Buatmu Sahabat 1: Tadbirkan agama kamu sebagaimana kamu mentadbir dunia kamu…

Baru-baru ini seorang sahabat saya berkata:

Wahai sahabat, tadbirkan agama kamu sepertimana kamu mentadbir dunia kamu. Sekiranya paku tersangkut pada baju kamu, nescaya kamu akan patah ke belakang untuk mencabutnya. Sebenarnya, pada baju di badan kita ini ada banyak paku, jika kita menyesal dan berpatah selangkah dua ke belakang, nescaya dapat dicabutkan.

Renungilah kata-kata ini, dan buat penilaian pada diri sendiri. Takut-takut disebabkan kesungguhan kita dalam melaksanakan tanggung-jawab kita di dunia ini, kita terlupa untuk mengurus persiapan kita untuk akhirat. Adakah hanya dengan meletakkan niat kita bertugas di tempat kerja untuk kepentingan Islam itu memadai bagi kita untuk tidak bersungguh-sunguh dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam?

Hidup ini bagaikan larian marathon. Ada masa kita laju, ada masa kita perlahan. Yang penting, perlu sampai ke penghujung dengan berjaya. Ingatlah, kematian itu bukan penghujung hidup. Ianya penghujung kepada peluang beramal, dan kita akan terus hidup di alam yang lain. Mungkin gembira, mungkin berduka, yang pasti ramai yang menyesal. Yang disiksa, menyesal kerana sengsara yang dilalui. Yang berjaya pula merasa rugi dengan masa yang terbuang, yang tidak dihabiskan dengan zikrullah, yang tidak dipenuhi dengan amalan yang soleh.

Sahabat,

Selagi kita hidup, kita masih punyai peluang untuk membetulkan kesilapan. Kata orang putih, “it is never too late to act”. Yang penting kita bertindak. Selangkah lebih baik dari tiada langkah…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s