Kembara Semenanjung – 12 (epilog)

Kembara Semenanjung  – 12 (epilog)

Bagi Chad, Salim dan Mansai, mereka telah melalui tempoh lebih 3 bulan bersama dalam kembara jalanan. Pelbagai suka-duka dan suasana telah dilalui bersama. Bagi yang lain, tempoh 2, 3 atau 4 minggu bersama itu juga memberikan kemanisan dan pengalaman baru dalam hidup.

Kini, ketika berusia 46 tahun, mereka semuanya berjaya dalam hidup masing-masing. Benar seperti kata Pak Awang semasa mereka bertiga di Terengganu, “Pok Cik doakan anak-anak semua jadi orang yang berjaya”.  Walaupun mereka telah melalui jalan hidup yang berbeza dan kini mempunyai corak kehidupan yang berbeza, di mana jua mereka berada, persahabatan masih kekal sejak berpisah 28 tahun sebelumnya.

Chad telah menghadiri persekolahan selama beberapa minggu di Sekolah Menengah Sains Johor sebelum meneruskan pengajian di Colorado, USA. Kini dia adalah pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia.

Salim telah melanjutkan pengajian di Miami, Florida dalam bidang Senibina. Kini dia bekerja di USA.

Mansai telah mengikuti kursus perniagaan di ITM dan kini merupakan perunding pelaburan.

Daud telah mengikuti kursus perakaunan di United Kingdom dan kini juga bertugas sebagai perunding pelaburan.

Lennon telah mengikuti kursus Kejuruteraan awam di USA dan kini berkhimat di  syarikat perunding kejuruteraan.

Hanapi telah mengikuti kursus Senibina lanskap dan kini bertugas sebagai pensyarah di UiTM.

Mazru telah mengikuti kursus perakaunan di ITM Shah Alam dan kini merupakan seorang akauntan dan  ahli perniagaan.

Baharom telah mengambil keputusan menjadi pelayar dan setelah mengikuti kapal beberapa tahun, kini dia merupakan ahli perniagaan.

Ajis telah mengikuti kursus Kejuruteraan Elektrik di New York dan kini bertugas sebagai Pengurus Projek.

Jali menuntut di ITM Sabah dan kini bertugas di KWSP

Breng menuntut di UKM Sabah dan kini khabarnya di Terengganu, dan belum pernah ditemui.

Geng menuntut di ITM dalam bidang pengurusan ladang dan kini berkhidmat di sektor itu..

Kasim menuntut dalam bidang statistik di Michigan USA dan kini mempunyai syarikatnya sendiri di samping mengajar di UiTM.

Cobra menuntut di ITM dan kini bertugas dalam bidang pelaburan.

Din Kuda menuntut di USM dan kini bertugas dalam sektor pembangunan di Putrajaya.

Nota:

  1. Mungkin ada fakta yang tersilap, banyak yang tertinggal. Penulis memohon maaf daripada semua sahabatnya. Jika nak betulkan, sila komen di blog atau email.
  2. Adakah Lan Din menyertai kembara bermula dari KL bersama Baharom dan Daud?

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s