Kembara Semenanjung – 11

Kembara Semenanjung  – 11

– Ipoh. Hari  SPM diumumkan.

Pada hari ahad, di penghujung bulan Mac tahun 1981, mereka menziarah Cikgu Dasimah di Simpang Pulai. Cikgu Dasimah ialah guru kelas 5S. Dia mengajar biologi. Cikgu muda itu memang disenangi ramai kerana dia seorang yang mengambil-berat tentang anak muridnya, di samping wajahnya yang manis. Dia juga mengajar dengan bersungguh-sungguh dan merupakan guru yang berdedikasi.

Keesokannya, semasa menuju ke STAR, suasana agak hening berbanding biasa. Sesampai mereka di sekolah dengan hoversack dan rambut yang panjang, mereka menjadi perhatian ramai. Ada yang bertanya khabar, ada yang bertanya tentang aktiviti mereka sebelum itu dan bermacam-macam lagi. Apabila slip keputusan diambil, reaksi masing-masing ternyata berbeza. Ada yang mendapat keputusan cemerlang, ada yang kurang cemerlang, ada yang sederhana.

Selepas itu, mereka bersurai, berpelukan dan bersalaman dengan semua kawan-kawan lain yang ada sebelum berpisah, menuju ke kampung halaman masing-masing.

Lenon memang tinggal di Ipoh. Mansai dan Salim  di Kuala Lumpur. Baharom singgah di rumah Daud sebelum pulang ke Banting. Chad singgah di rumah Salim di Lebuh Peel sebelum pulang ke Melaka. Mazru dan Hanapi pulang ke pantai Timur – Mazru ke Pulai Chondong manakala Hanapi ke Kuala Sungai Semantan di Temerloh.

Chad menerima keputusan SPM dengan tenang. Keputusan yang diterimanya adalah baik berbanding usaha yang tidak seberapa. Itulah ketetapan ilahi…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s