Kembara Semenanjung (Jan-apr 1981) -1

Watak utama dalam cerita ini adalah chad, mansai, salim, Jali, Hanapi dan Cobra.

Kisah bermula…

Sehingga hari ini, aku masih tak faham, kenapa aku tidak dipanggil ke Tingkatan 6 Sementara (semasa menunggu keputusan SPM) di STAR. Faktor akademik pasti bukan kerana aku mempunyai kedudukan akademik yang baik. Aku sentiasa mempunyai kedudukan 20 teratas di kalangan semua pelajar. Aku juga merupakan pelajar terbaik STAR untuk peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Untuk kejayaan itu, aku telah ditemu-bual oleh RTM Perak dan perbualan itu disiarkan di seluruh negara. Faktor disiplin juga bukan, kerana rekod disiplinnya lebih baik dari ramai yang dipanggil. Cikgu Dasimah pun hairan kenapa aku tidak dipanggil. Ini telah disahkan semasa kami melawat rumah cikgu mereka itu di Simpang Pulai pada bulan april tahun 1981.

Pada tahun 2007, aku bertemu dengan Yusa’ di Hotel Awana Kijal. Pada masa itu baru aku mengerti, rupa-rupanya Yusa’ juga tidak dipanggil. Dari analisis senario secara mudah, dapat disimpulkan bahawa strategi sekolah pada masa itu ialah untuk tidak memanggil sebahagian dari pelajar yang berpengaruh dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan tertentu untuk memudahkan pengurusan pihak sekolah memandangkan pengajian tingkatan 6 sementara itu tidak serius dan pelajar mempunyai masa lapang yang banyak. Kata orang putih, “divide and conquer”. Ya, mungkin benar, kerana Yusa’ memainkan peranan utama dalam protes pelajar Tingkatan 5 1980 berkenaan isu kain samping sekolah. (STAR80 masih ingat?)

Bagi mengisi cuti yang panjang, aku telah mempertimbangkan pelbagai rancangan. Kerja kilang atau jadi buruh binaan ? Kemudian timbul satu cadangan untuk ke Singapura, bekerja di pelabuhan. Oleh kerana idea itu lebih menarik dan mencabar, maka aku pun memohon restu dari bapanya. Namun, belum sempat aku memohon passport untuk ke Singapura, tiba-tiba muncul Mansai and Salim di hujung Disember 1980. Kedua-duanya dari Kuala Lumpur, Mansai dari Sri Petaling dan Salim dari Lebuh Peel, dekat Kampung Pandan. Selepas sehari di kampung, melawat sungai dan sebagainya, kami mula merancang untuk aktiviti bagi mengisi cuti selama lebih 3 bulan itu. Rancangan aku untuk ke Singapura terpaksa dibatalkan.

Dalam perbincangan, timbul satu idea yang cukup menarik – kembara semenanjung dengan hitch-hiking. Cukup mencabar, dan jadualnya begitu anjal. Kami semua bersetuju. Rancangannya ialah untuk mengembara sambil melawat kawan-kawan yang tidak dipanggil ke sekolah, dan mengajak mereka untuk menyertai kembara itu sehingga sampai masa keputusan SPM diumumkan.

Setelah persetujuan dibuat, kami terus berbincang tentang kos, cabaran yang bakal dihadapi, laluan yang akan diikuti dan berjanji akan tetap bersama walaupun kawan-kawan yang lain tidak mahu turut serta. Destinasi terakhir ialah STAR, di hari keputusan SPM diumumkan dengan laluan yang dipersetujui : Melaka – Segamat – Temerloh – Kuala Trengganu -Kota Baru-Kuala Trengganu – Kuantan – Temerloh – Kuala Lumpur- Ipoh – Pulau Pinang – Ipoh. Pada malam itu, perjanjian dimeterai dan perjalanan bermula keesokan harinya.

Segamat

Destinasi pertama ialah Segamat. Di sana ada Jali Boyak @ Ghazali Othman, salah seorang rakan dorm 5, rumah kuning. Dari Krubong kami menaiki bas ke Cheng dan seterusnya ke Tampin. Dari sana pula, kami menaiki keretapi. Ketibaan kami di Segamat disambut mesra oleh Jali, yang ketika itu berpakaian kemas, hensem habis, kerana bekerja sebagai waiter di sebuah coffee house di pusat Bandar. Kami tinggal di sana selama 2 malam dan berkenalan dengan kawan-kawan Jali, berkongsi cerita di malam hari. Namun, kami gagal memujuk Jali untuk turut serta.

Seremban

Dari Segamat kami meneruskan perjalanan ke Seremban dengan menaiki keretapi. Tujuannya ialah untuk singgah sebentar untuk menemui abangku yang ketika itu tinggal di Ampangan, sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur. Selepas bercerita, meminta nasihat dan mendapat sedikit wang, kami pun meneruskan perjalanan keesokan harinya ke Kampung Batu di Kuala Lumpur dengan bas, sebelum memulakan expedisi hitch-hiking ke Temerloh.

Temerloh

Di awal 80an, hitch-hiking adalah perkara biasa walaupun bukan suatu yang popular. Ramai anak muda yang adventurous macam kami bertiga meminatinya. Peluang yang telah lama kami nantikan kini telah tiba. Kami berjalan di sepanjang lebuhraya Karak sambil menahan kenderaan yang bersimpati. Kenderaan pertama menumpangkan kami hanya sampai ke pekan Karak.

Kenderaan kedua pula membawa kami sampai ke Temerloh. Memang sukar bagi kami untuk mendapatkan kenderaan kerana kami bertiga. Di Temerloh kami menemui Hanapi dan Cobra (Mustafa Kamal). Hanapi tinggal bersama Pakciknya di rumah rakit yang diikat di tebing Sungai Semantan. Lokasinya berhampiran dengan titik pertemuan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang.

Pengalaman di Temerloh ini sungguh menarik sekali. Percaya atau tidak, untuk mandi di pagi hari di dalam Sungai Semantan yang berkabus seperti asap di atas permukaan air merupakan suatu yang mencabar bagi kami. Pelbagai helah dicari untuk tidak menjadi orang pertama terjun ke dalam sungai. Namun, bila berada di dalam air, kami berenang dengan gembira.

Cerita kedua berlaku di suatu petang. Rancangan asal mereka ialah untuk berenang menyeberangi Sungai Pahang.Di situ juga ada sebuah sampan, dan aku ingin menunjukkan kebolehan dalam mengendalikan sampan itu. “Kau orang jangan risau, perahu datuk aku 5 kali lebih besar dari ini”, kataku sambil berlagak hebat. Dalam perjalanan baru terperasan, sampan itu bocor rupanya dan aku karam di Sungai Pahang. Aku pun terjun ke dalam sungai sambil berenang menarik sampan yang karam itu sehingga selamat menyeberangi Sungai Pahang. Setibanya aku di tebing, kesemua mereka – Mansai, Salim dan Hanapi ketawa sepuas-puasnya dan mengingatkannya, “lain kali jangan eksyen sangat”. Tahukah anda, air Sungai Semantan lebih sejuk dari air Sungai Pahang?

Hanapi bekerja membantu pakciknya menjual cendol di Bandar Temerloh. Oleh kerana kesibukan tempoh itu memerlukannya untuk membantu bapa saudaranya, dia tidak dapat mengikuti kami untuk perjalanan seterusnya. Namun, dia bersetuju untuk menyertai expedisi itu bagi perjalanan dari Temerloh ke pantai barat.

Seterusnya kami ke Chenor mencari Cobra dengan menaiki bas. Cobra juga tidak dapat turut serta dan keesokan harinya perjalanan mereka diteruskan menuju ke Kuantan. Ketika meninggalkan Chenor tampak di raut wajah Cobra perasaan yang sedih. Hatiku terusik melihat kedukaan seorang sahabat. Kami bertiga pun terus melangkah meninggalkan Chenor. Destinasi seterusnya ialah Teluk Cempedak di Kuantan.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s