Buatmu Sahabat 5 – Berdoalah untuk kecekalan hati

Sahabat,

Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:

Hati itu umpama sehelai bulu ayam yang berpusing-pusing ditiup angin di tengah padang yang luas. (HR: Ahmad)

Kedudukan hati yang terumbang-ambing di antara perkara baik atau buruk boleh membahagikannya kepada 3 jenis iaitu:

  1. Hati yang dimakmurkan dengan taqwa, disucikan melalui proses latihan yang berterusan dan dibersihkan dari akhlak yang buruk. Dari hati sebegini, lahir cetusan2 kebaikan.
  2. Hati yang terabai dan terbiar yang sarat dengan hawa nafsu serta disaluti dan dicemari dengan keburukan dan akhlak yang keji. Hati sebegini seumpama mata yang dimasuki asap tebal, lalu dia tidak dapat melihat apa-apa.
  3. Hati yang pada mulanya dipengaruhi oleh hawa nafsu yang mendorong ke arah keburukan, kemudian datang cetusan keimanan lalu mendorongnya ke arah keimanan.

Atas sebab itu, kita harus sentiasa mendidik hati dengan perkara kebaikan, melatihnya untuk membuang segala nilai-nilai buruk dan sentiasa berdoa agar Allah SWT mencenderungkannya ke arah kebaikan kerana Dialah yang memegang hati kita semua. Sebab itu Rasulullah menganjurkan supaya kita berdoa:

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati2, tetapkan hati kami di atas jalan agamaMu. Wahai yang memalingkan hati2, palingkan hati kami ke arah mentaatiMu.

Tiada siapa yang patut bersikap sombong, menyangka dia yang hari ini baik akan terus baik buat selamanya. Semoga Allah menunjuk kita ke jalan yang diredaiNya.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s