan Rizal berlangsung di masjid Saleng, Kulai Jaya pada 15 Mei 2009.

Jenina bersama suaminya Rizal semasa majlis pernikahan di Masjid Jamek Saleng.

Jeilina bersama suaminya Rizal semasa majlis pernikahan di Masjid Jamek Saleng.

Turut hadir bagi pihak Jeilina ialah Dr Ismail Mat Amin dan isterinya Puan Mek Romala, Puan Hana dan anaknya serta Puan Fiza (Flextronix) dan rakan-rakan sekerja Jeilina.

Dari Kiri: Sister Auni, Puan Mek Romala, Puan Fizah, Sister Jenina, Puan Hana

Dari Kiri: Sister Auni, Puan Mek Romala, Puan Fizah, Sister Jeilina, Puan Hana

Pada hari Sabtu 27 Jun 2009 pula,  pernikahan antara Auni Syahirah dan Junaidi dilangsungkan di Surau Kg. Parit Sikon Laut, dekat Parit Raja, Johor.

Naib Kadi mengesahkan persetujuan Auni untuk dinikahkan dengan Wali Hakim.

Naib Kadi mengesahkan persetujuan Auni untuk dinikahkan dengan menggunakan Wali Hakim.

Turut hadir bagi pihak Auni  dalam majlis itu ialah saya (Arshad) bersama isteri (Hana) dan  anak (Amin) serta ibu, bapa, adik dan abang kepada Auni yang datang dari Kota Belud. Saya sendiri telah melaksanakan tugas sebagai saksi pernikahan tersebut dan jurucakap rombongan perempuan.

Darri kiri: Ibu kepada Auni, Auni, Ibu kepada Junaidi dan Junaidi. Majlis menyerahkan mas kahwin.

Dari kiri: Ibu kepada Auni, Auni, Ibu kepada Junaidi dan Junaidi. Majlis menyerahkan mas kahwin.

Kepada kedua-dua suami (Rizal dan Junaidi), Puan Hana sempat berpesan supaya isteri-isteri mereka  yang masih perlu banyak tunjuk-ajar itu dibimbing dengan baik.

Semoga kedua-dua pasangan itu diberi hidayah dan taufiq oleh Allah SWT untuk membentuk keluarga Islam yang soleh dan bahagia.

Unit Ray of Serenity (ROSE) JIM Negeri Johor mengucapkan TAHNIAH kepada kedua pasangan pengantin.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Kisah Dua Sahabat

  1. zulkhair says:

    Tahniah Prof. Moga kita semua kekal dalam iman. Kisah2 begini antara lain dapat beri inspirasi untuk kekal dengannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s