Satu Barisan
Terlalu banyak telah diperkatakan oleh pakar-pakar motivasi dan jurulatih kepemimpinan serta penulis-penulis tersohor tentang kepentingan semangat kerja berpasukan yang utuh dalam sesebuah organisasi. Pelbagai konsep telah diperkenalkan supaya segenap lapisan pekerja atau ahli dapat digembleng dan mereka pula saling memperkukuh dalam menjayakan agenda yang didukung bersama. Umumnya, semua orang sudah tahu tentang kepentingan semangat setiakawan semasa bekerja dalam pasukan.
Bagi organisasi dakwah dan kebajikan yang sentiasa menuntut pengorbanan tanpa ganjaran, perkara ini menjadi tonggak perjuangan. Tidak dapat tidak, Ukhuwah, Tsiqah dan Taat, yang menjadi sebahagian daripada prinsip asas sebagaimana yang telah diketengahkan oleh Imam Hassan Al-Banna – semoga Allah merahmati beliau – merupakan perkara pokok dalam kerja berpasukan atau amal jama’i.
Allah subhanahu wataala berfirman dalam surah al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(As-Saff 61: 4)
Sebab itu jamaah dakwah perlu menekankan kesatuan fikrah serta ikatan hati supaya ahli-ahlinya sentiasa setia dan mendukung agenda yang tergaris dalam perancangan yang telah disusun, demi mencapai sasaran jangka pendek di dunia ini, dan lebih utama lagi matlamat jangka panjang di akhirat kelak. Semua itu perlu dijiwai dalam perspektif amal jama’i yang merupakan matlamat sebenar penggabungan mereka di dalam jamaah itu. Segala kelemahan perlu diatasi bersama secara berterusan, dan pembinaan jiwa-jiwa terus berjalan tanpa henti. Kita perlu sentiasa menuntut ilmu dan memperbaiki diri hingga ke akhir hayat. Itulah yang diajar oleh Islam.
Namun, ada kalanya wujud seorang dua yang mempunyai pandangan tertentu dalam konteks untuk memperbaiki organisasi. Dia amat yakin dengan pendekatan yang belum diterima umum dalam organisasinya. Sama ada dia tidak berjaya meyakinkan kepemimpinan ataupun tidak suka berbuat demikian, dia masih berpegang kuat dengan pandangan itu, malah melaksanakannya secara peribadi. Dia memang berniat baik, malah bertindak mengikut apa yang difaham dari ayat al-Quran yang bermaksud,
“Tidak ada kebaikan daripada banyak perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia daripada orang yang menyuruh orang bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberinya pahala yang besar
(An-Nisaa’ 4: 114)
Benar, memang ada pengecualian dalam pelaksanaan “perbicaraan rahsia” yang dilakukan oleh sekelompok manusia atas tujuan kebaikan. Namun ia perlu dibuat dengan begitu teliti. Dalam membicarakan ayat ini, Sayyid Qutb menegaskan di dalam kitab tafsir Fi Zilalul Quran bahawa sekiranya ia dibuat, ia perlu dilaksana dengan amat berhati-hati tanpa didasari oleh hawa nafsu sama sekali, dan bukan untuk mencari populariti di dalam organisasi. Tidak boleh ada sebarang niat sampingan kerana ia membuka peluang kepada syaitan untuk menggoda.
Perkara ini amat sukar untuk dijaga dan seseorang individu itu tidak dapat menjamin bahawa tidak akan terdetik sedikit pun perasaan bangga diri dalam hatinya sekiranya dia berjaya. Ini adalah kerana sifat semula jadi manusia memang suka kepada kejayaan. Kepuasan yang terhasil dari kejayaan itu mungkin pula menimbulkan sifat ujub atau bangga diri. Dia terasa kagum di atas segala amalan yang telah dilakukan dan hasilnya yang cemerlang. Ini terus mendorong dia untuk memperkembangkan lagi usaha dan membina pengaruh ke atas mereka yang sama-sama beramal dengannya. Lama-kelamaan, ia boleh pula melahirkan sifat takabur yang amat tercela. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis sahih yang bermaksud,
“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun seberat zarah
(Riwayat Muslim)
Perkara yang asalnya baik itu mudah sekali untuk terpesong dan terseleweng disebabkan godaan syaitan dan kesan jangka panjangnya amat negatif, bukan sahaja kepada diri mereka yang terlibat, tetapi juga untuk organisasi yang sama didukung.
Sebab itu, jalan yang lebih baik ialah supaya segala usaha dilaksanakan dalam ruang lingkup sistem yang telah dipersetujui bersama, berdasarkan keputusan syura yang telah diikat. Syura yang meluas itu membawa keberkatan, dan syura kecil yang tersembunyi itu penuh bahaya, walaupun niatnya mulia.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu. Wahai yang memalingkan hati-hati, palingkan hati kami ke arah mentaati-Mu.
Artikel ini disalin dari portal berita Malaysia Harmoni, http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1424-satu-barisan yang ditulis oleh Dr. AA
Pengajaran dari Reformasi dan Arab Spring
Tazkirah Seorang Tetamu
Aku terpegun sejenak mendengar ucapan ringkas yang disampaikan oleh tetamu istimewa pada malam itu. Dengan nada tenang tapi penuh bersemangat, dia bercerita tentang beberapa keajaiban yang berlaku di tahun ke-4 kenabian. Ketika itu, dakwah Rasulullah berbentuk sirriah dan umat Islam pula ternyata lemah dan tertindas. Namun Allah s.w.t menurunkan ayat 1-5 dari surrah ar-rum yang menceritakan bahawa kerajaan Rom yang akan mengalahkan kerajaan Farsi. Dia menegaskan betapa Allah menanamkan wawasan kepada umat Islam di saat mereka masih lemah tentang halatuju yang jauh dan misi yang besar.
Dalam penghantar kepada surah itu, Sayyid Qutb menegaskan dalam tafsir Fi Zilalul Qur’an bahawa Allah s.w.t. tidak hanya menyampaikan janji itu tetapi menghubungkan umat Islam kepada ufuk yang luas. Allah s.w.t. mengajar umat Islam supaya mempunyai pandangan yang jauh, walaupun ketika mereka begitu lemah dan terkongkong di lembah yang kecil.
Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku di dunia ini merupakan suatu yang tidak diduga. Ekoran krisis kewangan 1997 kebangkitan rakyat menerusi gerakan reformasi telah menjatuhkan rejim Suharto yang telah memerintah selama 32 tahun. Kini Indonesia menikmati demokrasi yang meluas dan rakyat dapat menikmati pelbagai kebebasan yang dahulunya tidak mungkin terjadi.
Apa yang berlaku di dunia Arab pada hari ini juga amat luar biasa. Dalam tempoh satu tahun, fenomena Arab Spring telah menjatuhkan satu demi satu rejim yang zalim. Peristiwa kekecewaan pemuda Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya pada 17 Disember 2010 telah mencetuskan kemarahan rakyat sehingga tumbang rejim Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, serta kemenangan kepada parti an-Nahdah yang sebelum itu diharamkan dan aktivisnya ditindas. Peristiwa itu juga mencetuskan kebangkitan di Mesir sehingga tumbangnya rejim Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun dan kemenangan kepada gerakan Ikhwan Muslimun. Kemudian jatuh pula rejim kuku besi Gaddafi yang berkuasa di Libya selama 42 tahun. Pilhanraya di Morocco pula telah memberikan kemenangan yang signifikan kepada parti Islam, dan kini dunia menyaksikan peralihan kuasa di Yemen serta kebangkitan rakyat di Syria. Semua ini tidak dapat dibayangkan lebih dari setahun yang lalu. Namun ianya realiti pada hari ini.
Beramal berasaskan Sasaran
Sahabat,
Kita diajar supaya bertawakkal dan berharap kepada Allah s.w.t. kerana memang Dialah yang berkuasa menjadikan apa yang kita hajatkan itu suatu realiti. Namun kita juga diminta berusaha. Kita diminta merancang dan menetapkan sasaran. Setelah itu kita harus berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan, melaksanakan pengorbanan demi pengorbanan, menjiwai cita-cita, tanpa mengira penat dan lelah, di masa senang maupun susah. Sejarah golongan terdahulu telah menunjukkan bahawa suatu yang besar itu tidak mustahil dicapai walaupun akal tidak dapat menggarapnya di suatu ketika. Berkat kegigihan dan keikhlasan, nusrah Allah muncul dan kemenangan menyerlah.
Alhamdulillah, pada hari ini rancangan IKRAM 2012-2015 hampir jelas terlakar. Ianya bakal menjadi panduan untuk kita beramal. Marilah kita sama-sama mentelaah dan melengkapkannya supaya amal yang bakal dilaksanakan berada di landasan yang benar dan tidak tersasar.
Antara KPI dan Prestasi Diri
Sahabat,
Dalam setiap perancangan yang dibuat, pelbagai Penunjuk Hasil Utama (KPI) akan ditetapkan. Ianya merupakan hasrat Jamai’e yang perlu kita usahakan. Jika diizinkan Allah kita akan berjaya sama ada sepenuhnya maupun separa. Mungkin juga kita gagal. Jika ianya berlaku, kita tidak harus berputus asa, kerana kegagalan itu memberikan kita peluang untuk memulakan langkah baru dalam keadaan lebih berpengalaman. Pada peringkat individu pula, kita harus jelas bahawa Allah s.w.t. tidak hanya melihat kepada hasil yang dicapai, tetapi juga kepada proses yang dilaksanakan. Jika kita telah beramal dengan bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan, insya Allah kita tidak sekali-kali akan rugi. Marilah kita sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t., sesuai dengan maksud hadist qudsi yang diriwayatkan dari Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah r.a beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ” Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi martabatNya berfirman,” Aku seperti yang disangka oleh hambaKu dan Aku sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiKu. Aku benar-benar gembira menerima taubat hambaKu, lebih gembira daripada seorang yang menjumpai barangnya kembali di padang pasir. Siapa yang datang dekat kepadaKu sejengkal,maka Aku datang dekat kepadanya sehasta. Siapa dekat kepadaKu sehasta, maka Akudatang dekat kepadanya sedepa. Apabila dia datang berjalan kepadaKu, maka Aku berlari-lari kepadanya.”
Selamat beramal dan semoga amalmu diterima Allah azzawajalla.
Abiquiu in the 80′s
When I told my wife about Abiquiu, she said “you meant Albuquerque?”. That was exactly my respond when we were told that we were going there, back in the winter of 1983 (I think). And Abiquiu it was. That winter we went to the south, visiting few places in Texas and New Mexico. We were on khuruj fi-sabilillah and our group includes Brengst, Cik Pah, Mahdi, Rahman, Rushdan, Shamsul, Candle, and maybe few Libyans – Abdullah Bezzan, Nuri and Faruj Hamuda (or may be only two of them), and may be few more Malaysians. Well it had been a long time, and I had forgotten all about it until two days ago, when I suddenly recalled my conversation with a brother in Abiquiu. Somehow, that flick of memory brought back a whole length of nostalgic moments.
To get to Abiquiu, we were guided by a white American Muslim called Abdul Wadud who wore a long white beard and was a bit quiet. He was in his 50’s and only spoke when asked, but was both eloquent and elaborate in detailing the subject. Otherwise, he was always deep in thought – such a wonderful character.
We were taken to a farmland outside the small town of Abiquiu, and I was both excited and a bit astonished when we arrived. It was a small community, that looked very ancient, in the middle of nowhere. The village was quite new at that time – there were only few houses, an unfinished mosque and empty lands reserved for a school, a hotel (the thought of which was not well-received by some of the communities) and more houses. The buildings had wooden structures, cemented by mud, and manually constructed. Insulations were achieved by stuffing old clothes in between the mud walls. Like the houses, the mosque was also made of woods and muds. Hot water was not available, but there was a fire place with very limited amount of woods to use. So, we had to keep up with the cold and dampness. It was nevertheless very interesting indeed.
The village was the home of a sufi community made up by mostly white American plus other nationals. I remember the guy from Puerto Rico with long wavy black hair that touched his shoulder, a full and long beard and a wire-rim glasses sitting on his pointed nose. Across his shoulder, there was a big chain of beads (tasbih) that he constantly moved with his hand as we talked, perhaps continuing his dzikr simultaneously during our conversation. He was soft-spoken and when he did, he was focussed and passionate – as if he was visualising what he was saying. We had a lengthy discussion about life and its responsibility, and he was refering to the teachings of his Shaikh from Cyprus.
Another interesting character was a Palestinian. He was a recent graduate from a university up north and joined the group not very long prior. Along with him was his wife and a small child. When we visited him that night, the house was cold and I was lost in thought, trying to contemplate the motivation for him to join the group. There must be something special, thought I. The next day, we were invited to his house where he offered a delicious meal made from freshly slaughtered lamb. I was deeply touched with his hospitality, especially after looking at his living condition. I said to myself “Subhanallah, this was a manifestation of what we learnt from hayatus-sahabah, a book that we regularly read at night, before we retire for the day. May Allah grant him jannah and all the blessings in the hereafter.
That was some of the memories in Abiquiu with incidents that have in one way or another contributed to the making of what I am today.
Over the years, the village has turned into what is now called Dar al-Islam where various educational activities for the American community are offered. What was a vision by the founder is now a reality. God-willing, I hope I’ll have the opportunity to come back there, and that time, I’ll be sure that it is Abiquiu and not Albuquerque.
The Street Light
As I was driving towards Kulai Jaya tonight, the street lights were shining brightly, glowing the orange neon rays to the busy traffic. And my mind was away, wandering about and around to nowhere, a little disturbing, a bit unsettled. Was I sad ? No, I don’t think so. Was I angry ? Definitely not. Perhaps I was tired due to hectic schedule, juggling between priorities that never stop piling, making it harder and harder to subside, never mind to dissapear. The car was almost driven by itself through the road that was all too familiar as it has passed through it may be more than a thousand times. Then all of the sudden, I was stuck in a traffic jam, and I had to call them that I ‘ll be late for the important meeting.
The meeting was concluded close to midnight, and I was driving back the same way. And the neon lights were still shining brightly. So lucky were the lamps as they were able to dutifully serve the world as long as energy was supplied. The service provided remained the same regardless of who were passing by. So easy it was because all were mechanistics, obeying the rule of physics.
But a biological system is a bit different. It tends to worn out a bit faster although it does have some defense and correction mechanisms. Tops of everything is human being, equipped with many things by God the Almighty, forming all the complexities that enable them to carry out all the different tasks, big or small. With all these previleges and specialties, human beings are subjected to two major challenges. First, he is subjected to feelings, and at times these feelings can be a burden, wearying his efficiency, lessening his creativity. Second, he is subjected to accounting on whatever he was doing. He has to face some of it in this life and definitely a complete one in the life after.
I remember once I was talking to a Sufi in a small town of Abiquiu somewhere in the countryside of New Mexico. I was looking at some birds flying, and said, “how lucky was the bird, able to fly freely, without the fear of the day of judgment”. Then he jokingly said, “maybe not until he got shot”. Haha… so nostalgic was Abiquiu in 1984, away from the rest of the civilisation…
It’s a bit too late now, and i’ve got my mind cleared. Perhaps it is time to meet my Lord, who never fails to listen to His servants. Good night all.
Back to Basic 2 – Living within Means
Suatu hari seorang anak muda bercerita kepadaku tentang hutangnya. Setiap bulan kebanyakan gaji digunakan untuk membayar hutang kepada Along (ceti haram). Disebabkan keadaan itu dia perlu mempunyai pekerjaan sampingan di luar waktu pejabat. Akibatnya, prestasi kerja di pejabat juga menurun. Aku mendengar sambil cuba memahami masalahnya. Pelbagai sebab diberi tentang keadaan kewangannya. Sekali sekala apabila bayaran kepada Along tidak ditunaikan, dia menerima MMS gambar anak kecilnya dari pengutip hutang sebagai peringatan tentang hutangnya. Hidupnya tertekan.
Namun pada masa yang sama aku mendapati cara hidupnya agak mewah, agak berlebihan berbanding dengan jumlah gaji yang diterima setiap bulan. Dengan pakaian berjenama mahal dan iphone di tangan jelas dia telah tersilap mengawal bajet keluarga. Aku merasa amat kasihan bila mendengar ceritanya tetapi pada masa yang sama dia juga perlu membuat perubahan hidup untuk keluar dari masalah itu.
Itu adalah satu dari contoh kesan negatif yang boleh menghancurkan kehidupan yang pada asalnya bahagia. Orang yang suatu masanya merdeka, boleh dijajah apabila diikat dengan hutang. Sebab itu kita perlu mengawal nafsu supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan rentak masyarakat yang semakin materialistik.
Bagi eksekutif muda, janganlah mudah terpengaruh dengan pujukan institusi kewangan yang selalu sangat menawarkan pinjaman peribadi. Memang bank-bank yang ada di negara ini agak agresif menawarkan hutang terutama bagi kakitangan kerajaan. Dengan jumlah yang banyak, tanpa penjamin dan sebagainya, ada yang terikat. Akhirnya gaji bulanan banyak dipotong bagi membayar hutang yang pada asalnya tidaklah diperlukan sangat.
Bahaya yang paling penting dijaga ialah penggunaan kad kredit. Apabila anak atau isteri atau mungkin teman wanita meminta sesuatu, dia dengan mudah membeli dan berhutang dengan kad kredit. Apabila melihat tawaran yang amat baik di kompleks membeli belah, dia mudah sangat menghulurkan kad kredit. Lama kelamaan apabila ianya menjadi kebiasaan, dia tidak lagi mampu membayar baki akaun di hujung bulan. Hutang mula terkumpul dengan kadar faedah yang tinggi.
Aku teringat nasihat seorang Arab yang ditemui di Mekah enam tahun yang lalu ketika kami mengerjakan haji. Dalam tazkirahnya kepadaku dia menekankan bahaya kad kredit dan kalau boleh elakkan penggunaannya. Mungkin cerita itu disampaikan kerana dia pernah tinggal di Malaysia dan memahami masalah masyarakat kita. Benar, hari ini ramai orang yang terperangkap dengan hutang kad kredit.
Apa yang perlu kita buat ialah supaya kita hidup berdasarkan kemampuan kewangan sendiri. Sejauh mungkin elakkan dari berhutang. Dan jika perlu berhutang (seperti membeli rumah, kenderaan), pastikan hutang dibayar setiap bulan.
Insya Allah, jika kita dapat menjaga disiplin itu, hidup anda akan lebih bahagia, walaupun serba sederhana…
Aku Tak Mampu
Sanggar Kerja 3 Perancangan IKRAM
Apabila aku tiba di rumah, setelah pulang dari sesi membincangkan perancangan yang bakal dilakukan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), aku berehat seketika. Tiba-tiba aku teringat kepada seorang sahabat yang bernama Yusuf Ismail @ Mustafa Ramadan. Dulu semasa di UK, kami selalu berbincang tentang masa depan dan kemampuan, betapa sebenarnya ramai orang tertipu dengan diri sendiri. Ramai yang menyangka dirinya lemah dan tidak berupaya, tidak berilmu dan tidak berkemampuan; padahal, ramai lagi orang lain yang jauh lebih lemah tapi mampu melakukan perkara-perkara besar dan bermakna. Ada ustaz yang segan-segan tampil ke hadapan untuk membimbing masyarakat walaupun ilmunya sudah cukup mantap berbanding dengan mereka yang aktif bersama masyarakat. Ada yang tak mahu menjadi pemimpin dan akhirnya orang yang tidak berkebolehan terpaksa memikulnya…
Aku terpegun seketika dan teringat kepada sepotong ayat al-quran yang sering menjadi sumber inspirasi. Allah swt berfirman yang bermaksud:
Dan orang-orang yang berjihad (berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. Al ankabut, 29:69
Untuk sahabat-sahabat sekelian, renungilah sebuah sajak yang dipetik dari buku yang dihadiahkan oleh Mustafa Ramadan kepadaku lebih kurang 20 tahun yang lalu, semasa kami di UK…
Kami Tak Mampu
Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan,
keretapi dah mula berjalan,
sempat dikejar lagi kerana masih perlahan.
Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan
menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu:
“kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…”
Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu!
Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha,
sekurang-kurangnya kurasa berpada juga.
Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja,
tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata…
Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa.
Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa,
tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga !
Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata:
“Duhai sahabat, bagilah kami masa…”
Terangkan maksudmu masa yang macam mana,
sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya)
bilamana kefahamanmu ada, tapi perlaksanaan tiada?
Kalau nak tunggu engkau sempurna kesemuanya,
entah bila waktu itu akan tiba?
Dan madah “kami tak mampu” itu sedap benarkah menjadi halwa telinga?
Isy! Mengapa nak bertindakpun engkau kecut perut ?
Takutkah tersilap, bimbang orang lain akan menyebut?
Bukankah jika terjadi kesilapan atau kelemahan
sekurang-kurangnya membolehkan kita belajar dari pengalaman?
Ayuh, laksanakanlah Islam dengan kekuatan dan persediaan yang ada,
perbaharui Iman, pertingkatkan kemampuan dari semasa ke semasa.
Bukankah itu lebih baik daripada duduk saja,
berpeluk tubuh membuang masa?
Takut nanti bila ujian Allah datang melanda,
engkau tergaru kepala terpinga-pinga.
Bukankah jika di waktu itu juga baru kalut-kalut nak mula,
mustahillah barisan Islam yang mampu bekerja boleh terbentuk dalam sehari dua.
Jadi hambat keretapi yang semakin deras bergerak sebelum terlewat masa,
dapat menyempit di gerabak hujungpun dah mujur besar rasanya.
nukilan Nawar M. Adiy, Petaling Jaya, 31.12.1986
dipetik dari “Ke mana Hendak Dituju” Susunan Mustafa Ramadan.
Kisah Orang Pencen
Aku cukup mengkagumi kebebasan sahabat yang berbicara di hadapanku tengahari tadi. Dia adalah bekas pensyarah universiti yang telah bersara. Bila aku meminta dia menjelaskan rutin hidup harian secara terus terang agar dapat menjadi inspirasi kepada yang lain, dia mula bercerita dengan nada perlahan, penuh tawadu’.
“Pagi-pagi selepas pulang dari masjid, saya akan terus duduk membaca al Qur’an. Kadang-kadang saya ke kedai membeli makanan untuk anak sebelum dia ke sekolah, dan membaca al-quran selepas itu. Kemudian saya bersarapan dan selepas itu mula membuat apa-apa kerja yang diperlukan oleh IKRAM, kebetulan saya mempunyai beberapa tanggung-jawab dalam IKRAM. Kadang-kadang saya tolong mana-mana unit dalam IKRAM yang memerlukan bantuan. Apabila waktu Zuhur hampir sampai, saya terus ke masjid.”
Bila saya tanya lagi “kenapa tak sambung sebagai pensyarah kontrak?”, dia menjawab selamba, “bukan tak boleh nak sambung tapi saya sukakan kebebasan masa, bukan juga tak ada masa bila bekerja, tapi kalau bekerja, kadang-kadang bila duduk di pejabat, bila dengar azan baru nak ke masjid. Kadang-kadang sampai dah rakaat kedua atau ketiga. Bukankah kita sepatutnya bersama dengan imam dari awal solat, malah patut kita sampai sebelum azan?”
Dia berkata lagi, “bila tidak lagi bekerja, kita boleh datang awal untuk subuh, kemudian duduk di tempat sembahyang sehingga waktu solat dhuha. Selepas itu baru pulang ke rumah. Bukankah itu yang diajar oleh rasulullah? Pahalanya sama seperti haji dan umrah, ada hadith yang menjelaskan hal ini. RAsulullah kata, tammatan, tammatan, tammatan. 3 kali menekan haji dan umrah yang sempurna. Begitu besar pahalanya”
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Kemudian sahabatku berbicara lagi, “Kalau diminta pergi mesyuarat ke KL pun saya tidak ada masalah. Bila-bila masa boleh pergi. Itulah kelebihan yang ada. Kita boleh fokus kepada beramal untuk menghabiskan sisa-sisa umur yang tinggal”
Jazakallahu khairan kepada sahabatku itu. Dia telah memberi tazkirah yang amat bermakna untuk jiwaku yang memang amat memerlukannya. Aku menjadi begitu teruja. Subhanallah. Semoga Allah swt memberkati kehidupanmu wahai sahabat dan memberikan balasa terbaik di akhirat kelak.
Eidil Adha 2011
Khutbah Eidil Adha
Telah banyak kali aku mendengar cerita ini, tetapi hari ini perasaanku berbeza. Khatib di atas mimbar terus bercerita dengan nada yang lebih perlahan dari biasa. Mungkin dia juga terkesan dengan cerita yang sedang disampaikan. Kisah itu adalah sedutan maksud dari al-quran, surah as-saffaat, 37:102,
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”
Kesanggupan Ibrahim a.s. untuk melaksanakan arahan yang diilhamkan oleh Allah s.w.t. menerusi mimpinya, jika dilihat dari perspektif perhambaan makhluk kepada Tuhannya adalah amat menakjubkan. Begitu besar pengorbanan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh beliau kepada Allah yang Maha Kuasa. Dia sanggup menyembelih anak lelakinya sendiri…
Bayangkan jika kita sendiri berada di tempat Ibrahim a.s…. mampukah kita bertindak sepertinya? Renungilah perjalanan hidup kita yang lampau. Sudah berapa banyak pengorbanan yang kita hadiahkan kepada Allah s.w.t. sebagai bukti kesungguhan kita dalam mentaati-Nya?
Begitu juga Ismail a.s…. Dia menunjukkan sikap ketaatan yang amat tinggi kepada ayahnya dan perhambaan yang juga amat tinggi kepada Allah s.w.t. Jika dilihat dari logik akal, memang sukar untuk kita membayangkan apa yang berlaku dalam dialog antara ayah dan anak itu. Namun itu adalah pengajaran untuk dijadikan contoh kepada manusia. Allah s.w.t. hanya menguji Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. dan kedua-dua mereka telah lulus ujian itu. Lalu sembelihan itu digantikan dengan binatang qurban.
Di saat itu aku terbayang tentang realiti hari ini. Sesungguhnya dunia sekelilingku hari ini amat berbeza. Aku ingin bertanya kepada anak muda yang membaca tulisan ini. Apakah mungkin anda melakukan pengorbanan yang tinggi itu demi mentaati ibu bapa dan menggembirakan mereka? Atau mungkinkah apabila diminta berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak dan selera anda sendiri, permintaan mereka ditolak mentah-mentah atau diperkecilkan sehingga menyakiti perasaan mereka?Jika ini berlaku,… apakah makna ketaatan kepada ibu-bapa yang anda faham?
Allah s.w.t. menganugerahkan kita dengan akal fikiran dan kebolehan berfikir dengan baik. Namun ada kalanya kecerdikan itu digunakan untuk melahirkan segala jenis justifikasi untuk tidak berkorban untuk Allah s.w.t., sama ada dalam bentuk wang ringgit maupun masa. Astaghfirullah, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah kesalahan kami.
Allah s.w.t. juga telah menganugerahkan kepandaian kepada anak-anak muda hari ini, namun ada kalanya kepandaian itu digunakan sepenuhnya untuk merangka justifikasi dan alasan untuk tidak menggembirakan ibu-bapa apabila perkara yang perlu dilakukan itu tidak bersesuaian dengan kehendak sendiri.
Itulah bezanya Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail a.s. dengan sebahagian dari manusia hari ini. Pada mereka berdua, ketaatan dan perhambaan pada Tuhan itu sentiasa menjadi prioriti No 1 dalam pertimbangan. Berbahagialah mereka dalam syurga yang kekal abadi. Fikiranku terus melayang sambil mendengar khatib berbicara. Tanpa kusedari, air mata mula bergenangan, dada terasa sebak, perasaan menjadi sayu.
Ibadat Korban
Tahun ini kami melakukan qurban di sebuah surau di Jalan Parit Masjid, Pontian. Jadi selepas solat eidil adha, aku dan anak bongsu (amin) terus bergegas ke sana untuk menyaksikan penyembelihan dan sama membantu menguruskannya bersama masyarakat tempatan.
Qurban adalah ibadat tahunan yang sepatutnya dilakukan oleh semua yang mampu. Para ulama’ besar mempunyai beberapa pandangan berbeza. Ada yang mewajibkannya kepada yang mampu, ada yang menyatakannya sebagai sunat muakkad. Namun hadith yang disebut oleh khatib di atas mimbar pagi tadi patut direnung bersama:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : “ Siapa yang memiliki kelapangan tapi ia tidak menyembelih kurban maka jangan sekali-kali ia mendekati mushalla kami (Riwayat Ahmad Ibnu Majah Ad-Daruquthni Al-Hakim dan dan sanadnya hasan)
Hadith di atas menjelaskan tentang betapa penting seseorang itu melaksanakan kurban setiap tahun. Sebenarnya, untuk melaksanakannya tidaklah susah kerana ia hanya memerlukan kita menabung sebanyak RM30 sebulan. Jika kita kurang sedikit dari segi kemampuan, kita masih boleh melaksanakan kurban di tempat lain yang harganya lebih murah seperti di Kemboja.

Berbincang tentang kerjasama antara surau dan IKRAM daerah Pontian. Bersama Abd Halim (pengerusi JK Pemuda Pontian, Ustaz Suhaimi (setiusaha IKRAM Pontian, Dr Mohd Zin (YDP IKRAM Pontian, dan AJK Surau yang mempengerusikan JK Korban 2011)
Semoga Allah merahmati, melapangkan kehidupan kita serta memberikan kita kefahaman sebenar tentang maksud perhambaan kepada-Nya yang maha kuasa.
Aku Seekor Hamster
Aku seekor hamster
Jadual yang sibuk telah menjadi lumrah kehidupanku sejak saban tahun yang lalu. Ada kalanya aku ini tidak ubah seperti seekor hamster yang berlari di atas roda yang sentiasa berpusing, tetap berlari hingga kepenatan, namun tiada berpenghujung. Masalah demi masalah ditemui – sama ada masalah berkaitan di alam pekerjaan, anak-anak, sahabat ataupun kerja-kerja amal yang dilakukan. Banyak yang berjaya diselesaikan, ada dengan baik, ada pula tidak sebaik yang diharapkan. Ada juga yang tidak berjaya dirungkai. Itulah lumrah kehidupan. Itulah namanya kemampuan manusia yang terbatas.
Aku teringat sebuah buku yang pernah kubaca, tajuknya telah dilupai. Penulis berkata, “mengapa kita harus menjadi seperti seekor hamster sedangkan kita boleh berlari di atas treadmill mengikut jadual yang boleh disuaikan dengan segala kesibukan hidup?” Ya, benar kata penulis itu. Sebenarnya kita sepatutnya mampu menguasai diri. Kita sepatutnya boleh mengatur masa. Walaupun hanya ada 24 jam dalam sehari, dan ada orang yang mengharapkan tambahan sejam dua untuk menghabiskan kerja harian. Namun pada hakikatnya, kita yang mampu bekerja dalam masa yang diberikan jika kita tahu mengurus masa.
Semangat itu telah mula aku tanam dan sedikit sebanyak sudah mula menjadi kenyataan. Aku semakin bebas dalam mengurus kehidupan. Asalkan aku jelas tentang prioriti tugasan dan aktiviti, semua perkara boleh disusun dalam 24 jam yang ada. Jika 24 jam sememangnya tidak mencukupi untuk keperluan kehidupan, sudah tentu Tuhan Yang Maha Mengetahui akan memberi masa yang lebih panjang dalam sehari, mungkin 28 jam agaknya. Aku telah mengambil keputusan, aku tidak lagi mahu menjadi seperti seekor hamster kerana aku manusia..
Retreat Peribadi
Usia yang semakin meningkat juga bermakna stamina semakin berkurangan. Setiap diri memerlukan masa untuk bersendirian membuat refleksi diri supaya dapat memperbaiki kehidupan. Pelbagai cara boleh dilakukan. Yang mampu dapat melaksanakan umrah atau bermusafir menziarahi tempat-tempat bersejarah. Ada yang memerlukan aktiviti lain dari kebiasaan hidup.
Minggu lalu, aku pergi berehat di kaki gunung Kinabalu, di sebuah tempat yang cantik bernama Kiram Village. Kiram Village letaknya di Kg. Mesilou berhampiran Kundasang dan dimiliki oleh seorang dari senior starian. Dengan kadar sewa istimewa yang diberi (Terima kasih Jamalul), kami diberi sebuah “detached chalet yang amat menarik”. Aku dan isteri berehat di sana selama 2 hari.
Chalet yang diberi ialah Cabbage yang mempunyai master bedroom di tingkat atas serta living room, bilik air dan dapur di tingkat bawah yang juga menempatkan satu katil bujang dan satu katil bujang double-decker. Memang sesuai untuk berehat.
Kiram Village mempunyai kafeteria yang diusahakan oleh Irfan dan isterinya Fauziah. Pilihan makanan cukup untuk pelbagai selera dan masakannya juga memenuhi selera kami. Alhamdulillah, makanan yang dipesan dihantar ke chalet dan kami dapat menikati keselesaan makan dalam suasana privacy.
Semasa singgah di pasar Kundasang, aku terjumpa sejenis buah yang sudah lama tidakditemui. Buah yang kami kenal sebagai Lamega semasa kecil dulu dipanggil epal baldu di Kundasang. Buah ini rasanya lemak manis dan cukup enak jika ianya masak di atas pokok dan bukan diperam. ianya membunyai bulu seperti baldu yang perlu dibuang.
Ziarah Pusat Latihan Dakwah Kundasang
Di waktu pagi kami bersiar-siar di kawasan berdekatan. Kami sempat singgah sebentar di Pusat latihan dakwah Kundasang, tidak jauh dari Kiram Village. Isteriku berbual panjang mengenai Islam di Sabah dengan seorang staf JAKIM dan seorang staf JAINS di hadapan pejabat. Oleh kerana kami hanya mahu singgah sebentar, kami tidak melawat pejabat dan fasiliti di situ.
Merentasi Daerah Pedalaman
Dari Mesilou kami ke Ranau dan kemudian menuju ke Tambunan kerana aku ingin melihat sawah padi kerana ia akan mengingatkan kehidupan semasa kecil sewaktu kami bermandi lumpur setiap petang di musim menanam padi.
Dari Tambunan kami terus ke Keningau dan berhenti Solat Zuhur dan Asar di masjid. Selepas solat aku sempat berbual dengan penduduk tempatan tentang keadaan jalan raya dan kehidupan di Sabah. Selepas itu kami terus pulang ke Kota Kinabalu dengan melalui jalan Keningau-Kimanis. Jalan ini cantik tetapi amat curam ketika perjalanan turun. Semasa perjalanan naik pula, suhu kereta MyVi yang dipandu menjadi terlalu tinggi menyebabkan kami terpaksa berhenti sebentar. Dan selepas memeriksa enjin, aku membuat kesimpulan tiada kerosakan melainkan kekurangan freon pada sistem penghawa dingin yang menyebabkan penyejukan kurang baik di sistem itu. Ini seterusnya menyebabkan radiator penyejuk enjin juga menjadi lebih panas ketika mendaki jalan yang curam dengan menggunakan gear 1 dan 2. Dengan mematikan sistem penghawa dingin, kami meneruskan perjalanan dan sampai ke destinasi, alhamdulillah.
Sebelum ke Kota Kinabalu, aku singgah sebentar di Kimanis meninjau projek Sabah Oil & Gas Terminal yang bakal menyimpan minyak dan gas dari operasi lepas pantai Sabah termasuk FPSO Gemusut dan sebagainya. DAlam beberapa tahun yang lalu aku telah mengendalikan beberapa kursus untuk pasukan yang membuat rekabentuk dan bakal terlibat dengan operasi Gemusut dan Bunga Kertas.


























