Buatmu Sahabat 3 – Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya

Dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah SAW bersabda:

Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun sebesar zarah

(H.R. Bukhari, Muslim, Tirmizi)
Takabur adalah sifat dalaman manusia. Sifat ini membuatkan seseorang menunjuk-nunjuk kehebatan dirinya kepada orang lain kerana merasakan dirinya itu lebih sempurna. Ada kalanya takabur menyebabkan seseorang tidak menerima kebenaran dan memandang hina kepada orang lain.
Sesungguhnya sifat takabur ini amat bahaya dan perlu dihakis dari hati kita. Ini adalah kerana terdapat banyak amaran yang telah diberi tentang bahayanya.
Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah SW bersabda:

Orang yang sombong dan takabur akan dihimpun pada hari kiamat seperti debu-debu yang dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah azzawajalla. (HR: Bukhari , 10/223, Muslim, 2085).
Sahabat,

Apa gunanya kita merasakan tinggi diri di dunia yang sementara ini, jika di akhirat yang kekal kelak kita dihina? Oleh itu, eloklah kita berusaha memperbaiki diri mulai saat ini. Kenali diri dan kenali Tuhan. Sesungguhnya kita sebenarnya terlalu rendah berbanding kehebatan Allah SWT, malah jauh lebih rendah berbanding sebahagian manusia yang lain…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment