Kembara Semenanjung-9

Batu Feringhi

Tarikh keramat iaitu pengumuman keputusan SPM hampir tiba, iaitu hari Isnin, 3 hari lagi. Malam itu mereka berbicara serius – tentang kehidupan, tentang masa depan. “Kalau result tak baik kau nak buat apa?” Tanya seorang. “Entahlah..”, jawab seorang lagi. Perbualan  malam itu memang menarik, kerana ianya lain dari biasa kerana ketika itu hati mereka mula menjadi gentar. Mereka sedar, tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi melainkan menunggu ketetapan yang bakal diterima. Kebanyakannya menyesal kerana tidak berusaha lebih tetapi tidak mahu melayan perasaan. Itulah SPM. Memang SPM banyak mempengaruhi susah senang laluan seorang pelajar yang meninggalkan era persekolahan. Di hadapan sana mungkin universiti, mungkin kerja sebagai kuli…

Chad mengelamun sebentar. “Sebenarnya, aku sepatutnya telah pergi ke Australia kerana aku selalunya berkedudukan 20 teratas setiap kali peperiksaan” kata hatinya. Dia adalah pelajar terbaik STAR semasa peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (sekarang PMR). Semasa tingkatan 4, akibat melaksanakan tradisi “honeymoon year” dan tidak serius dalam pelajaran, kedudukannya jatuh, namun masih lagi dalam kelompok 20 teratas. Bagi pemilihan khas untuk pengajian di Australia, pihak sekolah telah memilih 20 orang teratas untuk proses temuduga biasiswa ke Australia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan. Mereka semuanya terpilih dan ditawarkan untuk belajar di Australia sebelum keputusan SPM diumumkan. Dalam peperiksaan itu, Chad berkedudukan ke 22 atau 23.

Chad juga tidak dipanggil untuk ke program Tingkatan 6 sementara. Mereka yang mengikuti program tersebut telah pun menjalani temuduga untuk mendapatkan biasiswa untuk belajar di luar negara. “Hah, sebab itu aku berada di sini malam ini”, kata hatinya. Namun dia tidak menyesal. Pengalaman 3 bulan yang baru dilalui itu amat berharga dan akan dikenang seumur hidup.

“Hoi emosional kau malam ni”, kata Mazru. Chad tersentak, kemudian tertawa kecil. “Tak da apalah, termenung sikit.” katanya.. Mereka terus bercerita dan berbincang. Akhirnya Chad memberi cadangan yang menarik perhatian ramai. “apa kata kalau kita jadi askar, aku memang minat nak join TUDM, nak bawa jet pejuang…” katanya dengan nada serius. Ada yang mengiyakan, ada yang mengangguk, ada yang menyokong, ada yang termenung, ada yang tertawa, tidak percaya dengan cadangan itu. Akhirnya mereka bersetuju mengambilnya sebagai satu alternatif.

Tiupan bayu malam dan kerlipan lampu dari bot-bot yang merentasi perairan batu Feringhi itu amat mengibur dan mententeramkan hati yang berdebar. Namun, oleh kerana keesokannya mereka bercadang untuk ke Kuala Kangsar, bagi menyaksikan perlawanan bolasepak antara STAR dan MCKK bagi merebut Piala Akmar Aziz, mereka memaksa diri untuk tidur apabila malam menjangkau pagi.

Malam itu mereka tidur di dalam lubang yang digali di cerun pantai. Keseluruhan badan dari bahu ke bawah ditimbus dengan pasir. Dengan berbantalkan beg dan muka yang ditutup dengan tuala mandi, mereka tidur hingga ke pagi. Pada mulanya ramai yang sangsi dengan cadangan itu tetapi keletihan menyebabkan semuanya nyenyak tidur sepanjang malam.

Pantai Batu Feringhi

Pantai Batu Feringhi

Pagi-pagi mereka dikejutkan dengan teriakan pelancung asing yang sedang berjoging. “Wake up guys, its morning time…” katanya. Chad dan rakan-rakan terus bangun, mengibas pasir dari badan dengan tangan dan tuala mandi. “Amacam, tidur tertimbus?” Tanya seorang. “Wow, tak sangka, aku nyenyak habis”, jawab seorang lagi. Seterusnya mereka semua turun ke laut untuk mandi dan mengurus diri. Pagi itu, mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s