Buatmu Sahabat 2: Jangan Bangga diri

Sifat bangga diri atau ujub adalah salah satu sifat tercela. Kadang-kadang, seseorang boleh merasa bangga tentang kehebatan dirinya ketika mengecapi kejayaan. Begitu juga, seseorang yang banyak beribadat mungkin merasa dirinya hebat kerana ibadatnya. Seorang ilmuan pula boleh merasa hebat disebabkan ilmunya yang tinggi. Malah ia boleh berlaku dalam banyak lagi suasana dan perkara. Dia merasa hebat tetapi dia lupa sebenarnya yang memberi kejayaan itu adalah Allah SWT. Sepatutnya dia bersyukur.

Renungilah maksud hadith ini:

Abu Hurairah r.a., meriwayatkan, Rasululullah SAW bersabda:

Seseorang itu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga semata-mata kerana amalannya. Lalu para sahabat bertanya: Adakah engkau juga begitu Ya Rasululullah? Rasulullah SAW menjawab: Ya! Aku juga begitu kecuali Allah Taala melimpahkan rahmat dan kurniaannya ke atasku. (HR: Bukhari – 10/109, Muslim-2816 dan Nasaie -8/121).
Amalan yang banyak tidak menjanjikan kita syurga tetapi, amalan yang disertakan dengan pengharapan yang tinggi terhadap rahmat dan pengampunan Allah, insya Allah akan mendapat perhatian dari Tuhan yang maha pengasih. Dari itu, kita hendaklah sentiasa takut dengan kemurkaan Allah dan mengharapkan bantuan dan rahmatNya.
Ingatlah, kita sebenarnya manusia yang lemah. Kemampuan kita terhad, maka mengapa perlu kita membanggakan diri, sedangkan sifat yang perlu ditanam ialah bersyukur ketika berjaya. Sebab itu kita perlu sentiasa membasahkan bibir dengan ucapan alhamdulillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s