Kembara Semenanjung – 7

(watak utama: chad, mansai, salim, mazru, hanapi, daud, baharom, lenon)

Ipoh

Malam itu mereka tidur di rumah Lennon. Keesokannya mereka singgah di STAR bertemu kawan-kawan yang sedang “belajar” di Tingkatan 6 sementara sebelum meneruskan perjalanan.

“Eh kau ada kat sini, sayang juga HM pada kau rupanya, hahahaha”, tegur Chad kepada Kasim. Dia tidak menyangka kawan baiknya itu dipanggil ke sekolah. Mereka berdua mempunyai banyak cerita menarik di rumah kuning. Mereka terpaksa mengadap Pak Lau untuk menyelesaikan berbagai-bagai isu sehingga Pak Lau kadang-kadang berkata, “Lagi-lagi awak dua,….”. Namun Pak Lau tersenyum riang dan merasa bangga apabila rumah kuning menang dalam kuiz sains dan matematik (kalau tak silap tempat kedua bukan pertama). Wakilnya ialah Chad dan Kasim. Dalam pertandingan itu, Chad menjadi pakar sains, Kasim pakar matematik. Berikut adalah satu cerita kenapa Kasim pandai matematik…

Suatu petang, Chad memotong rambut Kasim dengan menggunakan gunting. Oleh kerana dia inginkan crew-cut, maka potongan menggunakan gunting memang mencabar dan memerlukan konsentrasi tinggi. Namun, sambil memotong rakan-rakan lain melawak seperti biasa. Pada mulanya, semuanya berjalan baik. Namun apabila rambut hampir siap dipotong,  satu kesilapan telah berlaku. Rambut yang tobek itu sukar dibaiki. Jali, Geng dan Breng yang ada pada masa itu mula ketawa dan mempermainkan Kasim  dan Chad. “Tulah, yang kau bagi Si Geregau ni potong buat apa ?…Habis tobek dah…” Usaha membaiki keadaan tidak begitu berjaya. Akhirnya Kasim mengambil keputusan untuk mencukur rambutnya. Maka kepalanya menjadi botak. Pada masa itu, ada beberapa pelajar lain yang botak, tapi di rumah kuning hanya Kasim seorang.

Selepas itu dia selalu mengucapkan “rambut panjang setengah millimeter sehari…” berulang-kali seperti berzikir. Ianya membuatkan Chad merasa bersalah tetapi tetap gelihati melihatkan telatah kawannya itu. “zikir” itu kadang-kadang diulang di sepanjang perjalanan merentasi padang dari rumah kuning ke bangunan sekolah… Mungkin latihan mengira itu membuatkannya pandai matematik.

Dari STAR mereka menaiki bas ke Kg. Simee.  Selepas itu mereka berpecah dengan susunan 2+2+2+2 untuk meneruskan perjalanan hitch-hike. Destinasi seterusnya ialah Pengkalan Feri  Butterworth.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s