Buatmu Sahabat 4– Berbicaralah dengan Hati Tentang Dunia

Dari Ibn Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Apalah kaitan antaraku dengan dunia? Bandinganku dengan dunia hanyalah seperti seorang musafir yang tidur sebentar (pada waktu tengahari-qailulah) di bawah sebatang pokok, kemudian dia pergi dan meninggalkannya.

(HR: Tirmizi dengan isnad sahih)

Dunia ini amat mengelirukan. Pada satu masa ianya keperluan. Pada masa yang lain, ia boleh membawa kepada redha Allah SWT. Kemudian, pada masa dan suasana yang lain pula ia boleh membawa kepada kemurkaan Allah.

Bumi ini adalah tempat tinggal manusia, isinya pula adalah bahan kegunaan manusia. Jika manusia mengambil apa yang baik darinya dengan mengikut cara yang diperintahkan kepadanya, maka dia akan dipuji. Manakala jika dia mengambilnya secara melampau, semata-mata memenuhi kehendak hawa nafsu, dia akan dicela.

Kita selalu mendengar perumpamaan yang mengatakan, dunia ini ibarat air laut, semakin diminum semakin bertambah dahaga. Ada benarnya peumpamaan itu. Sebab itu, kita perlu selalu menghisab diri dan menilai hubungan diri dengan dunia.

  • Adakah apa yang kita miliki, tarafnya dharuriyat, hajjiyat atau tahsiniyat?
  • Adakah ia akan mendekatkan kita kepada Allah dan menambah peluang beramal soleh ataupun na’uzubillah, ianya hanya menambah lagi kelalaian diri, yang boleh membawa kita kepada kemurkaan Allah ?

Penilaian semestinya berbentuk relatif, bukan absolute, kerana setiap manusia hidup dengan realiti berbeza. Namun asas dan tempat bermulanya penilaian adalah sama – ianya di hati. Berbicaralah dengan hati anda di kala sunyi, anda akan dapat jawapannya…

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada hati kita agar ia dapat menjadi pembimbing kepada keputusan yang kita ambil dan amalan yang kita lakukan.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s