Kembara Semenanjung -6

Kembara Semenanjung -6

(Temerloh-Kuala Lumpur-Ijok-Banting)

Untuk siri ini seterusnya, gaya penulisan ditukar… mengubah angin.

Temerloh-Kuala Lumpur

Dari Temerloh mereka hitch-hike ke Kuala Lumpur dengan kombinasi 2+3 kerana Hanapi telah ikut serta. Chad dan Mansai berjaya menumpang kereta Honda Civic berwarna merah yang dipandu oleh seorang lelaki 30an yang sangat ceria bernama Din. Abang Din memandu dengan tenang, tidak terlalu laju dan tidak juga perlahan. Oleh kerana kereta itu tidak mempunyai radio,  sebuah radio kaset  diletakkan di kerusi belakang. Sepanjang jalan Abang Din rajin bercerita tentang kehidupan dan pengalamannya. Kebolehannya bercerita membuatkan Chad dan Mansai rasa terhibur dan apabila mereka diturunkan di Gombak, mereka tidak sedikit pun merasa jemu dengan perjalanan itu. Dari Gombak mereka menaiki bas ke Hentian Puduraya, tempat berkumpul seterusnya. Setelah semuanya tiba di Puduraya, mereka pun menuju ke rumah Mansai dengan menaiki bas.

 

Ijok

Kesokannya perjalanan diteruskan ke Kg Ijok, tidak jauh dari Batang Berjuntai. Di sana mereka menemui Daud yang tinggal bersama keluarga dan neneknya. Bagi Chad, itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah Daud, walaupun mereka memang kawan rapat. Di belakang rumah kawannya itu ada banyak pokok kopi. “Orang jawa memang suka menanam kopi”, kata Daud.

Mereka berehat di situ sehari sebelum ke Teluk Datuk, Banting. Di sana mereka menemui Baharom yang tinggal di perumahan kakitangan jabatan hutan. Seperti Daud, Baharom yang tidak mempunyai apa-apa rancangan, bersetuju untuk bersama dalam kembara itu. Dengan penyertaan Daud dan Baharom kumpulan mereka menjadi besar – Chad, Mansai, Salim, Mazru, Hanapi, Daud dan Baharom. Dari sana mereka menaiki bas hingga ke Kg. Batu dan seterusnya hitch-hike dengan kombinasi 2+2+3. Destinasi seterusnya ialah Ipoh.

Ipoh

Ipoh merupakan bandar yang mempunyai banyak sejarah bagi mereka semua kerana di sana, mereka telah menghabiskan masa selama 5 tahun. Makan rojak di pekan lama, roti canai Freedom Café di Jalan Hugh Low (sekarang jalan Sultan Iskandar), atau bermain pinball di Jubli Park, malah banyak lagi penjuru dalam bandaraya Ipoh (ketika itu bandar Ipoh) yang begitu biasa bagi mereka. Pernah di tahun 1977, pelajar STAR sering diganggu dan diperas-ugut oleh sekumpulan pemuda tempatan (Geng Manjoi). Setelah beberapa kes dilaporkan, beberapa pelajar tingkatan 5 yang mempunyai kemahiran Silat Gayung dan Taekwando mengambil keputusan untuk bertemu dengan kumpulan pemuda yang dikatakan dari Kg. Manjoi itu supaya mereka menghentikan memeras-ugut pelajar STAR. Mereka pergi pada satu pagi ahad. Mungkin disebabkan kejayaan rundingan mereka atau pelajar lebih berhati-hati dan berjalan dalam kumpulan lebih besar ataupun secara kebetulan, kes peras-ugut jarang sekali didengar lagi selepas itu.

Seperti biasa, Chad dan rakan-rakan bertemu di tempat awam dan kali ini tempatnya ialah stesen Bas Ipoh. Mereka kemudiannya ke rumah Lennon di Kg. Rapat Setia. Lennon tinggal di rumah tradisi melayu Perak. Rumah kayu itu berdiri gagah dengan tiang yang tinggi dan disebabkan ketinggiannya, ruang di bawah rumah boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Ada yang menjadi kandang kambing, ada yang digunakan sebagai tempat letak basikal dan motosikal ataupun sebagai tempat kanak-kanak bermain. Ianya berbeza dengan rumah tradisi Melaka yang lebih rendah. Tidak hairanlah Hang Jebat boleh melompat dari atas rumah untuk bersilat menentang Hang Tuah. Kalau di Perak, Megat Terawis atau Datuk Maharaja Lela kena turun menggunakan tangga.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kembara Semenanjung -6

  1. Daud says:

    Chad,

    My kg is called Ijok (not Ijuk).

    Thanks and pls continue your story telling…aku nak tunggu sampai part yang Baharom hitch hike dari rumah aku nak balik Banting tapi cuma dapat naik scooter

    • Dr. AA says:

      sorry, thatpart aku tak tahu. was it on the way back from star? I thought so…. Anyway aku dapat naik kapchai dari kampung Cobra ke simpang jalan temerloh-Maran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s