Letupan Habuk

Beberapa hari yang lalu saya bertanya kepada sekumpulan pelajar beberapa soalan:

1. Kenapa di kilang cat ICI di Nilai, amaran larangan merokok begitu ketat?

2. Senat Amerika Syarikat membentuk satu Select Committee bagi mengkaji aspek keselamatan…….. ekoran dari letupan di sebuah kilang gula di Georgia.

3. Pada bulan Mac 2008, satu letupan berlaku di dalam terowong berhampiran kilang tepung di Lumut. Apakah kesamaan situasi di atas?

Tiada siapa yang dapat menjawab soalan itu kerana seperti kebanyakan rakyat Malaysia, mereka tidak faham tentang DUST EXPLOSION. Sebenarnya, letupan akibat habuk amat besar kesannya. Habuk yang mempunyai kandungan tenaga seperti tepung, gula, serbuk lemak, bahan kimia, logam  dan sebagainya boleh meletup apabila kandungan habuk terampai diudara berada pada tahap tertentu dan pada ketika itu terdapat sumber pencucuhan seperti statik, kilat, kerja pengimpalan dan lain-lain. Kesannya adalah letupan yang amat kuat.

Foto ini diambil dari foxnews.com  mengenai kejadian di Imperial Sugar, Georgia (http://www.foxnews.com/story/0,2933,329766,00.html)

Refinery Blast

Letupan habuk gula itu membunuh 10 orang dan mencederakan sebilangan lagi. Di Amerika Syarikat, dalam tempoh 1980-2005 terdapat 280 letupan habuk yang membunuh 119 pekerja dan mencederakan 718 orang.

Kita mungkin berhati-hati dengan industri petrokimia yang mempunyai banyak hidrokarbon mudah terbakar, namun pada masa yang sama jangan lupa dengan bahaya habuk.

Dr. AA

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s