Kembara Semenanjung – 8

Kembara Semenanjung -8

Ipoh-Pulau Pinang

Mereka turun dari bas secara berasingan, berdua-dua, di antara Kg Simee dan Kg Tasik tidak jauh dari Kilang Simen. Dari sana, mereka hitch-hike seperti biasa. Ada yang menaiki lori, ada yang lebih bernasib baik dapat menumpang kereta. Namun kesemuanya sampai di Terminal Feri Butterworth pada tengahari seperti yang dirancang. Hari itu, Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth tersergam gagah. Siapa sangka beberapa tahun selepas itu, pada hari ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988 ianya roboh dan mengorbankan 23 nyawa dan mencederakan 1,674 orang.

(Untuk maklumat lanjut rujuk)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pangkalan_Sultan_Abdul_Halim_runtuh

http://blog.nicerar.com/wordpress/?p=76

feri_png1

Tanjung Bungah

Dari Butterworth mereka menaiki feri untuk ke Terminal Georgetown. Hidangan tengahari ialah nasi kandar. Mereka benar-benar menjamu selera hari itu. Satu fakta penting yang perlu diketahui ialah pada masa itu makanan tidaklah mahal seperti hari ini. Dengan belanja kurang dari RM5, anda boleh menikmati nasi kandar dengan beberapa lauk.  Hari ini, anda perlu lebih berhati-hati, terutama bila memesan untuk kumpulan besar. Jangan terkejut jika bil yang sampai mungkin beratus ringgit.

Selepas makan, mereka bersiar-siar di Padang Kota, tempat yang terkenal dengan Laksa Pulau Pinangnya. Mungkin ahli STAR80 boleh ingat lagu yang diajar oleh pelajar senior sebagai selingan semasa pertandingan ragbi antara sekolah. “Padang kota ada dua, kota baru, kota lama…” Memang budak Star cukup pandai merepek.

Dari Padang Kota, mereka berjalan kaki ke hentian bas Tanjung Bungah untuk menaiki bas ke Pantai Batu Feringhi. Di hentian bas itu satu persitiwa menarik berlaku.

Pada tahun 1980an, masyarakat Malaysia masih suka dengan undang-undang rimba, “survival of the fittest”. Di mana saja, suasana berebut-rebut amat terserlah termasuk untuk menaiki bas. Apabila bas untuk ke Batu Feringhi dan Teluk Bahang sampai, ketika penumpang sedang turun, penumpang lain pula berebut naik. Suasana memang nampak kelam-kabut, tetapi  itulah sistem terbaik yang difahami ramai pada masa itu.

Chad berjaya menaiki bas sedangkan kawan-kawannya yang lain semuanya gagal. Dengan spontan dia mengambil keputusan untuk turun dari bas tersebut tetapi bas telah berjalan. Apabila bas bergerak perlahan sebelum membuat U-turn, Chad mengambil keputusan untuk terjun dari bas tersebut berpandukan ilmu Fizik. Apabila terjun, dia berlari ke hadapan bagi mengimbangi momentum, namun imbangan tidak dapat dibuat dan dia terjatuh. Dia luka di tapak tangan, siku dan sedikit di lutut. “Aaah sakit juga rupanya terjun dari bas” kata hatinya.

Matanya terkebil-kebil bila melihat bas berhenti tidak jauh dari situ. Dia dan kawan-kawannya serta penumpang lain terus menaiki bas tersebut. Rupa-rupanya mengikut jadual biasa, selepas menurunkan penumpang, bas itu akan bergerak ke hadapan, membuat U-turn dan berhenti untuk mengambil penumpang pula. “Manalah aku tahu bas nak U-turn aja” katanya kepada konduktor bas yang bertanya, “Awat hang terjun, bas hanya nak U-turn”. Konduktor bas itu kemudian memberikannya ubat luka dan plaster bagi merawat luka yang dialami itu. Haaah pengalaman menarik… Itu adalah tindakan spontan.

Seperti biasa, bila Chad ditanya tentang beberapa tindakan spontan yang pernah dilakukannya, dia akan menjawab “That was the best thing that I could think of at that time…”

Lebih 20 tahun kemudian, ketika hendak ke Mekah dari Mina pada hari Nahar (10 zulhijjah) untuk menunaikan tawaf haji, Chad dan isterinya menaiki bas. Suasananya hampir sama dengan Malaysia di tahun 80an. Mahu tidak mahu, semua orang perlu berebut untuk masuk ke dalam kawasan berpadar untuk menaiki bas. Berebut dengan jemaah haji dari Afrika yang lebih gagah dan kasar ternyata sukar. Ketika itu, Chad teringat peristiwa Tanjung Bungah…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s