Hey Budak Hitam…

Pagi ini saya teringat lagu “sepuluh budak hitam”. Masa kecil-kecil dulu, kami selalu juga menyanyikannya. Oleh kerana saya dah lupa lirik lagu itu, saya terus cari di internet dan saya jumpa yang ini… Tatapinya dan baca ulasan saya seterusnya tapi jangan tanya kenapa dengan tidak semena-mena saya teringat lagu ini.

Sepuluh Budak Hitam (A. Romzi)

Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan

Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan

Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak hitam main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam…

Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima

Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat

Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga

Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua

Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati
Hey budak hitam… budak hitam… budak hitam

Kenapa akhirnya budak yang seorang itu berputus asa? Tidakkah dia merasa dirinya berharga? Kenapa dia biarkan persekitaran mempengaruhi dirinya, bukan dia yang mengawal diri ? Tidakkah dia sedar bahawa dia mempunyai keunikan sendiri?

Tuhan menjadikan manusia ini berbeza-beza. Setiap seorang mempunyai kelebihan tersendiri. Sama ada dia bersendirian atau beramai-ramai, kebolehan itu masih berguna. Dia sebenarnya mampu menggunakan kelebihan itu untuk kebaikan semua…

Fenomena yang digariskan dalam lirik lagu melayu ini menampakkan pemikiran yang yang kadang-kadang ada dalam masyarakat. Kadangkala mereka sering melihat dunia yang ada dalam kepompong atau kotak yang membelengu mereka tanpa disedari..

Dalam dunia yang dinamik, perubahan sentiasa berlaku. Jika kita ingin menjadi relevan, kita perlu mengubah persekitaran supaya sesuai dengan diri  ataupun mengubah diri supaya sesuai dengan persekitaran. Ada kalanya jalan tengah adalah jalan yang lebih baik. Jalan tengah ini memerlukan tolak ansur (compromise) antara dua penghujung. Ini tidak semestinya membuatkan seseorang itu tidak berprinsip kerana ruang lingkup perlaksanaan prinsip itu sebenarnya luas. Dunia ini bukan hanya hitam dan putih. Ianya berwarna, dan di antara hitam dan putih juga ada kelabu…Saya selalu suka menyebut ini “In this complex world, man must be able to distinguish between the shades of grey,…”

 

Oops rupa-rupanya budak itu terpengaruh dengan perasaannya… Perasaan itu telah menghalangnya daripada melihat perkara sebenar. Rupa-rupanya budak itu telah terpenjara. Dia terpenjara oleh perasaannya…

 

Hey budak hitam, bukankah engkau seorang yang merdeka?

2 thoughts on “Hey Budak Hitam…

  1. Zahari Zakaria

    Hakikatnya.. lirik lagu ini tidak lebih dari ciptaan simplisitik yang tiada nilai intelektualnya di situ. Kalau diteliti rangkap-rangkap yang ada, tidak ada seorang pun dari 9 budak hitam yang terdahulu itu mati atau menghilangkan diri. Tidak ada sebab kenapa budak hitam yang ke-10 itu terlalu susah hati hingga mati. Perkataan “mati” yang digunakan tidak lebih dari cubaan untuk merimakan perkataan “hati” yang terdahulu. Ternyata ianya satu cubaan yang lemah dan tidak berdayausaha. Apa-apa pun lagunya memang “catchy” dan berentak pop 60-an yang enak didengar. Liriknya.. hmm.. tidak payah dibincanglah. Buang boreh jer. Saya bagi 2/10.

    Reply
  2. Dr. AA Post author

    Good input from different perspective, zahari…
    tapi somehow, kalau dilihat pemikiran masyarakat masa itu mungkin ada pengaruh dalam sikap…

    I read few books by Hamka.
    banyak cerita sedih, banyak cerita merajuk, merana dan sebagainya. Nampak seolah-olah orang melayu (di malaysia atau di bumi minangkabau di sumatera), macam kuat terpengaruh dengan perasaan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s