makan-makan hujung minggu

Lawatan ke Batu Pahat dan Muar

Hujung minggu baru-baru ini saya bermusafir menziarahi barisan kepimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia di empat daerah iaitu Batu Pahat, Muar, Segamat dan Kluang. Saya dan Dr Sulaiman Mohd Nor bertolak dari Skudai pada jam 9.30 pagi 31 Julai 2010. Destinasi pertama ialah Batu Pahat iaitu pada jam 11.00 pagi. Selepas sesi itu kami menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk menziarahi YDP IKRAM Muar yang ketika itu berada di hospital akibat jangkitan paru-paru. Sesampainya kami di sana pada jam 4.30 petang, kami disambut dengan senyuman oleh Cikgu Lah, YDP Muar. Selepas berbual panjang, kami menuju ke pejabat sementara IKRAM Muar. Perbincangan di Muar bermula selepas solat maghrib.

Makan dan makan

Dalam siri lawatan ini, saya banyak makan kerana diraikan oleh semua tuan tumah. semasa perbincangan ada hidangan, makan tengahari, makan malam, makan tengah malam, sarapan pagi dan sebagainya. Mmmm… kalau selalu begini saya perlu lari 5 km setiap hari. Aaah, sebenarnya saya sudah lama tidak berlari maupun berenang. Insya Allah, azam baru perlu dibuat selepas hari raya nanti.

Satay Pagi Bandar Muar

Malam itu saya dan Sulaiman menginap di rumah Anuar, setiausaha IKRAM Muar. Keesokannya, kami menikmati sarapan unik Muar iaitu “satay pagi ” dan mee rebus di bandar Muar. Apabila sampai di tempat itu kami bertiga disambut dengan senyuman oleh sahabat-sahabat Muar (Norhan, Shahlan, Razin, Dr Halim, Saidi, serta anak-anak mereka). Jika anda sampai di tempat itu, mungkin anda terperanjat melihat kepulan asap di udara dan ramainya orang yang menikmati hidangan satay sebagai sarapan pagi.

sarapan pagi di bandar Muar: setelah licin mee rebus, fokus beralih kepada satay

Lawatan ke Segamat dan Kluang

Di Segamat, kami bertemu di Pejabat IKRAM Daerah Segamat di No 30, Tingkat 1, Jalan Bistari 1/1, Taman Yayasan, Segamat. Lokasi itu tidak jauh daripada simpang ke Lebuhraya Tun Razak yang menghubungkan Segamat-Muazam Shah-Kuantan.

Pejabat IKRAM Segamat

Durian Segamat

Setibanya kami di sana kami dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan nasi lemak special. Apabila kami menolak kerana masih kenyang akibat sarapan yang berat, sahabat-sahabat segamat mengeluarkan beberapa biji buah durian. Mmm… sukar ditolak durian segamat. Ketika itu Ainullotfi baru sampai dari Kuala Lumpur dan Roslan Abdul Hamid pula baru sampai dari Johor Bahru.

Durian segamat memang sukar ditolak (dari kiri-saya, Ustaz Fauzi, Cikgu Arif, Ainullotfi, Roslan, Sulaiman, Zainan dan uncle Isa)

Masak Lemak Ikan Baung

Satu lagi makanan yang terkenal di Segamat ialah Ikan Baung iaitu ikan sungai dari keluarga “catfish” yang putih-kelabu. Yang paling kecil ialah ikan enggeh-enggeh (panggilan di Melaka) sebesar jari kelingking, besar sedikit dipanggil ikan lundu dan besar lagi ikan baung. Ikan ini enak rasanya bagi yang meminati ikan sungai seperti saya. Semasa kecil dahulu saya selalu menemani al-marhum bapa saya menjala ikan di sungai dan selalu juga kami menangkap ikan baung di Sungai Melaka yang melalui kampung saya. Tetapi hidangan yang disediakan oleh IKRAM Segamat itu luar biasa lazatnya. Mungkin kerana hidangan itu dijamah bersama dengan penuh perasaan ukhuwah.

ikan baung masak lemak, sambal udang - 2 kegemaran saya - sehingga menjilat jari

Uncle Isa dengan hospitaliti ala Segamat

Selepas pertemuan di Segamat, kami singgah menziarahi sahabat yang sakit iaitu Ariffin di Kg Batu Anam, Segamat. Memandangkan kami memang sudah terlewat, ziarah itu dipendekkan masanya dan kami bergegas ke Simpang Renggam bagi bertemu dengan IKRAM Kluang.

Ariffin yang tabah mengahadapi ujian. Semoga Allah menyembuhkannya.

Saya sampai di rumah pada jam 9.30 malam. Mmm… penat juga terasa bila usia semakin menjelang senja.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment