Memancing di Pulau Tioman (April 2004)

“Arshad, kita bertolak malamlah, esok air pasang lambat.” kata Pak Sharif kepada saya. “OK Bang Sarip, kami sampai pukul 9 malam.” jawab saya. Perjalanan kami dicepatkan kali ini. Selalunya kami bertolak pagi sabtu tetapi kali ini bertukar menjadi petang jumaat. “Mudah-mudahan ada barakah.” kata hati kecil saya…. Kumpulan kami kali ini terdiri dari saya, Adnan, Amran, Aidee, Fazly dan Faiz. Benar, memang malam itu penuh dengan barakah. Kami berlabuh di sekitar Pulau Rimau dan lihatlah beberapa gambar hasil tangkapan yang diperolehi sebelum kami nyenyak dibuai ombak.

Malam pertama di Pulau Rimau

Malam pertama di Pulau Rimau

Hari Kedua

Hari in Saturday the 13th, bukan Friday the 13th…

Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman, menerusi perairan yang sentiasa saya rindui. Hati merasa girang kerana tangkapan malam tadi amat memberangsangkan. Kaci, tenggiri, pari, kacang dan lain-lain. Kami berhenti di umjam pertama untuk menangkap ikan-ikan yang kecil di sana. Pengalaman di pagi itu amat menarik sekali kerana kami menemui sekawan ikan Telinga Gajah. Apakah umpan yang sesuai? mmm… Roti Gardenia. Selepas menangkap 15 ekor Telinga Gajah berserta ikan lain, kami berehat berdekatan pantai di rumah api Pulau Tioman, sambil menyediakan makan tengahari. mmm…. amat menyelerakan, ikan tenggiri masak lemak cili api.
Dalam perjalanan, kami juga berjumpa dengan sekawan dolphin yang bermain tidak jauh di belakang bot kami. Indah sungguh suasana itu, lupa segala masalah yang ada, buat seketika.

Dua spesis ikan cantik - Dolphin dan Telinga GAjah

Dua spesis ikan cantik - Dolphin dan Telinga Gajah

Petang hari kami pergi mencari ikan di batu karang. Seperti biasa, sasaran ialah ikan Kerapu, Tombak, Tanda, Kunyit dan sebagainya. Ini memang dirancang kerana menu makan malam kami ialah ikan kerapu masak 3 rasa. Alhamdulillah, seperti biasa harapan kami direstui Tuhan yang Esa. Malam itu kami menikmati jamuan yang dihajatkan di Kg. Juara, Pulau Tioman.

Tenggiri mengamok di rumah api

Tenggiri mengamok di rumah api

Kali ini pelbagai spesis ikan kami temui. Beberapa gambar boleh dilihat di atas dan di bawah. Pengalaman yang paling menarik ialah apabila kami umpan kami disambar bertalu-talu oleh ikan tenggiri. Kurangnya pengalaman menyebabkan ramai yang panik. Akibatnya tali terbelit dan putus. Namun kami berjaya menaikkan 10 ekor ikan tenggiri yang beratnya antara 6-10 kg.

Pelbagai spesis ikan dinaikkan

Pelbagai spesis ikan dinaikkan

Orang yang paling aku kagumi pada malam itu ialah Amran @TATA. Di kala semua orang sibuk dan berebut-rebut cuba menewaskan tenggiri, dia sentiasa tersenyum sambil menaikkan seekor demi seekor ikan tambak, tanda dan kaci. Bila dikenang kembali, TATA telah menunjukkan semangat berpasukan yang baik.

Hasil tangkapan - ikan kecil habis dijadikan umpan

Hasil tangkapan - ikan kecil habis dijadikan umpan

Hari ke 3
Tengahari 15/4/04 kami tiba di jeti Mersing. Masing-masing tersenyum puas. Satu pengalaman yang cukup menarik. Walaupun kebanyakan kami adalah pemancing amatur, namun hasil yang diperolehi melebihi harga sewa bot. Kami bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Sharif dan Black.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Memancing di Pulau Tioman (April 2004)

  1. sothern rod says:

    bro minta no tel tekong le x?kite pernah gi tioman jg tp hampeh.tekong kaki tdo la bro.harap dpt no tel tekong..thanks

    • Dr. AA says:

      Tekong saya ialah Sharif 0197734250. Boat 70 ft X 14 ft. Engine besar about 250 HP (kalau tak silap). Kami suka boat itu sebab selesa.Tekong pun ikut cakap saya. saya akan bincang dgn dia mana nak pergi etc. Kalau tak suka tempat tu saya ajak dia pindah. Ada dua lagi tekong yang orang cadangkan pada saya tapi kami tak pernah try: tekong Rosli 0197143036, tekong razali 0197648497. Semuanya Tekong di Mersing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s