Buatmu Sahabat 6 – Harap Kepada Tuhan

Sahabatku,

Bayangkan seorang peladang yang menanam benih yang baik di tanah yang subur. Dia menyiram dan membaja tanaman itu secukupnya. Dia menjaganya dari serangga dan perosak. Sambil menanti musim menuai, dia sentiasa menumpukan perhatian terhadap tanaman itu dan mengharapkan tiada bencana atau penyakit yang datang agar mendapat hasil tuaian yang baik.

Patutkan dia mendapat hasil yang lumayan?

Bagaimana pula seorang hamba yang menanam benih iman dan menyiraminya dengan air ketaatan, membajanya dengan keikhlasan dan kesungguhan, lalu dia mensucikan hatinya dari akhlak yang buruk.

Tidak patutkah dia berharap kepada Allah SWT supaya hasil yang terbaik dapat dituai di akhirat?

Itulah apa yang kita boleh fahamkan dengan sifar ar-raja’, atau sifat mengharap dari Allah SWT.

Sebaliknya kita tidak harus tertipu dengan nafsu, yang semata-mata mengajak kita mengharapkan rahmat Allah tanpa melaksanakan sebarang usaha kerana perkara itu telah ditempelak oleh rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari Syaddad bin Aus r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Orang yang cerdik ialah yang menghisab dirinya dan beramal untuk hari selepas mati, manakala orang yang lemah ialah orang yang membiarkan dirinya mengikuti nafsunya dan mengimpikan daripada Allah dengan berbagai-bagai impian.

(HR Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah, Tobrani)

Wajarkah seseorang itu mengharapkan rahmat dan kasih sayang dari orang yang tidak dia taati?

Berharap adalah sifat terpuji kerana ia mendorong kita untuk terus beramal dan bekerja. Lawannya, sifat putus asa adalah sifat tercela. Allahu a’lam.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Buatmu Sahabat 6 – Harap Kepada Tuhan

  1. Quote from Pak cik Arshad:
    “Wajarkah seseorang itu mengharapkan rahmat dan kasih sayang dari orang yang tidak dia taati?”

    Masya Allah. betul tuh pakcik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s